networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, April 22, 2017

Pembangkang Akan Cuba Sabotaj Ekonomi Malaysia Demi Kepentingan Politik!!!


Pakatan Pembangkang sekarang ini semakin kritikal apabila segala fitnah dan rekayasa sejak PRU 13 yang lalu langsung tidak menampakkan hasil..semua tuduhan dijawab dengan fakta tetapi sikap mahacai yang kita kenali mereka tidak akan mempercayai satu persatu kenyataan yang telah diberi..umpamanya isu 1MDB..

Arul Kanda Kandasamy, Mantan Presiden 1MDB sudah berbuih menceritakan fakta dan data 1MDB dan menyatakan tiada sebarang unsur jenayah dalam urusan 1MDB..semua urusan dijalankan secara teratur..menurut Arul 1MDB hanya ada sedikit kelemahan dari segi pengurusan dan ianya telah diselesaikan..mana-mana pengurusan pasti ada kelemahan dan langkah pembaikpulihan penting bagi menangani masalah tersebut..

Tetapi pemimpin pembangkang terutamanya DAP tidak pernah mengaku kalah dengan fitnah mereka yang telah diketahui umum..mereka tetap dengan pendirian 1MDB adalah satu jenayah melibat YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak..mtlamat mereka adalah akan mengaitkan sebarang isu dengan Najib..dari kes Altantuya..Najib yang tiada kena mengenapun menjadi mangsa...

Pembangkang tahu mereka tidak mampu mengalahkan BN jika diambil kira usaha membantu rakyat..ternyata pembangkang kalah..tiada satupun kejayaan yang ditunjukkan pembangkang dari Penang dan Selangor..tidak ada apa yang boleh dibanggakan.

Jadi mereka sekarang ini cuba menyerang ekonomi kita..matlamat mereka hanya satu..jika pelabur lari makanya ekonomi kita terganggu..jadi mereka perlu menyerang apa sahaja bentuk tuduhan yang boleh memberi gambaran buruk kepada kerajaan kita..

Baru-baru ini kepimpinan DS Najib menunjukkan kejayaan atas kejayaan membawa banyak pelabur luar yang berjumlah berbillion ringgit..kami ketawa melihat kebodohan pemimpin pembangkang yang dulunnya menjadi pemimpin Barisan Nasional..ketika mereka berkuasa bila ada pelabur dari luar istilah yang mereka akan sebut ialah Foreign Direct Investment (FDI)..sekarang bila dah dihalau BN.dikatakan pelaburan luar ini sebagai usaha menjual negara ke pihak Luar...

Sentimen ini yang sekarang ini diberi tumpuan kepada para pemimpin pembangkang..menuduh Najib tipu curi duit RM 2.6 billion..walhal duit itu datangnya dari negara Arab..mereka sengaja mahu mengelirukan fakta sebenar..bak kata Najib..jika mereka gagal membuatkan mereka percaya..maka kelirukan mereka..

Rujuk gambar kami di atas..itu adalah sebahagian kejayaan yang berjaya dibawa balik Najib ke negara kita..

Dalam satu kenyataan yang kami jumpa, seorang Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia UUM berkata, parti pakatan tetap berusaha memburukkan imej negara supaya pelaburan tidak datang ke Malaysia..

Umpamanya Guan End telah memburukkan imej negara ketika dialog tertutup di Nanyang Technological Universiti, Singapura. Ketika itu, Guan End berkata kerajaan Pusat tidak memberi satu sen pun kepada kerajaan Pulau Pinang..ini adalah rekaan cerita yang melampau..tak ingatkan Guan Eng ketika dia meminta bantuan kerajaan pusat RM 805 juta untuk atasi masalah banjir..

Tak cukup dengan itu, Guan End menuduh BN membeli undi dengan merasuah setiap pengundi sebanyak RM 5,000..pembangkang bodoh dan penipu memang tidak boleh dipisahkan..dulu menuduh BN guna 40,000 Bangla untuk mengundi BN...pemimpin-pemimpin pembangkang dan banggang memang tidak boleh dipisahkan...

Kami tidak hairan jika pemimpin pembangkang macam tu..tp kami risau jika ramai rakyat yang percaya politik murahan mereka...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA