networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, February 8, 2017

"Tragedi Bot Pelancong Karam Jejaskan Industri Pelancongan Sabah" @LiowTiongLai



Kurang dua minggu dua insiden melibatkan bot karam berlaku di perairan Sabah..ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi ia melibatkan pelancong negara luar..Pastinya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak senang dengan kejadian ini...

DS Liow menyuarakan kebimbangan dan akan mengambil serius insiden ini kerana ia adalah satu kesalahan yang amat berat dan akan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang terlibat..

Insiden pertama berlaku pada 28 Januari yang melibatkan bot pelancong karam di perairan Pulau Mengalum..kejadian ini melibatkan sebuah bot jenis katamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China, karam di perairan Pulau Mengalum yang menyebabkan kematian 4 pelancong dari China, lima hilang dan 22 terselamat..status terkini berkenaan inisiden berkenaan, Kertas siasatan tragedi bot karam sudah siap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya...20 orang pelancong China telah diambil keterangan dan sebahagiannya telah pulang ke negara mereka dan sebilangan masih berada di sini..

Insiden kedua pula berlaku semalam yang mana seramai 13 orang termasuk lima kanak-kanak hilang, dua terselamat setelah berada ditengah laut selama 24 jam..kedua-dua mangsa berasal daripda Indonesia..setakat ini operasi SAR sedang dijalankan..


Menteri Pengangkutan pastinya tak senang duduk melihat insiden bot karam ini berlaku lebih-lebih lagi ia berlaku dua kali dalam tempoh 2 minggu..Dalam satu kenyataan, Liow memandang serius kes ini (Insiden pertama) kerana ia melibatkan nyawa pelancong dan keduanya muatan bot pelancong itu melebihi spek yang ditetapkan..

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang. Liow turut akan membantu Sabah membangunkan Pelabuhan Sepanggar di negeri ini agas suatu hari nanti setanding seperti Pelabuhan Klang..

Kami berpendapat amat sesuai Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama pihak berkuasa untuk melakukan Spot Check kenderaan pelancong terutamanya Bot bagi memastikan mereka menjalankan operasi mengikut SOP yang sah disisi undang-undang..jika pengangkutan awam darat, kita ada Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) di perairan juga perlu ada agensi yang dipertanggungjawabkan memantau pergerakan bot-bot pelancong..ini penting kerana melibatkan industri pelancong dinegara kita..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA