networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 21, 2017

MCA SEDIA KERJASAMA DENGAN PAS..INI MERISAUKAN PAKATAN PEMBANGKANG!!!


Kenyataan terbaru daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menyatakan hasrat kesediaan MCA untuk bekerjasama dengan PAS dalam beberapa perkara yang melibatkan kebajikan rakyat..

Kenyataan ini pasti meresahkan kem pembangkang..apa tidaknya keinginan mereka untuk melawa PAS untuk berjuang bersama DAP ternyata gagal..serangan bertali arus PAN dan Parti Bunga nampaknya masih gagal mengubah keputusan PAS untuk menghentikan segala usaha menjalinkan kerjasama dalam Pakatan pembangkang..

PAS nampaknya sudah menutup rapat pintu untuk Pakatan Pembangkang..

Kini MCA pula menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS..mereka akan menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan ekonomi dan masalah kemasyarakatan..

MCA melalui Ong Ka Chuan menjelaskan bahawa parti itu bukanlah parti yang menentang Islam dan tidak mempunyai hasrat untuk campur tangan hal ehwal membabitkan umat Islam..

Mengenai pindaan RUU 355, kami memahami hasrat MCA yang berasa bimbang dengan pindaan hukuman..ia melibatkan umat Islam..rotan 100 kali tidak sama dengan rotan yang dilaksanakan mengikut hukuman sivil..

Menurut Ong Ka Chuan pendidikan perlu diutamakan berbanding memberi hukuman..kami yakin dengan kenyataan terkini MCA ini ia akan menambahkan lagi masalah buat pakatan pembangkang ditambah pula DAP kini sedang berhadapan krisis hilang kepercayaan oleh pemimpin mereka sendiri..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA