networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 9, 2017

ECRL SATU LAGI PROJEK MEGA MENGUNTUNGKAN & MEMUDAHKAN URUSAN RAKYAT PANTAI TIMUR...


Siang tadi telah berlangsungnya majlis pelancaran Pemeriksaan Awam (Public Display) untuk projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka akan siap pada tahun 2024..

Projek ini jika siap nanti akan memudahkan urusan dan merapatkan perhubungan antara negeri-negeri Pantai Timur dan Pantai Barat disamping dapat memendekkan masa perjalanan selama 4 jam...


Jangkaan projek ECRL ini ia akan bermula dari Wakaf Baru, Kelantan hinggalah ke ITT Gombak melalui empat negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sepanjang perjalanan 600.3 km dan akan dipanjangkan hingga ke Pelabuhan Kelang untuk menjana rangkaian ekonomi untuk masyarakat Pantai Timur..


Tiada yang mustahil dalam dunia ini kecuali yang tua menjadi muda dan yang mati hidup semula..projek ini pastinya menjadi kelegaan buat rakyat Pantai Timur memandangkan mereka terpaksa meredah kesesakan yang amat teruk ketika musim perayaan...kami yakin dengan terbinanua ECRL ini pasti ia menjanjikan kemudahan dan menjadi tumpuan utama masyarakat Pantai Timur untuk balik berhari raya..

Selepas pelancaran tersebut maka bermulalah tempoh Pemeriksaan Awam (Public Display) selama 3 bulan. Pemeriksaan Awam ini dijalankan untuk mengukur tahap permintaan, pandangan dan ulasan daripada rakyat untuk menjadikan projek ini sebuah kemudahan yang memenuhi permintaan rakyat...

Selain itu, sesi pemeriksaan awam ini akan mempamerkan :
1) Cadangan laluan kereta api dari Wakaf Bharu ke Termibal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak yang mempunyai 23 sresen sepanjang 600.3km
2) Lokasi stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia
3) Lain-lain ciri projek ECRL.

Lokasi pemeriksaan ini akan diadakan di ibu pejabat SPAD dan 38 lokasi yang dikunjungi orang ramai termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong dari tarikh 8 Mac 2017 hingga 5 Jun 2017..

Ia bukan perkara yang mudah dalam memastikan kemudahan pengangkutan awam sampai ke setiap ceruk kawasan..kajian menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan respon, permintaan dan lokasi yang bersesuaian untuk membina kemudahan ECRL ini..

Dengan adanya Pemeriksaan Awam seperti ini, ia akan menjelaskan betapa pentingnya kemudajan berkenaan..itupun jika dilaksanakan nanti pasti kita akan berdepan dengan pelbagai isu bagi menghalang pembinaan ini..lihat sahaja macamana projek mega Forest City di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor diputar belitkan pakatan pembangkang..dikatakan projek berkenaan menjual kedaulatan negara walhal itu rekayasa bagi menggagalkan projek berkenaan...

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat dan memberi maklum balas boleh menghubungi talian bebas tol 1800-222-524 atau melawat laman sesawang MRL (www.mrl.com.my) ataj menghantar emel kepada feedback@mrl.com.my..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA