networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, May 7, 2017

Ada Benarnya @WeeKaSiongMP Label Kerjasama Pakatan Harapan Hanyalah Untuk Paka'TUN'...


Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan hanyalah kosmetik luaran pada nama sahaja tetapi disebalik yang rakyat tidak tahu parti-parti pakatan masih lagi menjalinkan kerjasama dalam membentuk kerajaan negeri Selangor..

Kita hanya diperalatkan dengan permainan politik mereka..beza pada nama tetapi dalamannya masih sama..ini realiti..jika dilihat dari PRN Sarawak, DAP berkelahi sesama sendiri dengan calon PKR, PRK Kuala Kangsar PAS berkelahi dengan calon PAN tetapi di Selangor mereka 'cium mulut' mengekalkan kerjasama biarpun keputusan Mukhtamar PAS baru-baru ini PAS telah menceraikan kerjasama bersama PAN PKR dan DAP...

Keretakan di kem pembangkang sekarang ini seperti menanti belah..kerosakannya semakin parah..di Selangor umpamanya, PAS masih lagi tidak memutuskan kerjasama bersama kerajaan pembangkang..dalam PKR Selangor sendiri pun alami keadaan yang sama apabila kes Adam Rosly membuatkan semua peminpin PKR seperti cacing kepanasan..Zuraidah awal-awal lagi menafikan Adam pekerjanya dan kini Adam pula menyerang Rafizi atas dana INVOKE..

Kehadiran Tun M dalam pakatan tidak mampu mengubah apa-apa..seperti biasa kemana sahaja Tun M pergi dia pasti mahu menjadi orang yang berkuasa..Tun mahu dia diangkat sebagai ketua yang berkuasa membuat percaturan politik dalam pembangkang..

Tun M kita semua tahu..dialah punca perpecahan parti-parti di negara ini..dulu dia berkelahi dengan Tengku Razaleigh semasa merebut jawatan Presiden UMNO sehingga tertubuhnya parti Semangat 46..menyingkirkan Anwar sehingga tertubuhnya PKR..selepas itu menyingkirkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri..

Kini mahu menyingkirkan DS Najib pula..Mungkin agaknya tidak mampu menumbangkan DS Najib, Tun mengambil langkah untuk keluar UMNO..Tun keluar UMNO bukan perkara baru..sebelum ini sudah beberapa kali keluar tetapi kali ini kami pasti ini tindakan keluar terakhir Tun dan dia tidak akan kembali semula kepada UMNO...

Tun akhirnya menubuhkan parti PPBM untuk membawa agendanya selepas gagal bersama UMNO..tindakan Tun semua ini hanyalah mahu semua orang ikut apa katanya..jika tidak ikut maka derhakalah mereka..

Itu silap..orang dalam Barisan Nasional bukan seperti lembu dicucuk hidung mahu dengar apa sahaja kata Tun..maka amat tepatlah apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Wee Ka Siong yang melabelkan Pakatan Harapan (PH) kini menjadi PakaTUN..kita lihat apa kata Wee.
“Mana ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Harapan pun tinggal harapan sahaja. Sekarang ada parti paka’Tun’ (sebab) mereka dengar kata Tun Dr Mahathir. 
“Kita mesti ada prinsip. Kalau tiada prinsip jangan berpolitik. Dulu dia (Kit Siang) maki macam-macam terhadap Muhyiddin sewaktu Muhyiddin jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekarang mereka sudah berkawan,”
Semua orang mahu ikut katanya..kini Tun sudah bersama Pakatan..kami yakin kerjasama ini tidak berpanjangan..kami jangkakan dua perkara akan berlaku dalam kem pakaTun dengan kerjasama bersama Tun..

Pertama parti dalam Pakatan Harapan akan mengalami perpecahan sesama mereka akibat kerjasama Tun..perlu diingat kehadiran Tun dalam pembangkang tidak semua menyukai..ada yang menentang kehadiran Tun..sebelum ini Tun dihina dan dicaci mereka tetapi kini mereka pula memuji menggunung antara satu sama lain..bila kita tanya kisah silam..mereka menyalahkan UMNO pula..macam biasa UMNO akan dijadikan Punching Bag untuk melepaskan tengkuk mereka..biaslah mereka bukannya ada pendirian tetap dalam politik..

Kedua, Tun dan PPBM akan membawa diri keluar daripada kerjasama sekiranya Pakatan Harapan (PH) tidak mahu menunaikan permintaan Tun..Tun dan keluar parti itu perkara biasa..kononnya sebagai protes..sekali dua bolehlah..kalah dah asyik keluar dan masuk UMNO orang sudah tidak heran..

Percayalah apa yang dikatakan Wee Ka Siong..Pakatan Harapan akan menjadi PakaTUN untuk survival politik mereka..bukan mudah hendak kerjasama dengan Tun..jika tidak masakan pembangkang dulu melabelkan Tun M Diktator, Mahazalim dan Mahafiraun untul memastikan penguasaannya kekal..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA