networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, May 22, 2017

Buku 'Becoming Hannah" Perlu Disemak Semula Demi Menjaga Sensitiviti Umat Islam...


Kami ada terbaca di media-media sosial bahawa Hannah Yeoh ahli politik DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Selangor ada menulis buku bertajuk "Becoming Hannah"..

Hasil semakan kami dari komen-komen pembaca mendapati Hannah Yeoh bukanlah pemimpin yang mengamalkan demokrasi yang subur..dia cepat melatah apabila orang mengkritik tulisannya..ini kerana DAP telah menyerang Dr Kamarul Zaman Yusoff yang telah mendedahkan terdapat dakwah secara halus agenda Kristianiti yang terkandung dalam buku tersebut...

Hannah Yeoh sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan perkataan bangsa di dalam kad pengenalan..tindakan ini adalah cubaan mencetuskan pergeseran kaum memandangkan kita di negara Malaysia hidup berbilang bangsa..pada hemah kami tindakan tersebut sengaja untuk mencuit orang Melayu yang mengikut sejarahya tuan tanah kepada tanah Melayu..

Menurut Dr Kamarul dia cuba menyelitkan fahaman kristianiti di dalam bukunya..di dalam bukunya "Becoming Hannah" banyak kisah dan petikan daripada kita Bible, yang menjadi pegangan agama Kristian.."

Jika dia mahu hapuskan perkataan bangsa pada Kad pengenalan dengan alasan mahu mewujudkan suasana harmoni tanpa perkauman mengapa tidak dia memetik juga kandungan dari kitab-kitab agama lain atau pada kami tidak perlu pun hendak letakkan petikan-petikan dari Bible..

Dia seharusnya tahu pembaca buku tersebut berbilang agama..ini penting bagi menjaga sensitiviti umat Islam dan agama lain..kami faham dia cuba sampaikan perjalanan hidupnya tetapi dengan memasukkan unsur agama Kristian secara tidak langsung telah berlaku dakwah secara halus..ini membimbangkan umat Islam takut terpengaruh dengan cerita-ceritanya bersandarkan agama anutan dia..

Dalam entri Dr Kamarul, Hannah mengambarkan "elemen betapa beruntungnya menjadi penganut kristian kerana mempunyai tuhan yang kasih, baik dan adil..Hannah cuba memberi dakwah secara halus apabila beliau sering menerima "prophecy" pengetahuan mengenai masa depan selarasnya dari tuhannya.."

"Hannah memetik dia sering memberikan keajaiban dengan memberi bantuan yang tidak disangka-sangka ketika beliau juga memerlukan dengan memberi analogi ketika kempen pilihan raya..ia ibarat memenuhi hati nuraninya "the desires of my heart" dan "the material desires I had".." kata Dr Kamarul dalam tulisannya bertajuk Laporan Polis Saya Terhadap hannah Yeoh

Dalam kandungan buku tersebut ia menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia..

Daripada apa yang ingin disampaikan Hannah dalam bukunya secara tidak langsung dia mahu membawa fahaman Kristian yang dianutinya untuk menjadikan panduan hidupnya dan dikongsi kepada masyarakat..menurut salah seorang pengkaji, dikatakan DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian dan dia menganggap ia satu contoh yang baik..ia turut di kukuhkan lagi dengan jumlah gereja di kawasannya mempunyai bilangan perkapita yang banyak di negara kita...

Pada pandangan kami tindakan Hannah ini cuba mendedahkan kepada umum bahawa agama Kristian mempunyai banyak nilai-nilai murni dalam membantunya sebagai ahli politik mentadbir..tidak salah untuk menceritakan agamanya disebalik kejayaan tetapi untuk bacaan umum umat Islam sendiri perlu berhati-hati dikhuatiri aqidah akan terpesong..

Kami menolak sekeras-kerasnya buku ini dijual secara terang-terangan atau nasihat kami masukkan perkataan "bacaan bukan untuk umat Islam"..kita lihat DAP masih kekal dengan pegangan agama mereka walaupun pernah bersama PAS...

Dahulu ada pemimpin-pemimpin DAP cuba menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka..ketika itu PAS berteriak kegirangan mendakwa mereka berjaya mentarbiahkan orang kafir dalam DAP...

PAS ketika itu ibarat mabuk berasmara..sehinggakan melabelkan pemimpin-pemimpin DAP dengan gelaran Khalifah..sehingga kini tiada seorang pun pemimpin DAP berjaya di Islamkan PAS...

Malah PAS pula berikrar bahawa musuh utama mereka ialah DAP dan sekutu...kami berharap buku "Becoming Hannah" ini disemak dan diteliti kandungannnya bagi menjaga sensitiviti umat Islam...

Jika Hannah berkata tidak perlu nama bangsa pada kad pengenalan kerana mahu mewujudkan suasana harmoni..kami pula kata tidak perlu meletakkan petikan-petikan daripada Bible bagi menjaga ketenteraman agama lain dan menegakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia..."you tulis perjalanan hiduo you sahaja.."

Wallahualam...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA