networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, March 30, 2017

Kerajaan @NajibRazak Berjaya Bawa Pulang 9 Rakyat Malaysia Dari Korea Utara...Satu Lagi Kejayaan Najib!!!


Alhamdulillah..

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN KEPULANGAN SELAMAT RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN DI KOREA UTARA

1. Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, telah dibenarkan pulang ke Malaysia. Mereka telah bertolak dari Pyongyang hari ini pada 6.30 petang, dan akan tiba di Kuala Lumpur esok sekitar 4.00 pagi.

2.  Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Kerajaan Malaysia yang terlibat dalam rundingan, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negera. Saya amat prihatin dan ambil berat terhadap perkara ini, dan kita telah bekerja bersungguh-sungguh di belakang tabir bagi mencapai kejayaan ini. Pelbagai cabaran telah ditempuh bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia. Keselamatan rakyat kita akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

3.  Kita kini akan membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Selain itu, berikutan selesainya urusan bedah siasat dan penerimaan surat daripada keluarga mendiang meminta mayat dikembalikan kepada Korea Utara, koroner telah meluluskan pelepasan mayat tersebut.

4. Kerajaan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan polis terhadap jenayah serius yang berlaku di negara kita ini akan diteruskan. Saya telah mengarahkan agar semua langkah perlu diambil bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.

5. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana rakyat telah bersatu atas semangat Negaraku dalam menangani krisis ini. 

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA