networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, March 3, 2017

KTMB Akur Teguran @NajibRazak..Bertemu @SPADCHANNEL Cari Penyelesaian Pantas!!!


Susulan teguran YAB PM Najib Razak terhadap mutu perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang teruk..pihak KTMB telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mencari solusi bagi masalah yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri...

Terdahulu DS Najib telah memuat naik satu status di laman facebooknya yang mana menerima banyak aduan dari pengguna yang tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan KTMB..

Aduan tersebut ekoran masalah mengenai ETS dan sistem pembelian tiket online (dalam talian) yang sering kali bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang tidak boleh diakses..

Jarang kita lihat PM menyuarakan kritikan di Facebook..semua ini terpaksa dilakukan agar pihak KTMB tidak sambil lewa dalam menawarkan perkhidmatannya..ujar Najib "ini bukan perkara sukar untuk diatasi, tidak patut berlaku di zaman teknologi hari ini..masalah ini juga disahkan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid dalam laman sosialnya di bawah..


Dari sumber maklumat kami, pihak SPAD kerap bertemu dengan pengurusan KTMB dan mengadu masalah berkenaan ETS dan masalah perkhidmatan online..tetapi masalah masih berlaku..mungkin dengan teguran daripada PM ini dapat menyelesaikan masalah yang berlaku..

Kami memahami KTMB tiada CEO dan hanya bergantung kepada Pengerusi Dr Nawawi sebagai chairman KTM..Ahli lembaga pengarah perlu lebih proaktif dalan menyelesaikan isu ini..

Terkini, KTMB dan SPAD telah mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan masalah berkenaan..


Menurut Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad terdapat tiga masalah yang berlaku dalam perkhidmatan KTMB iaitu :

1) Transaksi tidak berjaya tetapi dikenakan cas.
2) Pemulangan wang yang lambat bagi transaksi yang tidak berjaya.
3) Kesukaran mengakses sistem tiket dalam talian KTMB yang tidak mesra pengguna. 

Perdana Menteri telah meminta SPAD membantu KTMB menangani masalah berkenaan dan melaporkan kepadanya secepat mungkin..KTMB diletakkan direct dibawah MOT..ini memberi signal bahawa ura-ura SPAD diletakkan bawah MOT adalah mustahil..isu ini pun PM mahu SPAD membantu KTMB kerana ia melibatkan pengguna dan pengangkutan awam..

Menurut Nawawi, KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangka panjang dan pendek untuk memastikan masalah sistem tiket atas talian diselesaikan segera dan dipantau setiap masa..

Sistem tiket Online ini meningkat sebanyak 90% berbanding tahun 2015..tak heranlah PM mengamuk kerana isu ini amat serius dan ia memberi gambaran buruk buat pengangkutan awam di negara kita..

Kami mengharapkan dengan bantuan SPAD, pengurusan dan kualiti perkhimatan KTMB dapat ditingkatkan dan diharapkan isu ini tidak berulang..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA