networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, April 28, 2017

1MDB - IPIC SELESAI KES LUAR MAHKAMAH PILIHAN TEPAT!!!


Berita tentang 1MDB dan IPIC yang telah bersetuju menyelesaikan kes timbang tara sebanyak AS$ 6 Billion telah membuatkan pemimpi pembangkang seperti cacing kepanasan..

Penyelesaian kes timbang tara ini merupakan langkah bijak bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar..jikalau timbang tara ini diteruskan maka ia akan menyebabkan kegagalan yang tidak mahu didengar kerana melibatkan pengurusan entiti milik kerajaan iaitu 1MDB, IPIC dan sekutunya yang berkaitan Aabar Investment..

Salah satu sebab dakwaan yang menyebabkan IPIC tidak meneruskan timbang tara ini ialah Qubaishi yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC telah ditahan di Teluk Emirit dan sehingga belum didakwa dengan jenayah...

Qubaishi merupakan salah seorang watak penting dalam IPIC dan Aabar Investments dan tersenarai antara orang yang berkuasa di Arab...

Qubaishi dan CEO Aabar, Mohamed Badawy merupakan sasaran DOJ USA atas dakwaan pengubahan wang haram dan antara yang bersubahat dalam pertikaian 1MDB-IPIC..

Jikalau timbang tara ini diteruskan ia mungkin akan memalukan dua individu ini dan memalukan Abu Dhabi...seturusnya bermakna 1MDB akan memenangi kes ini mengalahkan IPIC...

Sebab itu kami katakan dari awal tadi keputusan penyelesaian timbang tara 1MDB - IPIC amat tepat bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar dan ia akan memihak kepada 1MDB...

Biar apapun rasionalnya pihak pembangkang tidak akan senang duduk dan cuba mengaitkan isu 1MDB ini dengan Najib kononnya terlibat dengan penyelewengan...

Dalam kes ini 1MDB tidak menggunakan dana kerajaan langsung bagi menyelesaikan isu ini..1MDB akan menebus aset kewangan atau Unit Dana Brazen Sky dan Gil 1MDB yang dijamin oleh IPIC beenilai AS$2.5 billion..

Daripada jumlah AS 2.5 billion..sebanyak 1.2 billion US yang dibayar IPIC akan diseimbangkan dalam penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada 2016...seterusnya membayar faedah bon 1MDB bermula tahun in hingga 2022 yang berjumlah USD 1.3 billion..

Sekiranya tiada titik penyelesaian antara 1MDB dan IPIC, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 billion kepada Aabar Bvi sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022...

Inilah yang dirisaukan pembangkang..setiap putar belit mereka mengenai 1MDB telah dijawab satu persatu fakta yang jelas...

Dakwaan mereka 1MDB akan mengalami kerugian, berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB telah ditangkis...apa yang penting fitnah mereka yang pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara lain yang mengatakan DS Najib akan didakwa negara luar hanyalah fitnah dan rekayasa cerita mereka sahaja bagi memberi gambaran buruk kepada 1MDB dan DS Najib..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA