networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 2, 2017

CERITA BELAKANG TABIR SUSPEK RASUAH HARTANAH NEGERI JOHOR YANG PERLU ANDA TAHU!!!


AHMAD FAUZAN HATIM – DARI KACA MATA SEORANG SAHABAT

Viral di media sosial berkenaan sahabat saya, Ahmad Fauzan Hatim yang dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dan terilbat dalam skandal rasuah hartanah di negeri Johor. Berstatus anak kepada Exco,Fauzan tanpa usul periksa telah dikecam teruk oleh netizen dengan pelbagai tuduhan rasuah

KEPADA NETIZEN

Saya yakin dan percaya 99%  daripada netizen yang mengecam tidak mengenali Fauzan. Fauzan,datang dari keluarga usahawan yang berjaya. Mewarisi syarikat datuknya dan kemudiannya menjadi pengarah syarikat pembinaan yang berjaya dalam usia yang muda. Bapanya (sebelum menjadi Exco)  pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan meninggalkan legasi syarikat dengan reputasi yang cemerlang kepada beliau. Ini adalah jalan dan rezeki beliau. Kita sebagai hambaNya tak perlu pertikai rezeki masing-masing. Ada berpuluh lagi anak muda seperti beliau di luar sana.

MEDIA MEMBERI GAMBARAN YANG SALAH

Masalah bermula apabila media  memberi GAMBARAN YANG SALAH mengenai deretan kereta yang kononnya dimiliki oleh Fauzan sedangkan ianya bukan. Sungguhpun beliau berasal daripada keluarga yang berada, namun ia tidaklah seperti yang digambarkan oleh pihak media secara MELAMPAU. Deretan kereta itu bukanlah miliknya! Hanya 2 kereta sahaja. Sepanjang saya mengenali Fauzan,beliau tidak pernah memiliki kereta Bently seperti yang ditunjukkan di beberapa akhbar. SPRM pun tidak menyatakan bahawa semua kereta itu adalah milik Fauzan. Nampaknya media lebih sudu dari kuah!

Saya faham bagaimana media beroperasi untuk menjadikan akhbar mereka laris dijual. Media cukup suka apabila sesuatu kes melibatkan VIP, anak orang kenamaan dan ada subjek kes. Inilah yang akan melariskan jualan akhbar mereka. Malangnya kali ini, Fauzan adalah mangsa. Namun harus diingat bahawa setiap penulisan ada implikasi undang-undang. Sedang kita  asyik menuduh/cuba menggambarkan kononnya hasil rasuah itulah yang menjadi pendapatan Fauzan, kita lupa hasil penulisan kita yang boleh jadi menimbulkan fitnah akan menjadi pendapatan dan diberi makan kepada anak-anak kita.Ingat tu!

INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY

Saya benci rasuah. Namun untuk membuktikan rasuah. Proses undang-undang perlu berjalan. Dan kini ia masih dalam siasatan. Ini juga apa yang berlaku di dalam kes ini. Tak perlu menjadi peguam segera dan tidak bertauliah. Cukup kita perlu menghormati proses yang  sedang berlaku. Sebagai sahabat,saya tidak berminat untuk masuk campur urusan politik. Saya mengenali Fauzan sebagai seorang yang merendah diri, hormat kepada orang tua dan cukup disayangi rakan - rakan dan orang sekeliling. Saya berdoa semoga Allah memberikan petunjuk yang jelas atas apa yang berlaku di Johor sekarang ini. Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dan biarlah siasatan dijalankan dengan lebih terperinci dan telus. Adios!

#WeKnowUBetter #InnocentUntilProvenGuilty

28 comments:

Anonymous said...

Betul ape yang saudara tulis.tetapi ingat.kes ini bukan mengenai harta atau syarikat pembinaan.
SPRM buka kes sebab adanya berlaku misused power dengan tukar hak milik lot bumi kepada non bumi.bukan semua orang boleh buat kerja ini. kena ade "cable".
kena ingat, SPRM bukan badan yang berprofessional dimana mereka biasanya buka fail dan siasat dulu. SPRM juga telah mengaku yang mereka telah siasat kes ini selama 6 bulan.

YB Exco is good person.tapi benda ini berlaku dalam portfolio beliau.lagi-lagi anak sendiri dan pegawai khas dia telah terlibat secara langsung.

YB MB, berkerja keras dan membawa Negeri Johor ke satu tahap baik.tetapi Exco Kabinet beliau buat macam ini. YB Exco perlu bertanggungjawab dan kita mesti hormat beliau ambil cuti hingga siasatan SPRM Selesai.

Kalau Anak saya terlibat, saya terus akan letak jawatan.Tak boleh beritahu rakyat yang beliau tidak perasan atau tak tahu pasal isu ini.

kalau tukar lot bumi kepada non bumi.mesti ade black and white proof.
bukan orang nak sajer nak kenakan anak VVIP!

tunggu hasil siasatan SPRM.
JOHOR tetap JOHOR

Uchi Tatsuya said...

Cakap la ape pun..makhamah akhirat ade..kalau x bersalah..berdoa dan tawakal..kalau teraniaya, sudah tentu doanya tiada hijab & di makbulkan. Kalau bersalah..mohon bertaubat.

Muhammad Nasaruddin Ahmad Lotffe said...

Semoga artikel ini tulisan drpd orang2 yang beriman

nazren said...

Ya kawan ko mestilah ko bekap. Berapa kenal ko dgn kawan ko tu? Adik sendiri pn belum tentu kita kenal 100% lah

Anonymous said...

ايمان ايت بنر

Anonymous said...

JANGAN NAK MENGELABAH !

BIAR SPRM BUAT KERJA DIA.

ADMIN JANGAN NAK JADI "BACK UP SINGER "

KALAU TAK BERSALAH KENAPA NAK TAKUT.

PELIK PULAK AKU BILA WARTAWAN AMBIL GAMBAR BOLEH TUNDUK DAN MENYOROKKAN MUKA !

Anonymous said...

Ooo...sampah punya artikel..mlas nk komen.

Anonymous said...

sokong 100% kata kata tuan Duit punya hal tak kira lah kaya mana pun tetapterlibat. Dah kaya nak tambah kaya lagi.

Anonymous said...

Cerita fasal rasuah di pejabat Tanah, Perumahan tu dah lama kedengaran, sejak puluhan tahun yg lalu. Tahap kerani pun ada yg minta rasuah. Di mana2 projek perumahan ada saja lot Bumiputera yg. dilepaskan kepada bukan Bumiputera. Sudahlah kuota hanya 30%. Konon tak ada pembeli. Bagaimana beribu2 hekter tanah diberi kepada compani2 Cina juga, tapi pemohon Melayu 2-3 ekar pun banyak songeh. Yg ada sampai berpuluh tahun, sampai meninggal pun ada, tanah tak dapat juga. Alih2 orang lain yg dapat. Eluklah SPRM buat siasatan menyeluruh pejabat2 berkenaan dan ambil tindakan mereka2 yg rasuah dan salahguna kuasa.

mohd zulfahri said...

maaf cakap....saya memang tak kenal siapa fauzan hatim ni....tapi apa yg saya tahu gambar deretan kereta tersebut adalah milik TMJ kalau tak silap lah......

Anonymous said...

Babi punya olang

datok ilyasa said...

pade sy.. yg bersalah tetap bersalah.. tp pade media yg tambah nasi tu.. ingat la... kite ni akan mati jugak.. so ingat la ahirat tu kalau nak tulis ye. 😊

Anonymous said...

Pandangan tuan adalah pandangan peribadi...kami terima..namun kalau tiada akan takkan pokok begerak..Kete tue bukan kete TMJ laa..tolong sikit

Anonymous said...

patut aq nak beli rumah slalu dah abis.. kekekeke

Linda William said...

sbb perangai mereka yang x jujur ni lah...kami rakyat yang x berape nak kaya ni....nak beli tanah x dapat..nak beli rumah x boleh..yang kaya makin kaya...yang miskin terus miskin....g class doc azizan pun x berjaya2...cam celaka...

Alhera Minor said...

Tunggu dan lihat

Alhera Minor said...

Tuggu dan lihat kebenaran akan datang

Alhera Minor said...

Tuggu dan lihat kebenaran akan datang

M. Khuzaifah said...

Sudah2 la umno johor..pastikan umno bn bungkus

M. Khuzaifah said...

Sudah2 la umno johor..pastikan umno bn bungkus

Anonymous said...

Mohd zulfahri semua jenis kenderaan tu takda kaitan dgn TMJ...

Alexx Benz said...

Ko ingat tmj sorang pakai supercar ke ? Ckp boleh fitnah ko ni

Anonymous said...

Yg menuduh, yg menambah cerita, yg memfitnah, kita tak boleh nk bt apa, mulut orang tk dpt d tutup, begitu juga wartawan yg menulis,
Utk menjawabnya kena guna undang2. ada peguam ada hakim, biar mahkamah tentukan,

Yg kena fitnah doa banyak2.lambat atau cepat balasan ttp ada,

Unknown said...

aku setuju ngan ko.. sbb no worries if u not wrong..

Unknown said...

Dah merompak nak justify pulak.. tah tak ko pun tumpang makan berpesta arak rimbat.. biasanya bila dah korup, perempuan, arak, dan menipu tu makanan asasi

Anonymous said...

Yg guan eng itu dah bersalah ke yang siang malam kau orang melalak

Pasal guan eng bukan kawan kau

Itulah sebenarnya

Samada guan eng atau budak mamat ni tak yah lah backup, memang mereka yg tempah penyakit

Anonymous said...

yang kami bimbang semua ni adalah satu wayang kulit untuk melindungi cerita sebenar atau untuk menyelamatak seseorang yang benar-benar berkuasa yang sebenarnya melalukan penyelewengan maka orang-orang tertentu dijadikan 'patung wayang kulit' untuk menutup mulut dan minda rakyat.., kena berfikir secara terbuka dan memang kita tahu zaman sekarang kalau orang berkuasa dan berharta buatlah sebesar mana pun kesalahan pasti akan dilindungi dan undang-undang sendiri yang akan menjadi pembela mereka namun sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang yang tidak memiliki kuasa mahupun kekayaan akan dijatuhkan hukuman seberat-beratnya. sebagai contoh orang miskin yang terpaksa mencuri (memang hukum asalnya tetap haram dan berdosa) akan di jatuhkan hukuman yang kadang-kadang terlalu zalim.

Unknown said...

Nie zaman "KUASA DUIT" dude...Ada duit baru jumpa cabLe...Juz so sad bangsa ak smakin rakus tanpa memikirkan nasib bangsa sendiri...Just nak pesan bila kita berada di atas jgn sesekali kita lupa sape di bawah kita....dapat hadam yg nie barulah jumpa what is "SYUKUR" dalam diri...LUASKAN KUASA MU~~!!!!..jeng..jeng...jeng...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA