networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, April 25, 2017

@SPADChannel Terima @AduanSPAD & Sedang Giat Menyelesaikan Isu E-Tiket...Pembangkang Hanya Tahu Bermain Politik Murahan..Tq @NajibRazak!!!


Awal bulan Mac lalu, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meminta pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membantu Pihak Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sistem E-Tiket Kereta Api yang bermasalah, tidak mesra pengguna dan kadang kala tidak boleh diakses..boleh rujuk entry kami yang lalu di SINI..

Ekoran teguran YAB PM, Pihak SPAD dan KTMB telah mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan masalah tersebut..KTMB tidak mempunyai CEO dan bergantung kepada Pengerusinya Dr Nawawi..

Hasil daripada pertemuan tersebut, KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangla panjang dan pendek untuk menyelesaikan isu tersebut..

YAB PM amat prihatin dan mengambil berat terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia sudah menjadi misi kerajaan BN untuk meningkatkan jaringan pengangkutan awam yang berkualiti..

Setelah sebulan lebih berlalu, KTMB telah menyenaraikan perkara yang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini seperti berikut:

1) Menyediakan satu talian internet khas sebanyak 50mbps bermula 8  Mac 2017 bagi meningkatkan keupayaan sistem bagi menampung transaksi online yang semakin meningkat
2) Menambah sistem maklum balas transaksi melalui emel pada 8bMac 2017 dan sms pada 21 Mac 2017 bagi memaklumkan pelanggan sekiranya transaksi tidak berjaya
3) Mengaktifkan auto refund sistem pada 20 April 2017 bagi mengatasi masalah kelewatan pemulangan tambang kepada pengguna  hanya dalam masa sehari berbanding sebelum ini 2 minggu
4) Menambah jumlah mesin Penjualan tiket sebanyak 47 mesin pada 3 April 2017 menjadikan sebanyak 132 mesin yang sedang beroperasi pada masa ini
5) Penambahbaikan dan reka bentuk semula laman sesawang rasmi KTMB dan online tiket supaya lebih mesra pengguna
6) Penyelarasan saluran komunikasi rasminsyarikat seperti Facebook dan twitter KTMB serta lama web KTMB
7) Unit Perkhidmatan Pelanggan KTMB telah menambah jumlah kakitangan bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti penerimaan panggilan..ia dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan..

Bagi menambahbaik sistem jaringan atas talian pengangkutan awam darat banyak perkara harus diteliti supaya ia akan menyenangkan para pengguma untul mendapat perkhidmatan pengangkutan awam...

Kepekaan YAB PM yang memberi kepercayaan kepada SPAD adalah garis ukur bahawa kerajaan BN amat sensitif terhadap kualiti perkhidmatan ini..sudah banyak wang dilaburkan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam...

Biarpun banyak kutukan dan cercaan daripada sesetengah pihak, ia akan menjadikan kualiti perkhidmatan awam darat terus meningkat..kadangkala ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelemahan ini umpamanya pembangkang yang sentiasa memutar belitkan fakta kos pembangunan projek pengangkutan awam di negara kita..

Siapa tidak tahu sikap pembangkang..mereka sentiasa flip flop dalam apa jua perkhidmatan dan usaha kerajaan membantu rakyat..contohnya BR1M yang sebelum ini rasuah, kini telah diiktiraf pembangkang..terbaru Nurul Izzah mengatakan sekiranya pembangkang menang maka GST akan diteruskan dengan janji palsu jumlahnya akan dikurangkan..

Sebelum ini mereka lantang mengatakan GST harus dimansuhkan..tetapi melihat isu ini mendapat tanggapan megatif..maka mereka nak atau tidak perlu uturn..

Sekiranya ada masalah tentang jaringan pengangkutan awam..kami mengesyorkan anda membuat aduan kepada twitter @ADUANSPAD bagi mematikan tindakan lebih pantas...

Jika terus dilayan pembangkang tiada pembangunan akan dibina..jadi harapan kami pemain industri pengangkutan awam perlu abaikan politikus ini agar dapat memberi tumpuan perkhidmatan yang berkualiti...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA