networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, April 11, 2017

Diktator Kit Siang Yang Kita Kenal Tiada Tolak Ansur Mengaku Diri Patriotik?Lawak Maksima!!!


Diktator Kit Siang mengaku yang kerjasamanya bersama bekas diktator negara Tun M dalam kerjasama politik sebagai seorang yang mempunyai semangat patriotik..ini lawak terbaru Kit Siang bagi mengalihkan banyak isu dalaman parti DAP dan tekanan politik pembangkang yang diserang bertalu-talu oleh PAS dalam tindakan biadap membantah RUU 355..

Sebelum Lim menggelarkan kerjasama Tun M sebagai kerjasama perajurit mempartahankan negara lebih elok dia muhasabah diri sendiri..banyak tindakannya yang memalukan negara sehingga mencemarkan imej Malaysia di mata dunia..Malaysia sejak kebelakangan ini mendapat perhatian dunia apabila berjaya menandatangani MoU dengan negara besar seperti China,  Arab Saudi, Perancis, Turki, India dan Singapura untuk memajukan negara ini..


Apa yang dilakukan oleh Kit Siang, DAP dan sekutunya ialah cubaan mensabotaj usaha keras DS Najib dan kerajaan Malaysia bahawa setiap pelaburan negara luar di Malaysia sebagai tindakan Najib menjual negara..apakah ini kita mahu melabelkan mereka sebagai patriotik?jawapan ini sama sekali tidak tepat...

Diktator Lim sebenarnya bukanlah seperti yang dicanang mereka sendiri..bagi mahacai mereka menganggap Kit Siang sebagai seorang yang baik telus dan mempunyai nilai-nilai murni..mereka sebenarnya banyak telah termakan propaganda DAP sendiri yang pandai berpolitik..kita lihat.baru-baru ini MCA telah memberi notis saman kepada seorang pemimpin DAP yang memfitnah parti MCA menyalah gunakan dana membantu sekolah Cina..

Bukan itu sahaja, PAS turut menyatakan perang bermati-matian terhadap parti DAP kerana banyak tindakan biadap parti itu yang diketuai Kit Siang dalam usaha mereka menentang RUU 355..DAP menunjukkan mereka sebenarnya diktator dan mahukan semua parti komponen pakatan harapan mengikut telunjuk mereka..jika tidak mahu sila keluar..itulah yang dilakukan PAS sehingga terlahirlah PAN..

Cuma sejak kebelakangan ini, Kit Siang cuba mencuci dosa DAP dengan kenyataan tidak minat untuk menjadi Perdana Menteri dan bersetuju menjalinkan kerjasama lebih erat dalam banyak perkara...bila sudah dikecam barulah dia hendak berlakon..kes anaknya yang disiasat SPRM ketika membeli rumah di bawah harga pasaran menunjukkan betapa Kit Siang seharusnya bimbang bagi memastikan legasi LIM kekal relevan dalam DAP..ini perkara paling ditakuti bila ahli DAP sudah menunjukkan keberanian menentang mereka dari dalam Parti..

Buktinya?
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim  berkata Lim seorang Diktator kerana memegang jawatan parti itu selama 51 tahun..

Tn Guru Haji Hadi dan penyokong PAS memerangi DAP kerana tindakan biadap mereka menyerang umat Islam kerana membantah RUU 355..

Pengundi Gelang Patah menyatakan kekesalan kerana tersilap undi kerana situa kutuk itu jarang balik ke kawasan..

Terkini Teh Yee Cheu ADUN DAP Tanjung Bungah cuba menongkah arus kerana menyokong usul UMNO mendesak Perletakan jawatan anak Kit Siang..

Ini membimbangkan Kit Siang kerana dia amat takut jika dihumban sendiri oleh ahli DAP dari dalam...sebab itu kita dengar banyak isu yang berlaku dalam pemilihan CEC DAP yang lalu..semua ini terpaksa dilakukan demi pengekalan legasi nepotisme keluarga Lim dalam DAP..jika Tun M ada Boboi...Kit Siang pula ada Guan Eng...elok sangat lah tu mereka bekerjasama..macam kisah silabu labi cerita P Ramli..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA