networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, May 23, 2017

Anwar PM Ke-7 - Baru Calonkan Nama Kem Pakatan Porak Peranda!!!


Semuanya bermula daripada gimik di akhir kongres PKR yang mana pemimpin-pemimpin PKR mengangkat sepanduk "Anwar PM Ke-7"..Apa yang dapat dilihat ketika simbolik tersebut, Tun M dan Muhyiddin tidak mengangkat sepanduk berkenaan telah menimbulkan beribu persoalan..



Kit Siang pemimpin veteran DAP tanpa segan silu menterjemahkan hasratnya untuk menyokong Anwar sebagai PM ke-7..ketika ramai mempersoalkan tindakan Tun dan Din Pagoh yang tidak mengangkat sepanduk "Anwar PM Ke-7" muncul pula hero lompat parti Zaid Ibrahim yang mempertikaikan keputusan PKR menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri..

Zaid Ibrahim kita cukup kenal, dia seorang yang tidak tetap pendirian..pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut pernah menjadi calon bagi PKR dan kemudian menubuhkan parti KITA dan kini menjadi ahli DAP..4 Parti dalam masa kurang 10 tahun sudah menunjukkan betapa Zaid hero lompat parti..

Zaid ternyata tidak senang dengan keputusan PKR menamakan Anwar...bagi kami tindakan Zaid ini merupakan tindakan derhaka kepada parti DAP..apa tidaknya, Kit Siang secara terang-terangan menyokong Anwar tetapi Zaid sebaliknya..jika penentangan ini dilakukan secara berterusan kami yakin Zaid tidak akan lama dalam DAP..

Tak cukup dengan mempertikaikan keputusan PKR itu, Zaid sekali lagi cuba mengajak Rafizi siraja sotong Gurau bermain dalam pentasnya..Zaid mengkritik kredibiliti Rafizi yang sentiasa mengkritik siapa sahaja tanpa menghormati institusi pembangkang..

Sama sahaja 2 x 5..Zaid pun begitu, mengkritik siapa sahaja cuba mencari jalan untuk jadi popular..Rafizi cuba menjadi seorang yang matang dengan tidak melayan kutukan Zaid dengan mendakwa tindakan Zaid menyerang rakan Pakatan Pembangkang tidak elok..

Apa yang kita dapat lihat, Pakatan baru sahaja namakan calon PM Anwar Ibrahim, bermacam-macam krisis berlaku..Dengan Bunga tidak menyokong..DAP pula Zaid tidak setuju Anwar walaupun Kit Siang setuju..PKR pula tidak mungkin bersetuju calon lain melainkan Anwar..PAN sudah tentu akan tunduk kepada Anwar..

Bukan mudah hendak bawa Anwar menjadi PM..Wan Azizah mungkin boleh jadi kambing hitam sebagaimana yang pernah dilakukan di Permatang Pauh..Anwar pula perlu pengampunan diRaja..

Belum pun gendang PRU dipalu..Pakatan sudah haru biru cari calon Perdana Menteri..baru letak nama mereka sudah berkelahi..jangan buang masa anda..buatlah pilihan tepat..kita mahukan kerajaan yang stabil..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA