networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, February 10, 2017

Menarik Tentang Projek BRT..Satu Lagi Kemudahan Pengangkutan Awam Untuk Rakyat Era @NajibRazak..Syabas @SPADChannel!!


Industri pengangkutan awam darat berkembang pesat pada era kepimpinan DS Najib Razak..dengan menubuhkan sebuah agensi yang diberi kepercayaan mengendalikan hal berkenaan pengangkutan awam darat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat berjaya mencapai setiap KPI yang telah ditetapkan bagi mentransformasikan industri ini di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP)..

Terkini negara kita bakal menerima satu lagi kemajuan industri pengangkutan awam darat apabila SPAD telah mempelawa pemain-pemain industri ini yang merasakan mampu memenuhi hasrat 
kerajaan untuk menghantar permohonan tender membida projek BRT Kuala Lumpur (KL) - Klang disepanjang Lebuh Raya Persekutuan...

Strategi open tender ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan perkhidmatan yang profesional yang mana akan melihat keupayaan dari segenap aspek meliputi skop pelaksanaan termasuk perancangan keseluruhan projek, mereka bentuk, kewangan, membina, mengendali, menyelenggara dan menaik taraf projek BRT Kuala Lumpur - Klang..segala permohonan boleh merujuk laman sesawang www.spad.gov.my/tenders .

Jika siap nanti projek ini mampu mengurangkan perjalanan dari KL ke Klang daripada 70 minit kepada 40 minit..

Laluan BRT
Perkembangan industri pengangkutan awam di negara kita sedang pesat membangun..masih segar lagi kita dengan pelancaran projek MRT Fasa satu Sg Buloh - Semantan..kini sedang menanti pelancaran MRT Fasa Dua Semantan-Kajang pada Julai ini yang kini telah 95% siap..

Berbalik kepada BRT ia adalah sebuah landasan khusus untuk bas sepanjang 34 km..

Menurut satu kenyataan media mengenai BRT ia dilengkapi 25 stesen serta bakal meningkatkan perhubungan dengan kemudahan lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan KTM Komuter..setiap hentian BRT akan dihubungkan dengan perkhidmatan bas yang lain..

Jika siap nanti, perjalanan dari KL ke Klang akan menjadi 40 minit berbanding 70 minit ketika ini serta dapat dimanfaatkan kepada 1.9 juta warga kota dan mampu memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penunpang. 

Banyak kemudahan dan keselesaan telah dibina hasil idea DS Najib Razak..setiap Perdana Menteri memberi jasa tersendiri yang kita akan ingat..umpamanya Tun Mahathir yang membina pencakar langit tertinggi di dunia KLCC dan KL Tower pada zamannya..ketika itu rakyat amat berbangga kerana dapat bergambar berlatar belakangkan bangunan tersebut..zaman Najib pula..bina kemudahan awam yang mana rakyat akan menikmati kemudahan secara langsung..insya'allah semua perancangan transformasi pengangkutan awam melalui GTP akan terlaksana jika setiap KPI berjaya dilaksanakan pada tempoh yang lebih awal dan bajet yang dapat dijimatkan...syabas SPAD!!

Lakaran projek BRT


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA