networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, May 11, 2017

#UMNO71 - UMNO CIPTA SEJARAH DUNIA PARTI KERAMAT MELAYU MERINTAH NEGARA LEBIH 7 DEKAD!!!


Malam ini umat Melayu bakal meraikan ulang tahun UMNO yang ke-71 di Stadium Bukit Jalil..perayaan kali ini lebih meriah yang dijangka lebih 100,000 penyokong UMNO bakal membanjiri SNBJ dengan berpakaian serba merah..

Bercakap mengenai perjuangan UMNO, memang tidak dinafikan bahawa parti keramat Melayu ini  terlalu banyak berjasa kepada rakyat dan negara pada hari ini..Malaysia yang kita lihat hari ini ialah hasil usaha UMNO, dan beberapa parti komponen lain yang menunjangi Barisan Nasional..

Usia parti 71 tahun sudah cukup untuk kita melihat sumbangan, jasa dan kematangan memerintah negara..ia tidak sama dengan usia manusia..71 tahun sudah terlalu tua untuk memerintah dan perkembangan sel-sel otak sudah tidak mampu menjana idea yang bernas..

Kekuatan UMNO terletak pada ruhnya yang diwarisi sejak 71 tahun lamanya..pemimpin saling bertukar ganti..UMNO banyak menerima cabaran umpanya pada tahun 1946, 1987, 1998..pada setiap krisis tersebut kita lihat UMNO akan berakhir tetapi sehingga hari ini ia masih segar dan terus diremajakan ke peringkat akar umbi..



Bercakap mengenai Ruh..kami ingin memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa dalam rancangan Ruang Bicara bersama BERNAMA baru-baru ini yang berbunyi :
"Ruh UMNO terbentuk dari DNA yang tersendiri yang tulen tidak seperti parti-parti lain di negara ini..UMNO dilahirkan dari DNA yang tersendiri hasil gembleng para pemikir dan alim ulamak.Roh UMNO terbentuk dari DNA yang tersendiri...jika dilihat PAP DNAnya dari PAP, PAS DNAnya dari UMNO, PAN DNAnya dari PAS..PKR DNAnya daripada UMNO..."
Apa yang kami lihat memang tepat apa yang dikatakan oleh TSAM..nak tubuhkan UMNO hasil pemikiran ALIM ULAMAK..lahirnya UMNO di Istana Johor..tempat yang baik..tidak seperti parti lain..lahir di jalan raya..DAP pula terpaksa berselindung disebalik nama DAP setelah PAP dikaitkan parti mencetus perpecahan kaum..sehingga kini DAP terpaksa manipulasi UNDI CEC untuk kekalkan penguasaan legasi Lim..

Keberadaan UMNO untuk kekal sebagai pemerintah lebih 7 dekad bukan perkara mudah ia hasil usaha pemimpin yang diamanahkan dan menjalankan amanah mereka dengan penuh tanggungjawab..selain itu, doa ahli UMNO dimakbulkan ALAH SWT..

UMNO merupakan satu-satunya parti pemerintah yang berjaya mengekalkan kuasa mereka sehingga hari ini..tidak seperti negara lain..parti yang penuh sejarah yang panjang telah terkubur dan kini menjadi sebahagian parti..mereka hilang kuasa majoriti..umpamanya Parti Golar yang kini terpaksa berkongsi kuasa dengan parti lain..

Di Jepun, Parti Liberal Demokratic Party (LDP) sudah tumbang walaupun telah memerintah Jepun selama 50 tahun..di India, parti India National Congress INC juga sudah tumbang..INC telah memerintah sekitar 46 tahun..

Tetapi UMNO masih utuh berdiri dengan sokongan padu rakyat..biarpun pada ketika ini cabarannya lebih besar berbanding UMNO diera pemimpin sebelum ini, kepimpinan UMNO yang dipimpin oleh Presiden DS Najib Razak berjaya memastikan kuasa UMNO terus kekal berdiri...

Jika kita lihat parti lain, umpanya DAP dan Bunga..kedua-duanya dikuasai oleh orang yang sudah tua yang kami sifatkan sebagai "rumah kata pergi kubur kata mari"..masing-masing mahu memastikan terus berkuasa dan ingin memastikan survival politik mereka untuk anak masing-masing terus terjaga kuat...

Tan Sri Annuar Musa berkata: 
"Presiden UMNO, kita tahu bukannya maksum, beliau bukan nabi..juga mempunyai kelemahan..tetapi takkan kerana satu kelemahan kecil kita hendak lupakan seribu kebaikan yang telah ditaburkan..kita diajar untuk menilai"
Terlalu banyak perbezaan jika kita hendak bandingkan Datuk Seri Najib dengan pemimpin pembangkang lain walaupun sering difitnah bermacam-macam..inilah keistimewaan UMNO, bila Presiden parti kena fitnah, semua pemimpin perlu bangkit untuk mempertahankan Presiden dan parti..

Apa yang kita dapat lihat bahawa biarpun DS Najib terlalu banyak difitnah tetapi ia tidak sedikitkan pun melemahkan Presiden kita..DS Najib tetap kelihatan cool..ini semua berpunca daripada strategi pembangkang sendiri yang tidak menjadi..mereka memfitnah secara melampau dan kita lihat ada antara mereka yang terpaksa U turn dari prinsip asal..tidak cukup dengan itu, pembangkang menjilat semula ludah mereka semata-mata untuk mencari kelemahan UMNO...

Sebab itu kita lihat UMNO masih kekal berkuasa..pembangkang dilihat masih tidak mampu menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional...

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR UMNO KE-71..SEMOGA TERUS KEKAL KUASA DEMI RAKYAT DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA"AMIN...

2 comments:

Mizie Kutar said...

Betul ke...hanya Allah swt yang mengetahui sedikit demi sedikit...

Anonymous said...

Berapa upah buat artikel menjilat UMNGOK tuan blogger?jilat sampai licin

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA