networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, March 25, 2017

Wah, @SPADChannel Bawa Anak Muda Terpilih Kenali Lebih Dekat Operasi Disebalik Tabir Operasi Pengangkutan Awam Negara!!!!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah menganjurkan program "Young LPT Enthusiasts" yang mana pengisian program ini mendedahkan kerja-kerja disebalik tabir industri pengangkutan awam negara...program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada bakat-bakat muda terhadap kerja-kerja SPAD demi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat..


Ini merupakan langkah terbaik SPAD bagi meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan orang-orang muda...sepanjang program 3 hari ini seramai 6 orang anak muda telah dipilih iaitu :

1) Ashraff 20 tahun , Kuala Lumpur
2) Budak Bas JB 17 Tahun, Skudai Jb
3) Razim 22 tahun, Kulim Kedah
4) Amirur Rashid 17 Tahun, Pontian Johor
5) He Yee Tat 17 tahun, Kelana Jaya Selangor
6) Aliff Mohd Rafik 16 tahun, Kuala Lumpur


Keenam-enam remaja ini beruntung kerana Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah memberi penerangan tentang fungsi dan peranan SPAD dalam memajukan industri pengangkutan awam di negara kita...

Pada hari pertama program ini (20 Mac) remaja ini telah dibawa ke tempat menarik seperti ibu pejabat SPAD, Terminal Bersepadu Selatan untum mendengar sendiri prosedur operasi bas dan seterusnya di bawa mengunjungi Bas Akademy Rapid KL, Cheras Selatan..di sini remaja ini berpeluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL...


Di akhir program, remaja ini dibawa melawat ke depoh MRT bagi penerangan mengenai operasi MRT Pihak Rapid..kesemua remaja ini telah menerima sijil penghargaan kerana menyertai Program "Young LPT Enthusiasts"..


Beruntung remaja-remaja ni..dapat lihat sendiri operasi pengangkutan awam di negara kita..peluang ini tidak semua orang dapat..dengan pengisian yang telah kami lihat kami yakin remaja-remaja ini akan menceritakan kepada rakan-rakannya yang lain tentang keunikan operasi pengangkutan awam di negara kita seterusnya hasrat SPAD untuk mewujudkan kesedaran terhadap generasi muda menggunakan pengangkutan awam akan tercapai...

Mereka ini perlu diberi pengalaman langsung..tidaklah nanti mereka ini mudah termakan fitnah dan rekaan cerita pihak pembangkang yang menidakkan semua projek berkaitan pengangkutan awam...semua dilakukan kerajaan adalah atas sebab mahu meningkatkan mutu pengangkutan awam..

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita perlu menjaga dan memanfaatkan kemudahan ini semaksima mungkin...

Syabas SPAD!!!program seumpama ini harus diteruskan!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA