networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, February 16, 2017

Pengerusi SPAD Suara Pendapat Peribadi Tentang Dego Ride..


Selepas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran supaya operasi Dego Ride dihentikan segera..Nampaknya Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed juga senada dengan gesaan Liow..

Cumanya SPAD tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan Teksi Motorsikal yang semakin tular..SPAD tiada kuasa kerana peruntukan undang-undang mengenai perkara ini belum wujud..

Apa yang SPAD boleh lakukan ialah pengusaha dego ride berisiko  dikenakan tindakan undang-undang kerana perkhidmatan itu beroperasi tanpa lesen psv..

Satu perkara yang buat kami tertarik dengan statement Tan Sri ialah beliau suka dengan kreativiti dego ride ini yang mana sesuai untuk golongan rendah..ideanya juga datang dari orang muda..di sini sahaja kita dapat lihat bahawa Tan Sri bukannya melarang apa sahaja perkhidmatan berunsurkan pengangkutan..tetapi perlulah mematuhi undang-undang..

Dulu pun semasa UBER dan Grabcar Tan Sri memberi jawapan bahawa ia boleh dilaksanakan asalkan mematuhi undang-undang..

Tak mustahil suatu hari jika diluluskan parlimen teksi dego ride juga boleh dilaksanakan..

Selain itu, Dego Ride mempunyai masalah perlindungan Insuran..

Tan Sri mengakui untuk membanteras Dego amat susah kerana terdapat 13 juta motorsikal..memang susah untuk cek setiap penumpang..takkan nak tahan setiap motor dan tanya penumpang bayar atau tidak..

Apapun bagi kami teksi dego ride ini mungkin boleh dilaksanakan jika terdapat peruntukan undang-undang..risiko kemalangan boleh tolak tepi..semua kenderaan mempunyai risiko..tidak adil jika kita nak beri alasan motorsikal banyak terlibat kemalangan semata-mata nak menghalang operasi Dego Ride..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA