networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, March 19, 2017

DAP Parti Tidak Demokrasi Hanya Tahu Main Politik...


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menempelak DAP sebagai sebuah parti anak beranak yang mengamalkan pemerintahan diktator dan tidak demokrasi..kenyataan ini dibuat ekoran pengumuman seramai 182 orang ahli DAP beserta 3 ADUN dan seorang ahli parlimen DAP Melaka baru-baru ini..

Walaupun kenyataan balas Guan Eng semacam merelakan pemergian ahli mereka..nampak sahaja tenang tetapi DAP tidak mampu lagi menyembunyikan konflik dalaman parti mereka...

Ada peminpin dalaman DAP tidak senang dengan hubungan baik Tun bersama DAP tetapi kepimpinan DAP tidak langsung mendengar suara akar umbi..

Menurut Liow "Selain Kit Siang anak Guan Eng juga mengamalkan cara kepimpinan parti keluarga seperti Kit Siang dan Son" 

"Sudah hanpir 40 tahun kita lihat cara kepimpinan diktator ini diamalkan dalam DAP dimana Kit Siang masih berada di situ juga" ujar Liow..

Kami tahu ramai pengundi DAP mula gelisah dengan keadaan ini..apa boleh buat Demokrasi hanya pada Nama..kalau kita tengok parti lain contohnya UMNO, pemimpin saling datang dan pergi..Tun pula pergi meninggalkan UMNO mungkin tidak kembali...Inilah contoh Demokrasi yang telus..

DAP sebenarnya yang merosakkan ikatan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan PAS keluar daripada ikatan tersebut..serpihan PAS terpaksa membuat parti PAN untuk terus bersama DAP..UMNO pula terpaksa berpecah kepada Bunga kerana cenderung kepada kerjasama dengan DAP...

Kit Siang dari awal penubuhan 1960 hingga kini masih lagi berkuasa dalam parti..biarpun faktor usia tidak menggalakkan tetapi dia tidak peduli..bila menang sahaja bukan bakti yang dicurahkan kepada rakyat tetapi lebih kepada bermain politik...

Sebab itulah kita lihat rakyat Sarawak telah menolak DAP..kini di Melaka ahli dan pemimpin umum keluar parti...

Di Johor pula DAP tidak berani menyerang projek Forest City mereka bersikap selektif isu dan menyerahkan kepada Bunga untuk meraih politik murahan...isu yang tidak mendatangkan keuntungan dan menbuatkan rakyat marah mereka akan menyerahkan kepada parti lain..

Jarang kita lihat pemimpin DAP mempertahankan rakan seperjuangan mereka daripada parti lain dalam pakatan...kerjasama mereka hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja...

Yang mereka tahu hanyalah daftar pengundi..daftar BR1M...baru-baru ini Kulai dilanda ribut..tetapi pemimpin DAP di situ senyap sahaja tunggu bantuan sampai barulah mereka bergerak kononnya buat kerja...semasa Hospital Sultanah Aminah JB terbakar benda yang sama juga terjadi..bila sudah reda barulah mereka main politik bodoh pertikaikan usaha kerajaan...

Pengundi DAP perlu buka fikiran anda seluasnya..janganlah korbankan masa depan negara kerana taksub kepada parti yang tidak menjanjikan apa-apa..mereka hanya tahu bermain politik tanpa menumpukan kepada kebajikan rakya akar umbi..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA