networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, April 27, 2017

@WeeKaSiongMP Seru @PDRMSia Siasat Kematian Mohd Tharif Seadilnya!!!


Berita kematian adik Mohd Tharif Amin Mohd Gaddafi amat menyedihkan kita seluruh rakyat Malaysia..arwah Tharif yang bersekolah di Tahfiz Swasta di negeri Johor dikhabarkan telah didera oleh pembantu warden...

Walaupun kes ini sudah diklasifikasikan sebagai sebagai kes bunuh..bagi kami siasatan menyeluruh harus dilaksanakan seadilnya..

Jangan disalahkan warden itu semata-mata..manalah tahu arwah telah menjadi mangsa buli dan kebetulan pembantu warden itu menghukum dan kemudian terus sakit melarat..

Kami percaya arwah mungkin menjadi mangsa buli kerana tersebarnya sekeping surat tulisan ringkas yang mengatakan mangsa menjadi mangsa buli...

Kes ini menjadi perhatian banyak pihak..antaranya Timbalan Presiden MCA, DS Wee Ka Siong yang turut menyatakan rasa dukacita berikutan kes ini..

Wee dalam satu kenyataan media berkata "saya menyeru pihak Polis menyiasat kes ini secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana individu terbabit, bagi mengrlakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan"

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MCA itu turut mengesa semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan hanya merumitkan lagi keadaan.

Untuk rekod..arwah telah dipotong kedua belah kakinya kerana gagal berfungsi..pada hari kematian sepatutnya arwah dipotong tangan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan tidak mengizinkan...

Al-Fatihah...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA