networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, May 17, 2017

Pakatan Harapan Tiada Calon Perdana Menteri..Ini Fakta Bukan Lagi Rahsia!!!


Pakatan Harapan sekarang ini dalam keadaan berkecamuk tatkala musuh utama mereka Barisan Nasional semakin mengukuhkan cengkaman mereka sebagai parti yang konsisten dan membela rakyat Malaysia..

Barisan Nasional sekarang ini sudah difasa gear 5 apabila segala manifesto mereka hampir lengkap dilaksanakan..negara-negara luar pula berlumba-lumba mahu bekerjasama dengan Malaysia kerana lebih selesa menjalinkan kerjasama pelbagai bidang dengan Malaysia yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..

Ketika Tun M, Mukhriz dan Muhyiddin keluar UMNO, kem pembangkang berasa sangat gembira dan yakin menghadapi PRU pada bila-bila masa..perumpamaan Melayu, "kuharapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari".

Dengan takdir Allah SWT, pembangkang menghadapi pelbagai krisis dan mereka agak panik..segala masalah perlu ditangani segera kerana sekarang ini bila-bila masa sahaja PRU 14 Najib akan mebubarkan parlimen..jangkaan kami selepas bulan September ini di mana telah berakhirnya Sukan SEA..apa pun terpulang kepada our boss untuk membuat keputusan..

Calon Perdana Menteri, Barisan Nasional sudah yakin dan pasti akan menamakan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri akan datang selepas PRU 14..di pihak Pakatan Harapan..mereka belum ada calon yang benar-benar layak mampu menjadi general perang mereka..

Bukan tiada calon PM tetapi terlalu banyak calon PM yang akan dinamakan...akhirnya nanti Perdana Menteri tiada mereka pula bergaduh sesama sendiri..dari DAP, Anthony Loke mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri, Zaid Ibrahim pula mahukan Tun M..

Parti Bunga Raya pula keliru nak pilih Mukhriz ke atau Muhiddin..DAP tidak boleh kerana mereka Cina..jadi mereka mahukan Perdana Menteri yang boleh dengar cakap mereka..senang nak Skrew kepala PM nanti..

Bunga Raya mempunyai cita-cita besar tetapi hanya memliki perahu kecil..yang hendak diharungi mereka lautan bergelora..jadi perlu naik nakhoda yang besar iaitu DAP..DAP pula tidak mahu sleeping partner..mereka mahu orang yang boleh ikut apa kata mereka..

Tengok sahaja Selangor, DAP belum apa-apa sudah desak  Azmin memecat exco PAS..walhal pada mulanya Azmin tidak mahu dan exco PAS sendiri setuju untuk kekal kecuali atas perkenan Sultan..bayangkan mereka sanggup ingkat keputusan Mukhtamar kerana mahu bersama Pakatan..sanggup menjadi sitanggang dalam PAS..

Kami hakin hayat exco PAS ini tidak lama..Kak Wan sudah sarankan pemimpin PKR yang mendapat jawatan lantikan politik di Kelantan supaya melepaskan jawatan serta merta..dan keputusan Exco tunggu Azmin pulang ke Malaysia..ini memberi signal bahawa PKR akan akur dengan pembatalan tahaluf siasai oleh PAS..tetap mesej baru kami terima Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat MB Selangor berkata jawatan Exco perlu dikekalkan..ini membayangkan kerajaan Selangor amat berkecamuk dan sibuk dengan urusan jawatan..

Beginilah yang akan berlaku jika mereka berkuasa...inilah kesannya bila sebuah Parti yang menang kerana amalan budaya mengasut, meracuni fikiran rakyat dan amalan fitnah..Allah SWT pun beri petunjuk kepada kita...

Tepuk dada tanya diri sendiri..jangan kerana emosi kita gadaikan negara yang makmur ini...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA