networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, March 13, 2017

Pulau Pinang & Selangor Yang Perlu Kerajaan Baru..Bukan Johor!!!


Satu kenyataan sumbang dari Malaysiakini yang mengatakan Johor memerlukan kerajaan baru hanya kerana seorang Exco Kerajaan negeri yang kini dalam siasatan SPRM..ini adalah satu tuduhan yang tidak patut seolah-olah kerajaan negeri pakatan pembangkang sesuci tanpa sebarang kesalahan...

Di Johor, siasatan masih lagi dijalankan..jadi kita tidak boleh menuduh Exco tersebut bersalah..bagi kami yang sepatutnya memerlukan kerajaan baru ialah Pulau Pinang dan Selangor..terlalu banyak skandal dan kelemahan dinegeri ini..kami faham tugas Malaysiakini hanya mahu memburukkan kerajaan BN..tetapi mereka buta seolah-olah kerajaan pembangkang sangat suci...

Tuduhan Malaysiakini ni telah disangkal oleh Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Syaiful Rizal Abdul Ghani...ikuti story di bawah...

Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu, Syaiful Rizal Abdul Ghani menolak pandangan sebuah artikel MalaysiKini bahawa Johor memerlukan  sebuah kerajaan baru. Malah beliau yakin bahawa kerajaan BN Johor sebenarnya sudah cukup bersedia untuk menerima mandat  baru daripada rakyat negeri berkenaan berasaskan kepada prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan.

Tambah beliau lagi, tindakbalas Kerajaan BN Johor dalam kes penangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa individu baru-baru ini adalah sangat profesional serta menunjukkan kesungguhan kerajaan BN Johor untuk membanteras jenayah rasuah dan salahguna kuasa.
                   
“Ini jauh berbeza dengan Lim Guan Eng yang tidak bersedia melepaskan jawatan setelah didakwa atas tuduhan rasuah di Pulau Pinang. Manakala di Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilihat gagal menjawap secara telus pelbagai skandal seperti SPLASH, Paya Indah Wetland, Pintu Gerbang Selangor dan lain-lain lagi. Pemimpin Pakatan seharusnya belajar dari tauladan baik yang ditunjukkan oleh Kerajaan BN Johor.”  
          
“Serangan bertali arus pihak pembangkang dalam isu hartanah di Johor ini merupakan satu cubaan untuk menutup kejayaan kerajaan BN Johor selama ini. Jangan pejam mata kepada hakikat bahawa keluasan rizab melayu bertambah hampir 2 kali ganda sejak YAB Dato' Khaled menjadi MB Johor. Begitu juga dengan inisiatif membina puluhan ribu Rumah Mampu Milik Johor untuk membantu bumiputera.” katanya.

Syaiful seterusnya mencadangkan agar kerajaan negeri melancarkan kajian Suara Hati Johor 2.0 sebagai persediaan kerajaan BN menerima mandat baru pada PRU14 dan meneruskan kesinambungan kepada pentadbiran yang cemerlang.   
                     
“Dapatan dari kajian Suara Hati Johor 2.0 boleh dijadikan asas kepada Manifesto kerajaan BN Johor yang benar-benar melambangkan "kerajaan dari rakyat untuk rakyat,” katanya.

 “Bangsa Johor adalah bangsa yang rasional. Mereka akan membuat pilihan berdasarkan prestasi dan tidak mudah tertipu dengan mainan persepsi.” 
                       
“Apabila YAB Dato' Khaled membentangkan "report card" pencapaian kerajaan BN Johor nanti, saya pasti rakyat negeri ini akan dapat melihat pencapaian-pencapaian  yang cemerlang dan membanggakan.” katanya.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA