networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, March 23, 2017

Sah!!!Tan Sri Annuar Musa Beri Laluan Kepada TMJ Jadi Presiden FAM...


Sebentar tadi, Calon Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan untuk memberi laluan kepada TMJ menjadi Presiden FAM..

Dengan pengumuman ini kita dapat lihat bahawa TSAM telah menunjukkan bahawa beliau lebih rela mengalah bagi mengekalkan keharmoni dalam memajukan bola sepak negara...ia dijelaskan sendiri oleh Tan Sri dalam kenyataannya yang berbunyi :
"Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang "from bad to worse"

Dengan pengumuman ini, bermakna ia memberi peluang lebih kepada TSAM untuk terus fokus berbakti menunaikan amanah terhadap rakyat Kelantan khususnya parlimen Ketereh..

TSAM juga wajar diangkat sebagai ikon pengurusan bola sepak negara kerana pernah menaikkan martabatkan skuad TRW pada 2012..ketika itu TRW berjaya merangkul piala treble (Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia..

Apa yang diharapkan TSAM ialah perubahan yang mana rakyat Malaysia mahukan dalam bola sepak Malaysia..TSAM juga menafikan bahawa tuduhan terhadapnya yang kononnya beliau proaksi KJ untuk menang jawatan presiden FAM...itu semua tidak benar jika tidak masakan TSAM menarik diri..

Teruskan perjuangan TSAM untuk membantu rakyat..kini TSAM mempunyai lebih masa untuk fokus kepada PRU 14 dan menjalankan amanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia..

Dan buat TMJ selamat maju jaya..kami mahu lihat perubahan dalam Bola Sepak Malaysia..

Berikut teks kenyataan media TSAM:

PEMILIHAN PRESIDEN FAM BAGI SESSI 2017/2021.........................

1.Saya telah menerima pencalunan bagi JAWATAN PRESIDEN FAM dan telah di sahkan akan bertanding bersama seorang lagi calun yaitu DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR(TMJ),dalam Kongres FAM Sabtu ini.

2.Saya telah menegaskan bahawa walaupun ada pertandingan,saya mengharapkan suasana ke arah pertandingan yang tenang,harmoni,saling menghormati dan dengan penuh semangat kesukanan.

3.Saya juga mengharapkan tiada lobi berlebihan,ada tempoh bertenang dan tiada kempen atau rasuah dalam apa jua bentuk.Keharmonian keluarga besar bolasepak Msia mesti sentiasa di utamakan.Saya juga menolak sebarang bentuk PROXY 

4.Alhamdulillah,setakat ini suasana itu sedikit sebanyak telah ujud walaupun terdapat peristiwa tertentu berbaur fitnah dan lobi.Sikap diam dan kadang kala mengalah saya mungkin sedikit sebanyak membantu kearah keharmonian ini.

5.Muttakhir ini kedengaran juga  tuduhan bahawa SAYA AKAN MENANG KERANA YB KHAIRY JAMALUDDIN mengarahkan perwakilan utk memilih saya.Perkara ini bukan saja TIDAK BENAR tetapi juga boleh menjejaskan hubungan FAM-KBS di masa depan.Sebagai persatuan yg bernaung di bawah Kementerian,perkara sedemikian mesti kita elakkan

6.Mengambil kira semua senario tersebut saya merasakan ADALAH PENTING FAM UTK MEMPUNYAI BARISAN EXCO YG BERWIBAWA SERTA MEMPUNYAI HUBUNGAN YG BAIK DGN KERAJAAN DAN SEMUA STAKE HOLDERS YG LAIN.BARISAN PENGURUSAN YG BAKAL DI PILIH MESTI MEMULAKAN TUGAS DGN MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK.

7.Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang "from bad to worse"

8.Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara SAYA MEMBUAT KETETAPAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA CALUN YG SATU LAGI YAITU DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR AGAR BAGINDA DI BERI "KEMENANGAN TANPA BERTANDING"dan di istihar sebagai PRESIDEN FAM YG BARU.

9.Komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan DYTM TMJ boleh menjadi aset yg penting kpd FAM.Sokongan dan Perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor juga adalah suatu penghormatan kepada bolasepak Malaysia.Justeru DYTM TMJ perlu di beri peluang yg seluas luasnya utk melakukan sesuatu utk bolasepak Msia dan mengotakan segala janji Baginda

Bagi saya pula saya pernah pada 16hb Nov lalu menghantar text sms kpd DYTM TMJ mencadangkan Baginda memegang sendiri jawatan Presiden.Waktu itu saya ada berjanji utk mengiktiarkan agar Baginda menang TANPA BERTANDING.Hari ini saya tunaikan janji itu.

10.Saya berdoa PERUBAHAN YANG SEKIAN LAMA DI NANTI DAN DI JANJIKAN akhirnya menjadi realiti

11.Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini.

12.Selain itu tugas utama saya adalah utk menyempurnakan amanah RAKYAT KAWASAN SAYA(PARLIMEN KETEREH,KELANTAN)serta memikul amanah Parti SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO MSIA dalam  persiapan menghadapi PRU14,Insyaallah 

13.Kepada semua perwakilan KE KONGRES FAM sabtu ini serta Presiden gabungan FAM yg memberi SOKONGAN YG KUAT kepada saya hingga saat ini,SAYA UCAPKAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASEH

14.Saya pohon maaf kerana keputusan ini TIDAK SAYA BINCANG DGN SESIAPAPUN kerana saya tidak mahu di pengaruhi oleh sesiapa TERUTAMA MEREKA YG BERSUNGGUH SUNGGUH MAHU SAYA BERTANDING,tetapi sebaliknya biar ia merupakan KEPUTUSAN SAYA SENDIRI YG SAYA LAKUKAN SECARA JUJUR DAN IKHLAS DAN SETELAH BERISTIKHARAH DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN FAM DAN BOLASEPAK MSIA.

15.Kepada saf DYTM PRESIDEN DAN EXCO FAM yg baru Saya ucapkan TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS....

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

"MAJULAH SUKAN UTK NEGARA"

TAN SRI ANNUAR MUSA
Khamis 23/3/2017
Parlimen Malaysia

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA