networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, April 16, 2017

LAGI PERUBAHAN INDUSTRI TEKSI..KATEGORI TEKSI DIKURANGKAN KEPADA TIGA!! @SPADCHANNEL


Awal bulan lalu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi lesen teksi individu kepada 300 orang pemandu teksi untuk menceburkan diri kepada perkhidmatan e-hailing yang lebih terbuka..

Mereka juga diberi geran RM 5000 untuk membeli teksi baru..usaha SPAD untuk membantu pemandu teksi terus berterusan...baru-baru ini SPAD telah mengumumkan menstrukturan kategori yang terdapat dalam perkhidmatan ini..

Sekarang ini struktur kategori bagi pengangkutan awam teksi terbahagi kepada lima iaitu teksi bajet, teksi airport, teksi eksekutif, teksi premier, dan teksi 1 Malaysia...

Terkini pengkelasan teksi distruktur semula menjadikan hanya tiga kelas sahaja iaitu teksi sahaja, kereta sewa dan teksi limo sebaik sahaja tempoh teksi melebihi had 10 tahun..

Wakil daripada SPAD berkata "pemandu teksi boleh membuat pilihan sama ada mahu menjadi teksi bermeter, kereta sewa atau kereta limo sekiranya kenderaan tersebut bersesuaian"

Perubahan ini amat drastik dan memerlukan kos yang besar tetapi pengendali teksi tidak usahlah nak risau kerana SPAD telah memikirkan kerana penetapan telah dibuat yang mana teksi yang berusia bawah 3 tahun masih boleh dikekalkan dalam kelasnya sekarang..

Penstrutkturan kategori ini merupakan satu langkah sebagai daripada Progran Transformasi Industri Teksi (TITP)..

Langkah ini membuka peluang yang lebih besar untuk menggalakkan persaingan sihat antara pengangkutan seperti Uber dan Grabcar....

Kami menyokong usaha ini kerana pemandu teksi lebih diberi peluang mencari pelanggan mereka tanpa perlu sekatan..

Ini juga merupakan satu langkah untuk menambahbaik industri pemandu teksi dan menyelesaikan rungutan pemandu-pemandu teksi yang mendakwa mereka teraniaya...

Jadi saranan kami..jadilah pemandu teksi yang cintakan tanah air..ceritakanlah perkara-perkara yang baik kepada pelancong luar mahupun penumpang anda...jadilah agen membantu kerajaan menyampaikan benda-benda baik..anda sendiri mahukan kerajaan berbuat baik kepada anda dan anda juga dituntut melakukan perkara yang sama kepada kerajaan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA