networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, April 3, 2017

Kerajaan Tunai Janji!!!300 Pemandu Teksi Terima Lesen Teksi Individu!!Terima Kasih @NajibRazak @SPADChannel


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberikan surat tawaran kelulusan lessen pemandu individu kepada 300 orang pemandu teksi yang telah berjaya melepasi saringan dan mematuhi keperluan-keperluan pelesenan SPAD..


Ini bermakna, pemandu teksi ini tidak lagi bergantung kepada sistem pajakan sedia ada..300 pemandu teksi yang menerima Surat Tawaran Kelayakan (STK) ini merupakan kumpulan pertama yang Berjaya menerima kelayakan daripada 3,007 permohonan yang telah diterima sejak Ogos 2016…kaedah ini telah dihasilkan melalui kajian yang telah dilakukan di Makmal Transformasi Teksi oleh SPAD pada November 2015..


Program ini merupkan inisiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) bagi menambah baik sistem pengangkutan teksi dan menjaga kebajikan pata pemandu teksi..kelulusan ini bermakna, pemandu tidak lagi perlu berkongsi pendapatan mereka kepada pemegang lesen pajak..secara tidak langsung ia merupakan satu penanda aras baru kemajuan dalam sektor teksi di negara kita..

Sebelum ini, ramai pemandu teksi merungut kerana terbeban dengan sistem pajakan..ini menyebabkan ramai pemandu teksi terpaksa melanggar undang-undang tidak menggunakan meter demi mengaut keuntungan pendapatan tambahan ekoran sistem pajakan teksi yang dilaksanakan sejak dulu lagi..


Pemandu teksi yang menerima STK ini telah menerima geran bantuan Kerajaan berjumlah RM 5,000 setiap seorang bagi membeli kenderaan baru..sebanyak RM 150 juta telah diperuntukkan kerajaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2017 lalu..

Kami melihat, kerajaan telah melakukan bermacam-macam untuk memastikan kebajikan pemandu teksi terbela dari segenap aspek..baik dari penambahbaikkan sistem tambang, dahulu program tukat tayar, penghantaran ke PUSPAKOM dan macam-macam lagi..

Dalam pada itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berharap dapat melahirkan satu generai usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing, agar dapat bersaing dengan trend pasaran yang meningkatkan keupayaan teknologi..

Ia ibarat memandu sebuah kenderaan UBER..kenderaan bayar sendiri..boleh dapat income..itulah kemudahan yang diterima 300 pemandu teksi ini..diharapkan dengan adanya sistem baru ini, pemandu-pemandu teksi dapatlah menyebarluaskan usaha-usaha dan dasar-dasar kerajaan kepada penumpang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan Negara lain..

Berikut kami kongsikan kenyataan media SPAD :



KENYATAAN MEDIA 

SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA PEMANDU TEKSI YANG KELUAR SISTEM PAJAK DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI 

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka. 

Pelaksanaan inisiatif ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah bagi menambahbaik kebajikan para pemandu teksi dan untuk mewujudkan satu persekitaran yang adil dan sihat bagi industri. Suruhanjaya dengan itu telah mengumumkan kelulusan 300 lesen teksi individu. 

Kumpulan penerima lesen individu pertama pada hari ini, merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016. Kesemua permohonan tersebut perlu melalui proses saringan dan mematuhi keperluan-keperluan pelesanan SPAD yang direka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri teksi negara. 

Sebagai satu pelaksanaan di bawah TITP, kesemua 300 penerima Lesen Individu juga akan menerima geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Bajet 2017. 

Di dalam majlis hari ini, 300 Surat Tawaran Kelulusan (STK) telah diserahkan kepada kumpulan penerima lesen individu pertama. Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Sri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar menegaskan bahawa pemberian STK ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan industri teksi Malaysia yang progresif. 

"Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, kita berharap akan dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing; pada masa industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini. Industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan ‘trend’ yang mendorong permintaan pasaran hari ini," katanya. 

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar, pemandu teksi telah lama meminta supaya pembekuan lesen individu ditarik balik disebabkan ramai di kalangan mereka telah dibebani oleh sistem pajak lama. Sistem tersebut telah menyumbang kepada masalah struktur dan cabaran dalam mewujudkan perkhidmatan teksi yang lebih mengutamakan pelanggan. 

"Berikutan kajian yang dilakukan di Makmal Transformasi Teksi oleh SPAD pada November 2015, kami telah mencadangkan pengeluaran lesen individu bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat sebagai satu cara untuk memajukan industri. Kami amat berbesar hati dapat melaksanakan pengesyoran TITP tersebut pada hari ini," katanya lagi. 

Secara keseluruhan, TITP menjadi satu pembuka jalan bagi industri teksi Malaysia untuk menjadi lebih mampan dan responsif kepada kuasa pasaran pada masa hadapan. 

Pada 1 April 2017, model-model kenderaan bagi kegunaan teksi akan diliberalisasikan untuk membolehkan pilihan kereta yang lebih luas pada harga yang kompetitif bagi pemegang lesen. Di bawah langkah ini, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) (atau penarafan yang setaraf dengannya),boleh digunakan bagi perkhidmatan teksi. Ini adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti bagi pemandu teksi ketika menggantikan kenderaan lama mereka serta berpotensi mengurangkan kos operasi. 

Bagi pemandu teksi yang masih di bawah kontrak pajak, SPAD akan mengawal selia kontrak pajak mereka. Kontrak pajak tersebut juga akan ditambah baik dan diseragamkan dengan standard yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali. 

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sedang dilakukan bagi membolehkan peraturan syarat-syarat kontrak dilaksanakan ke atas pengendali. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TITP, sila rujuk http://www.spad.gov.my/media-centre/media-releases/2016/spad-unveils-plan-uplift-taxi-industry atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau emel kepada titp@spad.gov.my).

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA