networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, May 8, 2017

#PRU14 - MCA AKAN LAWAN KIT SIANG HABIS-HABISAN DI GELANG PATAH!!!


Pada PRU 13 lalu, Barisan Nasional dimalukan di kerusi Gelang Patah apabila kalah dengan majoriti 14,762 undi..dengar cakap-cakap orang Cina di kawasan itu, punca kekalahan Barisan Nasional kerana salah meletak calon dimana ketika itu calon BN ialah Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman..walaupun ketika itu pengaruh Ghani Othman dikatakan mampu mengatasi Kit Siang tetapi realiti berlaku ia tidak mampu untuk mengalahkan calon veteran DAP, Kit Siang...

Ada juga cakap-cakap mengatakan kerusi berkenaan sepatutnya ditandingi oleh Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Sdr Jason Teoh..jika pertandingan Jason Teoh dengan Kit Siang senario pastinya berbeza..inilah MCA yang kita kenal, mereka rela mengalah untuk memberi laluan kepada calon Melayu..

Namun begitu, senario PRU 14 pastinya berbeza apabila masyarakat Gelang Patah telah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Kit Siang selepas menang..jarang sekali balik ke kawasan untuk melihat sendiri masalah rakyat yang berlaku dikawasan mereka..masyarakat Gelang Patah ternyata telah ditipu dengan janji-janji palsu DAP..menang kerusi bakti tidak diabdikan..

Kit Siang lebih sibuk dengan propaganda DAP diperingkat kebangsaan berbanding memberi tumpuan kepada Gelang Patah..masyarakat Gelang Patah terpaksa menelan pahit sehinggakan baru-baru ini mereka telah meletakkan sepanduk uncle Kit Siang hilang dikawasan sejak menang PRU 13..bayangkan sampai begini sekali masyarakat Gelang Patah kecewa dengan sikap KIt Siang..boleh rujuk artikel kami di SINI yang menunjukkan simbolik kemarahan rakyat Gelang Patah kepada Kit Siang yang tidak bertanggungjawab..


Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menyedari hakikat sebenar dan cuba menyelamatkan rakyat Gelang Patah daripada terus ditipu dengan muslihat DAP..dengar khabar Kit Siang menyuarakan hasrat untuk bertanding di Gelang Patah untuk mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU13..tidak malu sungguh Kit Siang..rakyat sudah tahu perangai buruknya pun masih terhegeh-hegeh lagi untuk bertanding di sini..


Khaled Nordin berkata baru-baru ini :
"BN Johor akan meletakkan calon di semua tempat, tidak akan ada yang terlepas termasuk Gelang Patah yang kita telah bersetuju letakkan calon MCA,"
Ini signagl perubahan yang bakal berlaku di Gelang Patah..masalah rakyat Gelang Patah ibarat tiada wakil rakyat bakal di atasi..Khaled tidak menyatakan siapa calon yang bakal diletakkan bagi menentang Kit Siang..berkenaan calon Khaled menyerahkan kepada pucuk pimpinan BN Pusat..

Bagi kami, calon yang layak bertanding di Gelang Patah ialah Saudara Jason Teoh..Beliau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Gelang Patah..pastinya Kit Siang akan gusar dengan calon ini..orang Cina sudah buka mata..kami harapkan orang Cina akan berfikiran terbuka untuk melihat kredibiliti calon daripada sentimen perkauman yang dimainkan parti kauvanis DAP..

DAP kemana sahaja mereka bertanding pastikan akan mainkan sentimen perkauman masyarakat Cina..jika hendak di senaraikan apa sumbangan DAP kepada masyarakat Cina, tiada satu pun yang boleh dibanggakan..mereka lebih menumpukan kepada daftar pengundi, pendaftaran BR1M sahaja..mereka lebih berminat bermain politik kebencian dan mengkritik usaha kerajaan negeri..

Kami difahamkan masyarakat Cina Gelang Patah lebih menghormati Jason Teoh kerana beliau banyak membantu rakyat setempat..jika diberi peluang kepada Jason Teoh kami yakin, kedudukan Kit Siang akan tergugat dan menjadikan Gelang Patah sebagai pengakhiran karier politiknya...

Orang Sarawak boleh melakukan masakan tidak orang Johor...sejak kebelakangan ini sentimen perkauman semakin menjadi-jadi dengan tindakan melampau pemuda Cina menekan hon tatkala umat Islam sedang menunaikan Solat Jumaat dan dikhabatrkan DAP akan menghantar peguam untuk membela pemuda ini..walhal kita tahu isu tersebut telah diselesaikan cara baik oleh pihak masjid..inilah cara DAP mencari kuasa politik.mereka akan bermain sentimen perkauman bagi meraih undi.bila kita kata yang mereka rasis..mereka menghantar balaci orang Melayu untuk menegakkan benang yang basah...

Syabas MB kerana memahami kehendak rakyat Gelang Patah!!jika penduduk Gelang Patah menyesal kerana memilih Kit Siang..buktikan pada PRU 14 yang anda tidak buat silap untuk kali kedua!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA