networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, May 3, 2017

PAKATAN HARAPAN KINI MUSUH BN & PAS BUAT PEMIMPIN PAKATAN SEMAKIN BERCELARU!!!


Nampak gayanya serangan demi serangan terhadap DAP berjaya membuatkan parti kauvanis itu kacau bilau..jika kita mahu tumbangkan Pakatan Pembangkang kita perlu menyerang dan memastikan parti dominan dalam pakatan pembangkang iaitu DAP tumbang..

Ini merupakan strategi politik paling berkesan dan telah diamalkan oleh parti politik di negara kita..perkara ini juga dilakukan kepada PAKATAN RAKYAT sebelum ini yang menyerang bertali arus parti utama Barisan Nasional iaitu UMNO sejak dahulu lagi..misi mereka untuk tumbangkan UMNO bagi memastikan hajat mereka menumbangkan BN masih lagi belum berjaya..kita perlu terima hakikat bahawa Allah SWT melindungi parti keramat UMNO sejak merdeka lagi..

Banyak serangan telah dilakukan sejak berdekad lagi tetapi UMNO tetap kuat sebagai sebuah parti yang utama dalam negara kita...

Ia tidak berlaku dalam parti pembangkang..Serangan terhadap parti dominan Pakatan Harapan hampir pasti membuahkan hasilnya apabila kita lihat keretakan dalam DAP telah kelihatan..Serangan ini ditambahkan lagi dengan 'ajinamoto' yang menjadikan ia lebih enak!!!

Misi menjatuhkan DAP bukan sahaja dari luar parti malah dari dalam parti sendiri mereka menunggu masa sahaja untuk menamatkan riwayat Dinasti Lim dalam DAP..kini ramai pemimpin dan ahli DAP mula menunjukkan signal protes terang-terangan apabila rela keluar dari parti itu sebagaimana berlaku di Melaka..nada Lim Guan Eng agak tenang ketika itu yang merelakan ramai ahli mereka keluar parti tetapi kita tahu kegusaran itu tidak mampu lagi disembunyikan..

Pemberontakan dari dalam parti DAP semakin jelas..malah dalam rakan kongsi Pakatan Rakyat juga telah lama berlaku sehingga terbubarkannya gabungan PAS sehingga memusnahkan gabungan PAKATAN RAKYAT...ya!.PAKATAN RAKYAT telah telah terkubur..mereka kini cuba bangkit dengan rebranding nama PAKATAN HARAPAN..kononnya dengan kehadiran Tun M mampu menambahkan rencah kekuatan pembangkang..tetapi ramalan mereka meleset..Tun M jelas sudah expired..tidak ada apa perlu dibimbangkan...

Kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar tidak banyak membawa perubahan..kekuatan mereka tidak seberapa..movement kedua-dua orang ini tidak hebat mana jika kita nak bandingkan dengan Anwar Ibrahim..

Tun M kita sudah tahu sandiwaranya..mahu jadi berkuasa di mana sahaja dia berada..namun Tun M perlu sedar kesetiaan pemimpin DAP tidak seperti kesetiaan pemimpin UMNO ketika dia berada dalam UMNO...

Pokok utamanya untuk menambahkan kerusi BARISAN NASIONAL dan mengalahkan Pakatan Harapan perlu menumbangkan DAP dari semua arah..dari dalam parti, dari parti pakatan sendiri dan dari BN perlu menyerang mereka supaya kita dapat memastikan Dinasti Lim berakhir seterusnya DAP akan terkubur dengan penuh tragisnya pada PRU 14 ini...

Terkini, kita lihat Lim Guan Eng sudah menekan butang PANIK apabila PAS mengumumkan musuh utama mereka ialah DAP dan bukannya BN..ini sudah cantik..DAP telah mencipta musuh baru atas sikap bongkaknya selama ini..tindakan Kit Siang yang menyerang perundangan Islam RUU355 telah menjadi titik tolak yang paling besar buat PAS mengapa DAP wajib menjadi musuh utama!!!

Guan Eng telah menganggap tindakan PAS melabelkan DAP sebagai musuh utama tidak masuk akal dan "sesat"..Guan Eng menjelaskan "Jadi di sini, jelaslah PAS dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan...sepatutnya musuh utama PAS adalah BN,".

Tindakan PAS yang turut melabelkan setiap parti komponen Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PPBM & PAN adalah musuh telah menambahkan lagi tekanan mereka menjelang PRU 14..kita dapat rasa yang mereka sekarang dalam mood kacau bilau..dengan krisis jawatan MB Selangor membuatkan masing-masing pemimpin pembangkang tidak senang duduk terutamanya Azmin Ali yang agak risau kalau-kalau ada pemimpin exco mereka bertindak sebagaimana PAS..

Mereka agak tergesa-gesa untuk mengalihkan perhatian rakyat..sehinggakan Rafizi terpaksa menaikkan satu topik tentang logo pakatan harapan yang kami sifatkan sebagai buruk..anda boleh baca di SINI



Logo ini kita dah nampak betapa mereka tergesa-gesa untuk mengalihkan isu yang semakin membelenggu pembangkang..langsung tidak kreatif..

Di pihak UMNO pula, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membalun DAP dan Kit Siang KAW..KAW...ketika Ceramah Rakyat di Temerloh..Tan Sri Annuar musa menyifatkan Kit Siang pemimpin tak sedar diri yang hanya mahu berkuasa dan tidak mahu berundur..anda boleh saksikan rakamannya di bawah..



Jika mod ini berterusan..impian BN dan PAS untuk mengurangkan ego PAKATAN HARAPAN akan termakbul!!!percayalah!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA