networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, March 24, 2017

Pengiktirafan #UEC - Tindakan TSAM Ibarat Menghela Rambut Dalam Tepung, Rambut Jangan Putus, Tepung Jangan Berselerak..


Tindakan Tan Sri Annuar Musa dalam berhadapan dengan hal mengenai pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) ibarat sebuah peribahasa Melayu Menghela Rambut Dalam Tepung, Rambut Jangan Putus, Tepung Jangan Berserak...maksudnya ialah menyelesaikan sesuatu perkara seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati...

Dalam kita membicarakan mengenai UEC ini ada dua pihak yang perlu dihadapi Tan Sri Annuar Musa..yang pertama pihak Dong Zhong dan keduanya ialah ekstremis Melayu yang beranggapan tindakan TSAM ini seperti menggadaikan hak Melayu kononnya TSAM cuba menggadaikan perjuangan agama, bangsa dan tanah air..

Sebenarnya banyak tanggapan dan salah anggap telah tersebar di media sosial untuk menidakkan usaha TSAM melihat isu yang dihadapi mengenai pengiktirafan UEC..sebenarnya TSAM sejujurnya bukanlah mahu mendesak kerajaan mahu mengiktiraf UEC tetapi beliau telah mengesan boleh wujudnya hubungan perundingan antara kepimpinan Dong Zhong di bawah Datuk Temenggong Lau dan kesediaan itu telah diakui sendiri oleh Datuk Temenggong Lau...

UEC ini bukanlah soal perkauman sehingga mencetuskan ketegangan kaum tetapi ia merupakan perjuangan dalam pendidikan...

Barangkali ramai tidak tahu yang Dong Zhong telah wujud sejak 1954 lagi iaitu sebelum wujudnya perlembagaan dan sebelum negara capai kemerdekaan..jadi apabila Malaysia mencapai kemerdekaan  sekolah-sekolah ini dibenarkan untuk terus beroperasi sehingga kini..ini bermakna sekolah-sekolah persendirian Cina bukanlah sekolah yang haram kerana ia telah diluluskan dibawah akta pendidikan dan dibenarkan dalam perlembagaan dengan syarat mereka tidak berhak menerima bantuan kerajaan dan perlu menanggung sendiri perbelanjaan..

Sehingga sekarang mereka masih beroperasi dan menguruskan persijilan sendiri..cumanya sijil mereka tidak diiktiraf dibawah SPM kerana tidak mengikut Kurikulum Pendidikan Kebangsaan..

Setakat ini Sijil UEC diiktiraf untuk kemasukan ke IPTS dan Maktab Perguruan (Guru Mandarin)..memandangkan sijil mereka tidak diiktiraf di bawah SPM maka pelajar sekolah persendirian Cina ini tidak boleh masuk ke IPTA dan memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam..

Ramai yang tidak tahu yang TSAM telah bertemu dengan kepimpinan Dong Zhong dan mereka sudi untuk berbincang isu mengapa UEC tidak diiktiraf SPM..mereka akui bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu  dan Sejarah (30% sejarah dunia, 30% sejarah negara China dan 30%-40% sejarah Asia yang mana sejarah Malaysia termasuk dalam sejarah Asia) tidak menepati piawaian yang dikehendaki pihak Lembaga Peperiksaan...

Jadi kepimpinan Dong Zhong setuju untuk mengadakan perundingan..tetapi wujud ekstremis daripada NGO Melayu menentang secara membuta tuli tanpa menyelidik fakta sebenar..mereka menyerang TSAM dari berbagai sudut seolah-olah TSAM telah melakukan salah laku untuk mendesak kerajaan..

Mungkin ada yang tidak tahu..perjumpaan TSAM dengan pihak Dong Zhong adalah atas kehendak peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak dan beliau telah melakukan kajian dalam hal ini..

Kami dimaklumkan yang TSAM juga ada menawarkan diri untuk bertemu pemimpin-pemimpin NGO Melayu bagi menjelaskan perkara sebenar bagi menjernihkan keadaan..

Apa yang kami lihat walaupun TSAM bergerak atas kapasiti peribadi tetapi beliau amat berhati-hati dan sentiasa terbuka untuk berunding dengan semua pihak..

Malah Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), DS Idris Jusoh turut menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak jawatankuasa pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zhong bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC)...

Adalah tidak adil jika mengatakan pertemuan TSAM dengan Dong Zhong dikatakan melutut kepada Dong Zhong..ini kerana TSAM juga membuat tawaran untuk berjumpa dengan pihak NGO Melayu yang menentang keras mengenai pengiktirafan sijil UEC...

Sabarlah Tan Sri Annuar Musa..peribahasa Melayu ada menyebut Menghela Rambut Dalam Tepung, Rambut Jangan Putus Tepung Jangan Berselerak..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA