networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, February 26, 2017

Perkembangan Terkini Projek KVDT Fasa 1..Satu Lagi Perkembangan Positif Industri Pengangkutan Awam Negara!!


Industri pengangkutan awam negara semakin hari dilihat semakin menampakkan perkembangan pesat..ada sahaja pembangunan baru projek seperti MRT fasa 1 & 2, HSR, LRT, ETS...itu berkaitan laluan rail..di atas jalan raya pula kami tertarik dengan inovasi projek baru sistem Bas henti-henti MyBas dan BRT KL - KLANG..

Kemudahan itu bukan setakat hanya menyediakan infrastruktur kepada pengguna tetapi lebih daripada itu apabila SPAD turut melaksanakan makmal Teksi dan Makmal Transformasi bas ekspress baru-baru ini bagi tujuan mengkaji untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ini..

Untuk entry kali ini, kami ingin kongsikan perkembangan terkini Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) fasa 1...

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) untuk Fasa 1 Rawang - Kuang..


Untuk makluman pembaca projek ini melibatkan kerja-kerja pemulihan sepanjang 42KM antara Rawang - Salak Selatan dan Sentul - Simpang Batu termasuk kerja menaiktaraf 16 Stesen, isyarat dan sistem bekalan elektrik landasan berkembar di Lembah Klang..

Projek ini telah bermula dari 2 November 2015 dan dijangka siap pada 1 November 2019..

Ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan projek, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen KTM, sistem Isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra...


Setakat ini progress projek sudah mencapai 28%..Azharuddin mengakui ada sedikit kelewatan disebabkan beberapa faktor terapi menjangkakan kontraktor yang dilantik Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) akan menyiapkan projek mengikut jadual..

Pada ketika ini, seramai 100,000 penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari dijangkakan jumlah ini bakal meningkat sebanyak 5% setiap tahun dan akan terus meningkat apabila projek ini siap kelak..

Kerajaan telah melaburkan sebanyak RM 1.4 billion untuk projek ini sepanjang 42 KM..ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan melalui SPAD untuk memajukan industi pengangkutan awam..ini kerana pengangkutan awam merupakan bidang fokus utama yang disenaraikan sebagai NKRA di dalam Pelan Transformasi Kerajaan cetusan DS Najib Razak..

Suka kami jelaskan di sini adalah pada era DS Najib pembanggunan yang diutamakan DS Najib ialah pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada kebanyakan rakyat di negara kita..

Sebab itulah kita dapat lihat banyak pembangunan pesat berlaku dalam industri pengangkutan awam..ini semua nak menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam..

Yang pastinya setiap pembangunan melibatkan pengangkutan awam akan diintegrasikan dengan kemudahan awam yang lain bagi memudahkan pengguna seperti pembinaan Terminal Bersepadu Selatan yang mana kita saksikan projek ini telah mengintegrasikan banyak jenis pengangkutan awam di satu pusat TBS..

Syabas! Kami menjangkakan dalam masa 10 tahun lagi kita akan saksikan industri pengangkutan awam di negara kita setaraf dengan negara maju seperti Jepun, Korea dan Australia yang maju dan kadar masa menunggu pengguna tersangatlah minima..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA