networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, April 11, 2017

#RUU355 : Umat @AnwarIbrahim Akur Kata-Katanya..Kelakar Tahap Maksima!!


Akhirnya umat Anwar Ibrahim yang membawa ajaran PKR terpaksa akur dengan arahan terbaru Anwar dari tirai besi untuk menyokong RUU 355..

Soalnya kenapa perlu tunggu Anwar cakap baru nak ikut...walhal dari awal lagi dah cakap RUU 355 tiada kaitan dengan umat bukan Islam...kami faham mereka lebih mendengar kata2 pemimpin DAP kerana takut dipinggirkan dan hilang kuasa..

Walaupun sudah sedar PKR menampakkan bahawa mereka lebih utamakan nasihat Anwar berbanding mempercayai ajaran Islam..jika tidak masakan mahu tunggu Anwar berkata baru nak akui RUU 355 ada asas yang betul..

Sama-sama kita nantikan drama Rafizi bagaimana nak rasionalkan RUU355...haha!!!nilah padahnya bila meletakkan kepentingan Politik melebihi agama.. 

PKR harus malu pada diri sendiri!!!


KEADILAN MENGANGKAT KENYATAAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERKAITAN RANG UNDANG-UNDANG 355 SEBAGAI PENDIRIAN RASMI PARTI.

10 April 2017

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bersidang semalam dan membincangkan dengan panjang lebar mengenai pandangan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai pembentangan YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan ucapan sokongan oleh YB Kota Bharu, Dato' Takiyudin Hassan berkenaan RUU355.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan dalam kenyataan beliau antaranya:

"YB Dato' Seri Ustaz Abdul Hadi dan YB Datuk Takiyuddin menerangkan di Parlimen bahawa RUU Pindaan kepada Akta 355 ( “RUU 355”) bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan."

"Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua."

"KEADILAN menghormati hak YB Marang membentang usulnya; dan kedua, untuk mendapatkan jawapan tegas daripada Perdana Menteri samada kerajaan sedia membentuk satu Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti Rang Undang-Undang pindaan tersebut yang dicadang oleh YB Marang."

Justeru, Majlis Pimpinan Pusat mengambil ketetapan menerima pakai pandangan Ketua Umum sebagai dasar parti, yang menghormati hak YB Marang untuk membentangkan usul. KEADILAN menggesa agar satu jawatankuasa pilihan diwujudkan kerajaan bagi membahas dan membincangkan perkara ini. 

Sehubungan dengan itu mana-mana pihak ataupun kelompok yang mengadakan forum mahupun perbincangan yang mengambil pandangan yang berbeza daripada pendirian parti adalah merupakan pandangan peribadi mereka sebagai individu dan tidak mewakili pendirian rasmi parti. 

Kami juga menganjurkan kepada semua anggota KEADILAN termasuk Ahli Parlimen KEADILAN untuk berpegang kepada pandangan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah diambil pakai sebagai dasar parti dalam usaha memperkasakan sistem Mahkamah Syariah secara menyeluruh. 

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Presiden 
Parti Keadilan Rakyat
Anggota Parlimen Bukit Katil

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA