networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, April 4, 2017

Lagi Pemimpin DAP Kerap Hilang Di Kawasan?!!MP Raub DAP Awak Kat Mana???


Sebelum ini kami ada menulis entry berkenaan kehilangan seorang warga emas yang menjadi pemimpin DAP di Parlimen Gelang Patah yang jarang balik ke kawasan..ibaratnya boleh dikira, jumlah hari Kit Siang di kawasan dengan jumlah hari dia hilang lebih banyak jumlah hari keluar kawasan..

Ini menunjukkan betapa pemimpin veteran DAP ini hanya mahukan jawatan tetapi mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin tempatan...

Kali ini kami ingin kongsikan kisah seorang Ahli Parlimen DAP berbangsa Melayu, Mohd Ariff Sabri..sebagaimana Gelang Patah, Raub juga sebelum ini merupakan kawasan MCA..sejak 2013 sehingga kini, tidak banyak perubahan yang berlaku di daerah ini...janji-janji semasa pilihan raya yang lalu juga banyak tidak tertunai..

Antaranya isu air..ketika kempen yang lalu, dia menjanjikan bulan dan bintang mahu menjamin kestabilan dan menjaga kebajikan masyarakat setempat..tetapi sehingga kini banyak tugas di kawasan dilaksanakan atas usaha BN..jika begitu lebih baik BN sahaja yang merintah jika semua masalah rakyat hendak dirujuk pusat khidmat BN..

Umpamanya, kisah masalah air di daerah Raub..bukan kami hendak mengharapkan muka YB tercongok dekat pili air lori air tu untuk beri air kepada rakyat..tapi sekurang-kurangnya jenguk-jenguklah kawasan tu..inilah level kredibiliti pemimpin DAP..datang kawasan hanya dekat nak pilihan raya dan sibuk buat kempen daftar pengundi..tapi berkhidmat untuk rakyat nak harapkan Barisan Nasional..jika begitu lebih baik MCA menang kawasan tersebut..

Rakyat pun dah nampak..betapa pemimpin-pemimpin DAP bersikap egois..hal masalah air ini tetap menarik perhatian BN sebabnya memang sejak azali lagi BN dilahirkan untuk membantu rakyat..kerajaan negeri Pahang dan Biro Bantuan BN yang bertungkus-lumus memberi bantuan..

Rakyat dalam kesusahan setidak-tidaknya jika nampak pemimpin yang dia undi sejuk sikit hati tu..tapi sikap ego MP DAP ini seolah-olah rakyat seperti tiada maruah seperti menangguk di air yang keruh!!

Jika begini lebih elok MCA jadi wakil rakyat Raub...pemimpin DAP bukannya boleh pakai pun..mereka hanya tahu bermain politik..balik kawasan bagi ceramah, hasut rakyat..esok batang hidung pun hilang..

Sama ada sedar atau tidak..hanya kuasa rakyat mampu mengajar pemimpin-pemimpin DAP yang ego..bongkak dan tamak seperti ini!!!


Kita tunggu detik PRU 14 kita buat seperti di Sarawak..humban DAP!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA