networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, June 21, 2017

300 Pemandu Teksi Diberi Lesen Individu Di Bawah TITP..Terima Kasih @NajibRazak @SPADChannel!!


Sebentar tadi, Suruhanjaya Pengangkutan awam Darat (SPAD) telah menyampaikan Surat Tawaran Kelulusan Bagi Permit Teksi Individu kepada 300 orang pemandu teksi..program ini merupakan langkah kerajaan melalui SPAD untuk menaiktarafkan industri ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP)...

Untuk makluman pembaca 300 orang ini merupakan penerima kedua daripada program TITP yang telah diadakan pada awal tahun ini...boleh rujuk entry kami yang lalu di sini SINI...

TITP ini bertujuan memberikan peluang kepada pemandu teksi bebas daripada sistem pajak yang selama ini membebankan mereka..

Daripada jumlah 300 orang tadi, sebanyak 43 orang pemandu menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM 5,000....

Berbanding kumpulan pertama, kumpulan 2 yang menerima geran individu telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD dengan kerjasama pihak polis dan JPJ dan menepati syarat kelayakan pelesenan SPAD..

Daripada jumlah 300 pemandu teksi yang menerima lesen individu, sebanyak 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa..penerima lesen individu ini berasal daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan (59%), Pulau Pinang dan Langkawi (24%) dan Melaka dan Johor Bahru (17%)..

43 orang yang menerima geran tunai RM 5,000 merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu pemandu teksi membeli kenderaan baru..ia melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta sebagaimana yang telah dijanjikan olah YAB Perdana Menteri ketika pembentangan bajet 2017..


Menurut YB Dato' Sri Hajah Nancy, "pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan dan menyelesaikan isu serta rungutan prmandu"

"Pemberian lesen individu ini diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menjaga kebajikan pemandu teksi sekaligus newujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini"jelas DS Nancy lagi..

Bagi kami usaha kerajaan untuk membela nasib pemandu teksi harus dipuji..kerajaan mendengar keluh resah rakyat dan menyelesaikan segala kesulitan..diharapkan dengan pemberian lesen ini tidaklah wujud lagi suara mengatakan pemandu teksi ditindas...

Harapan kami, pemandu teksi tidak mengambil kesempatan dengan lesen individu ini yang mana menyewakan pula kenderaan mereka kepada pihak ketiga..

Terima kasih kerajaan dan SPAD!!!

Berikut kami kongsikan gambar sepanjang majlis Penyerahan Lesen Individu TITP..





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA