networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, February 22, 2017

Pindah pengundi - hanya politik kotor DAP mahu burukkan kepimpinan Kluang.


Semakin dekat pilihanraya, makin banyak isu yang DAP kluang cuba mainkan untuk hidupkan balik modal politik mereka.

Tuduhan mereka yang kononnya mengaitkan ianya strategi UMNO untuk menang secara kotor hanyalah helah politik kotor DAP yang sebenarnya gagal bawa suara rakyat Kluang apatah lagi menyelesaikan masalah rakyat di Parlimen Kluang.

Rakyat Kluang sebenarnya banyak mempersoalkan sejauh mana kerja wakil rakyat DAP sama ada Parlimen dan DUN dalam membantu mengatasi masalah rakyat Kluang.

Bahkan ada diantara rakyat Kluang mengatakan tidak pernah nampak pemimpin DAP turun ke kawasan untuk bertemu pengundi di akar umbi.

Apabila nak dekat pilihanraya, barulah muncul muka mereka yang kononnya untuk membela rakyat.. persoalannya ke mana mereka menghilang sebelum ini? Sebab itu tidak pelik, kenyataan YAB Menteri Besar Johor memetik Ahli Parlimen DAP ni tidak berkhidmat untuk rakyat, tetapi hanya hendak kerusi sahaja, selepas ini mereka akan cari kerusi lain sebab Rakyat dah tahu sikap sebenar mereka.

Ahli Parlimen Kluang yang merupakan anak jati pulau Pinang telah diimport ke Kluang, tiada ke anak jati Kluang yang lebih layak untuk jadi calon. Kerana Wakil rakyat DAP ini gagal bawa suara hati nurani rakyat Kluang. Mereka tidak tahu apa yg rakyat Kluang mahukan.

Kali ini, pilihanraya umum akan datang sekali lagi. Setelah gagal berkhidmat untuk rakyat mereka saja mahu memburukkan kepimpinan UMNO Kluang yang banyak berkhidmat dan membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat Kluang.

Kehadiran YAB Menteri Besar Johor pada Januari lalu sahaja telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 150 juta untuk projek pembangunan rakyat Kluang. Daripada loji rawatan air, ambil alih tanah untuk perumahan mampu milik Johor di jalan niyor, kg paya dan Kg Sembrong, pembinaan sekolah agama di Taman Tamadun Islam Kluang, Taman Komuniti di Kg Melayu, klinik Waqaf An-nur bersebelahan masjid Kg Tengah serta Extreme Park berdepan Dataran Tasik Putih, Kluang dan banya lagi projek untuk rakyat yang lain.

Rakyat diajak jangan terpengaruh dgn dakyah jahat DAP yang memburukkan UMNO Kluang demi menutup kegagalan mereka menjaga dan menyelesaikan masalah rakyat Kluang. Kalau DAP kalah bukan sebab satu dua pengundi sebagaimana didakwa, tetapi kegagalan berkhidmat untuk rakyat.

Rakyat Kluang tidak mahu YB yg tidak berkhidmat untuk rakyat.. Kami tidak mahu DAP!! - Aspirasi Bangsa

1 comment:

Anonymous said...

tajuk lain tapi cerita lain..betul ke duduk ramai2 dalam 1 rumah?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA