networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, March 16, 2017

1Razak Mansion Bukti Satu Lagi Kejayaan Transformasi @NajibRazak..


Siang tadi telah berlangsung majlis penyerahan kunci untuk pemilik rumah 1Razak Mansion..rumah ini amat istimewa kerana dibangunkan semula setelah YAB PM kita melihat keadaannya yang usang...berikut kami kongsikan kenyataan daripada YAB PM Najib Razak:

YAB PM NAJIB RAZAK:-

15 Mac 2017

Tajuk: 1Razak Mansion

Kurang hampir 50 tahun yang lalu, pada 26 April 1967, Allahyarham Ayahanda saya Tun Abdul Razak telah merasmikan kawasan yang dikenali sebagai Perumahan Awam Razak atau Razak Mansion ini.

Di sini, keluarga daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa, agama mahupun budaya tinggal bersama dalam harmoni. Meskipun kawasan ini dahulunya terkenal sebagai kawasan hitam dan sering berlaku pertelingkahan akibat kegiatan mabuk dan sebagainya, semua itu berjaya diselesaikan hasil permuafakatan dan perbincangan.


Tetapi seiring dengan peredaran zaman, keadaan di Razak Mansion semakin hari menjadi semakin usang, ketinggalan dan kurang selesa jika dibandingkan dengan perubahan perumahan serta gaya hidup zaman moden.

Unit-unit di Razak Mansion dahulu juga berkeluasan antara 399 hingga 504 kaki persegi, dengan masing-masing mempunyai cuma satu dan dua bilik, kecil dan sempit untuk memberi keselesaan persekitaran hidup yang kondusif, terutamanya kepada keluraga yang membesar.

Oleh itu, pada tahun 2014 yang lalu, saya telah merasmikan pecah tanah pembangunan semula Perumahan Razak Mansion, dan saya gembira melihat hari ini ia telah siap, malah saya difahamkan 9 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan asal.

Kini, unit-unit baharu Perumahan 1Razak Mansion berkeluasan 800 kaki persegi, dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, selain dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pejabat kecil, dewan orang ramai, tadika, pejabat persatuan penduduk, dan pondok polis.

Tambahan kepada itu, unit rumah baharu di 1Razak Mansion ini juga kini bernilai tidak kurang daripada RM350,000 masing-masing, berbanding dengan unit lama yang bernilai cuma antara RM 60,000 hingga RM80,000 sahaja.

Sukacita juga saya maklumkan, bahawa semua pemilik rumah di 1Razak Mansion akan menerima beberapa insentif istimewa seperti:

(i) Setiap unit Rumah 1Razak Mansion ini telah mempunyai hak milik strata di bawah nama tuan-tuan dan puan-puan sendiri. Semua unit baharu ini adalah dengan pajakan 99 tahun (leasehold) berbanding dengan unit lama dengan baki pajakan 40 tahun dan tidak mempunyai hakmilik strata;

(ii) 101 unit penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditawarkan pada harga jualan RM42,000 seunit yang mana pada masa kini harga pasaran rumah tersebut adalah bernilai RM350,000 ke atas;

(iii) Kos pemindahan berjumlah RM3,000 dibiayai oleh Pemaju kepada 557 pemilik. Pemaju juga akan menanggung bayaran kos maintenance dan sinking fund bagi perumahan ini selama 2 tahun bermula daripada tahun 2017; dan

(iv) Mengikut perjanjian jual beli, kesemua penduduk diberi tempoh selama 1 bulan untuk berpindah ke unit rumah baharu. Namun demikian, saya telah mengarahkan Pemaju untuk melanjutkan tempoh masa pindahan kepada 2 bulan.    

Kepada semua pemilik rumah di 1Razak Mansion yang menerima kunci hari ini, seramai 658 penduduk di sini, saya ucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan penuh dan menyokong sebulat suara inisiatif Kerajaan dalam Cadangan Pembangunan Semula Perumahan Awam Razak Mansion ini.

Dan hari ini, kita dapat sama-sama melihat hasilnya. Perumahan baharu yang jauh lebih moden dan selesa selain menjadi aset yang amat bernilai kepada pemiliknya.

Inilah yang saya sering tekankan dalam segala insiatif yang diambil Kerajaan pimpinan Barisan Nasional, yakni kita perlu sentiasa memahami dan mendengar denyut nadi rakyat, dan salah satu yang menjadi impian utama rakyat adalah memiliki kediaman sendiri yang selesa.

Inisiatif-inisiatif perumahan yang Kerajaan telah laksanakan adalah bertunjangkan perkara tersebut, dan selain Projek Pembangunan Semula 1Razak Mansion ini, Kerajaan turut mengusahakan pelbagai projek perumahan lain seperti Perumahan Rumah Mampu Milik (RUMAWIP), PPA1M dan PR1MA.

Insya-Allah, dengan sokongan berterusan daripada rakyat, kita akan terus melaksanakan banyak lagi inisiatif seperti ini, agar nasib rakyat terus dibela, kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan dan impian rakyat terus ditunaikan.

1) NajibRazak.com

https://www.najibrazak.com/bm/blog/1razak-mansion/

2) NR Facebook

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154265521230952&id=157851205951

3) NR Twitter

https://twitter.com/NajibRazak/status/842014702582476800

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA