networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, March 6, 2017

Tayar Celup Palsu Membunuh..Kerajaan Ambil Tindakan Tegas!!


Penggunaan tayar celup palsu memang antara punca kemalangan tertinggi di jalan raya terutamanya di Lebuh Raya..ia kes yang amat serius dan perlu ditangani dengan segera demi keselamatan pengguna jalan raya..

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat ini telah merapas sebanyak 480 tayar celup komersial bernilai RM 247,500 dalam dua ops bersepadu khas tayar celup..

Ia menunjukkan keseriusan kerajaan untuk memerangi penggunaan tayar celup..tayar ni memang jauh lebih murah berbanding harga yang original...

Bercakap mengenai operasi tayar celup palsu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata operasi dilakukan selepas mengambil kira kebanyakan kemalangan membabitkan kenderaan berat berlaku akibat kegagalan tayar berfungsi dengan baik dan pelanggaran serpihan tayar di lebuh raya...

Mengikut data daripada PLUS sebanyak 1,485 kes kemalangan terjadi tahun lalu disebabkan perlanggaran objek di mana 41.3% dari objek berkenaan adalah serpihan tayar..

Serbuan pertama (23 Februari 2017)
- Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung (Selangor), sebanyak 265 tayar celup disita bersama 1,282 pelekat SIRIM palsu bernilai RM 140,000.

Serbuan Kedua (28 Februari 2017)
- Kawasan Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan
-  Menyita 215 tayar celup dengan 92 pelekat SIRIM palsu bernilai RM 107,500
- Menahan sembilan pekerja warga asing dan diserahkan kepada imigresen..

Menurut Liow, tayar celup ori RM 1,150 maakala tayar celup palsu 50% lebih murah iaitu RM 400..

Operasi berkenaan telah mendapat kerjasama JPJ, PDRM,KPDNKK, KASTAM, Jabatan Imegresen dan SIRIM Berhad..

Kes ini perlu diatasi betul-betul..ia boleh mengancam keselamatan dan boleh meragut nyawa pengguna...pasti syarikat akan mencari tayar celup palsu kerana harganya lebih murah..nanti bila pakai tayar mahal depa bagi alasan pula kos mahal...lepas tu nak salahkan BN sebab tak bagi guna tayar celup palsu..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA