networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, May 29, 2017

Keputusan EGTukar Guru..Pandangan Guru Tentang Sistem Baru..Tak Banyak Perubahan Kalau Dilihat Secara Holistik..


Kami mendapat tahu semalam keputusan G Tukar Guru telah diumumkan diaplikasi online..hasil tinjauan kami, banyak perlu dibaiki dalam sistem ini..banyak perkara yang diungkapkan menteri tidak diterjemahkan..

Kami kongsikan pandangan seorang guru yang diambil dari sumber facebook seorang guru yang mengajar di Sarawak..sama-sama kita baca...

1. Permohonan perpindahan boleh dibuat 4x setahun

Kenyataan ini dibuat oleh seorang timbalan menteri pendidikan pada tahun lalu. Kami tak kisah 10 kali permohonan pun, yang kami nak tahu berapa kali penempatan pindah? Tiba-tiba tahun ni mohon sekali saja untuk sepanjang tahun.

Kalau sebelum ini, bulan empat baru boleh isi. Keputusan bulan enam dan lapor diri sekolah baru pada bulan tujuh. Tahun ni awal betul. Advance. Bulan dua dah buka sistem untuk isi. Ramai ingat ada tukar bulan empat, rupanya tetap bulan enam. Jadi, apa rasional dan relevannya buka sistem dari bulan dua? Betul-betul memberi harapan palsu.

2. Pertukaran bulan Jun mengambil kira subjek peperiksaan yang diajar

Aku sebenarnya boleh terima dengan alasan ini pada mulanya. Tapi kenyataan tak pernah selari dengan tindakan. Itu yang buat orang tak puas hati. Aku sendiri ajar subjek tingkatan 5. SPM. 

Kalau nak diikutkan, memang tak kan dapat pindahlah aku ni. Katanya risiko tukar cikgu yang ajar subjek periksa, beri kesan pada pdpc di sekolah. Aku nak tanya. Kenapa bila ada guru cuti bersalin, ada sekolah yang tak dapat pun guru ganti? Malah, terpulang pada sekolah untuk ambil guru ganti sendiri mengikut peruntukan sendiri. Akhirnya cikgu yang ada sama-sama bahagi waktu kelas yang cuti tersebut sehingga terabai kelas sendiri. Yang ni tak ganggu pdpc ke?

3. Keputusan posting baru sebelum keputusan egtukar

Seingat aku, perkara ini berlaku sejak aku mula di Sarawak. Mungkin juga sebelum aku posting sana lagi. Aku tak salahkan cikgu-cikgu baru. Memang rezeki mereka tapi kenapa setiap kali penempatan baru, waktunya adalah sebelum keputusan egtukar keluar? Bila ini berlaku, secara automatik peluang guru yang tunggu dengan penuh harapan turun ke 50 peratus.

4. Dasar 90 : 10 diperkenalkan

Dalam tiga tahun, guru tempatan menerusi pengambilan guru interim diharap mampu mengisi kekosongan secara berperingkat. Inisiatif yang baik tapi sekali lagi tindakannya tidak selari. Ada antara guru interim yang digagalkan. Malah ada yang masih belum dipanggil temuduga untuk penjawatan tetap sehingga hari ini walaupun sudah lama di sekolah.

Hal ini menyebabkan kurangnya posting baru dari semenanjung dan apabila guru interim sendiri belum mampu mengisi kekosongan yang ada, tidak mahu tidak yang mana ada akan terus kekal sehingga satu masa yang tidak diketahui.

5. Kementerian perlu lebih tegas

Dulu orang cakap yang cukup tempoh iaitu lima tahun, mudah untuk pindah. Sekarang tak lagi. Ada yang berbelas tahun di sekolah yang sama tapi tetap tak dapat. Yang ni kira ok lagi. Yang hairan bagaimana yang baru setahun, bujang dan tanpa alasan konkrit boleh pula dapat. Seolah-olah mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan. Aku fikir sangat perlu penyelarasan dibuat. Tetapkan terus sekian-sekian tahun. Kes-kes kronik dikecualikan.

6. Hang bujang, hang mesti ok kan?

Selalu yang dukalara (berkahwin) saja yang diberi perhatian. Bagaimana dengan yang bujang tapi dah lebih tempoh di negeri orang. Kita kena tengok juga depa ni. Depa tak ada isteri/suami tapi depa tetap ada mak ayah.

Aku tahu yang tulisan aku ini tak kemana pun. Anggaplah ianya sbagai jawapan terus sebelum makin ramai yang bertanya dan buat spekulasi sendiri. Apapun, jujur yang aku sangat suka mengajar di Sarawak. Aku jumpa kawan dan suasana yang menyenangkan di sana.

UPDATE : Kalau sebelum ini, keputusan gagal adalah 'Maaf, Anda Tidak Berjaya.' Kali ni dah lain. 'Keputusan Anda Akan Dipertimbangkan Bulan Oktober.' Dalam erti kata lain, dua-dua sebenarnya gagal. Haha..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA