networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, April 21, 2017

"BAS Sekolah Haram" - Sedarkah Ibu Bapa?


Hari ini kami tertarik ingin kongsikan pendapat tentang perkhidmatan Bas Sekolah Haram..sebelum ini kita kerap bercakap tentang teksi sapu..teksi haram yang mana pemandu tiada lesen PSV dan melanggar Akta Pengangkutan Jalan 2010...

Sedarkah ibu bapa tentang bahaya menaiki bas sekolah haram..rata-rata kita mengetahui yang bas sekolah haram ini ialah bas yang tidak melalui proses pendaftaran yang sah dengan SPAD..rata-rata ibu bapa tidak memandang serius tentang keselamatan anak-anak mereka..

Janji ada bas sudah memadai..Janji ada kenderaan untuk ke sekolah..janji murah..itu suara yang kedengaran bila bertanya kepada ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah haram untuk anak-anak mereka..

Sebenarnya kerajaan amat peka dengan keselamatan anak-anak kita..setiap kenderaan bas sekolah yang akan digunakan perlu memgikuti prosedur yang ketat bagi menjamin keselamatan pelajar..bas sekolah perlu melalui semakan berkala di PUSPAKOM..

Tahukah anda SPAD ada melaksanakan program School bus checker System (SBCS) boleh rujuk entry kami di SINI

Baru-baru ini SPAD telah melaksanakan operasi berkenaan kes ini di Johor..hasil daripada operasi terdapat sehingga 40 pengusaha bas sekolah haran menjalankan aktiviti mereka..

Pemandu bas sekolah haram ini sebenarnya tidak mempunyai lesen dan permit daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)..

Ada juga kes yang mana pengusaha bas mengecat bas mereka seperti bas sekolah tetapi mereka tidak mempunyai lesen..ini bahaya untuk anak-anak kita..

Anda boleh rujuk entry kami di atas tadi untuk melakukan semakan sama ada bas sekolah anak anda mempunyai lesen atau tidak..yang pastinya bila sudah ada lesen pasti anak anda dilindungi insurans...

Jadi tepuk dada tanya diri sendiri..bersediakah anda berubah untuk memastikan keselamatan anak-anak anda??


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA