networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, February 20, 2017

Penubuhan Makmal Transformasi Bas Ekspress Diharap Dapat Selesai Banyak Isu Bas Ekspress..


Seperti dijanjikan, siang tadi telah berlangsung upacara pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspress yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Makmal ini ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian yang spesifik pada pengakhiran setiap minggu..bagi 2 minggu permulaan, tumpuan akan diberikan untuk mengenal pasti isu-isu sebenar dan mengambil kira keadaan semasa industri (melalui pengesahan data diterima dan juru runding dan kaji selidik) yang mana tempoh makmal ini berlangsung ialah selama 6 minggu..

Salah satu peranan makmal ini adalah sebahagian daripada usaha SPAD untuk menjalankan kerjasama dengan kesemua Kementerian, Agensi, Persatuan dan Pemegang berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta menigkatkan taraf industri bas ekspress..

5 Aspek tumpuan makmal tersebut ialah :
1) Model perniagaan
2) Keselamatan, Standard dan Teknologi
3) Kebolehpercayaan Perkgidmatan dan kebolehcapaian
4) Sumber Tenaga dan Kepakaran
5) Strategi lautan biru nasional dan komunikasi permasalahan industri akan dimasukkan kedalam kategori tersebut..


Kita dapat lihat melalui makmal ini ia menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan industri ini..

Difahamkan industri bas ekspress ini amat besar yang mana melibatkan lebih 200 syarikat bas dan lebih 4300 kapten bas. Manakala terdapat pelbagai agensi Kerajaan dari pelbagai Kementerian terlibat dalam memantau dan mengawal selia industri ini..

Sebab itulah kita dapat lihat banyak pihak dilibatkan dalam makmal ini..ia bagi memastikan kelancaran perancangan sehinggalah tindakannya kelak. 

SPAD bukan baru dalam penubuhan makmal..sebelum ini agensi tersebut telah berjaya menubuhkan Makmal Teksi yang mana menimbulkan banyak konflik..

Kita dapat lihat bertapa seriusnya SPAD untuk mencegah tragedi ngeri melibatkan kemalangan bas sehingga mengorbankan bangak nyawa..

Sama-sama kita berdoa segala perkara yang dirancang daripada penubuhan makmal ini membuahkan hasil..

Ini penting kerana bidang pengangkutan awam darat merupakan bidang fokus utama yang disenaraikan sebagai NKRA di dalam Pelan Transformasi Kerajaan cetusan DS Najib Razak..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA