networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 23, 2017

Bas Ngeri - SPAD Ambil Tindakan Tegas!!Padan Muka!!


Heboh dimedia sosial sebuah bas yang dipandu dalam keadaan merbahaya dengan aksi mengejar sebuah kenderaan dalam keadaan laju..rakaman tersebut telah dimuatnaik oleh ibu Tunku Kalsom di akaun instagramnya..

Kami begitu kesal dengan sikap pemandu bas berkenaan..sudah dicakap agar memandu berhati-hati..mematuhi had laju tetapi masih lagi ada pemandu yang ingkar..mereka tidak sedarkah yang mereka membawa berpuluh nyawa..

Banyak kes telah dicatatkan kemalangan melibatkan pemandu bas kerana kecuaian pemandu sendiri yang memandu dalam keadaan merbahaya..

Kami mengharapkan pemandu berkenaan digantung lesen dan syarikat pengendali perlu didenda supaya kejadian seumpama ini tidak berulang..

Syabas juga kepada netizen yang prihatin..kami dapati jika ada pemandu pengangkutan awam yang memandu dalam keadaan merbahaya kita sebagai pengguna jalan raya perlu merakam aksi tersebut dan memuat naik aksi tersebu..mudah sahaja..mention sahaja @SPADChannel atau @AduanSPAD..unit komunikasi SPAD akan ambil perhatian dalam hal yang melibatkan kualiti pengangkutan awam..syabas!!

Berikut kami kongsikan kenyataan media SPAD berkenaan insiden ini:

KENYATAAN MEDIA

SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berikutan video yang dihebahkan melibatkan bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak pada Ahad, 19 Mac 2017. Pihak Suruhanjaya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Berikutan insiden tersebut, SPAD telah mengambil langkah-langkah berikut:

Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut, merakam kenyataan pemandu bas itu dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan

SPAD telah merakam kenyataan yang dibuat oleh pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017

Berdasarkan hasil siasatan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah APAD 2010 ke atas pihak-pihak yang didapati melanggar undang-undang.

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

-Tamat-

Bagi sebarang pertanyaan media:
Bahagian Komunikasi,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007
Emel : communications@spad.gov.my

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA