networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, April 10, 2017

Pemimpin DAP Bakal Disaman MCA RM 100JUTA Kerana Fitnah!!!


Setelah berbagai jenis tuduhan dilemparkan akhirnya MCA telah bertindak dengan cara yang sepatutnya yang mana telah mengemukakan tuntutan saman terhadap Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng kerana telah memfitnah MCA menggunakan dana kerajaan tanpa menyalurkan kepada sekolah kebangsaan Cina (SJKC)..

Ini merupakan satu tuduhan yang amat dahsyat sekali kerana boleh menjejaskan kepercayaan rakyat kepada MCA..kita sudah maklum yang pemimpin-pemimpin DAP acap kali melontarkan fitnah kepada Barisan Nasional...bila pihak BN menghantar surat saman mereka cepat-cepat meminta maaf...inilah cara politik DAP..ibarat melontar tangan sembunyi tangan..

Dalam kes ini, Ketua Biro Undang-undang MCA, Datuk Tay Puay Chua melalui firma guaman Ng & Farah telah menghantar surat tuntutan bertarikh 29 Mac bagi menuntut permohonan maaf atau disaman sebanyak RM 100 juta..

Menurut sumber MCA lagi, jika tiada permohonan maaf maka MCA akan mengambil tindakan untuk menyaman Lip Eng sehingga muflis atau memberi diskaun sebagaimana Lim Guan Eng dapat diskaun ketika membeli rumah tanpa kolam renang...

Tindakan ini perlu diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pemimpin DAP supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan...

DAP hanya tahu berpolitik tanpa memberi sumbangan dalam pendidikan masyarakat Cina..mereka mengkritik tetapi tidak berjasa..ini contoh tidak baik dan disebabkan politikus seperti ini ramai ahli DAP dan pemimpin DAP mengisytihar keluar parti..

DAP kian terdesak untuk memulihkan imej mereka tatkala gendang PRU 14 semakin hampir..penolakan masyarakat Cina terhadap DAP semakin ketara..

Ini membimbangkan parti itu ditambah pula kerjasama DAP dengan Tun M merupakan tamparan hebat buat DAP..ramai pemimpin DAP bekecil hati dengan kepimpinan DAP yang kita sedia maklum hanya dikuasai oleh Kit Siang dan sekutunya...

Pemimpin DAP ibarat lembu dicucuk hidung..kami memgharapkan kebangkitan pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan dasar parti untuk keluar parti bagi memberi tekanan kepada parti yang tidak demokrasi itu..

Jika kita bercakap mengenai perjuangan membangunkan pendidikan masyarakat Cina..MCA yang banyak membantu..nak harapkan DAP mereka tidak membuktikan apa-apa..

Ada pemimpin DAP yang memuji program pendidikan PERMATA tetapi ada juga pemimpin mereka tidak bersetuju..ini sahaja kita dapat lihat betapa parti itu sedang mengalami keretakan dari dalam...mereka ibarat retak menunggu belah!!!

Politikus DAP semakin terdesak apabila melabelkan orang Melayu, Cina dan India bodoh sahaja sokong BN..jawapan kami jika Bodoh..Malaysia tak merdeka?kalau kata sokong DAP pandai...dari segi apa yang pandai?mereka hanya pendai menipu dan menghasut sahaja...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA