networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, June 22, 2017

Hati-Hati Propaganda Pembangkang Guna DOJ Untuk Campur Tangan Urusan Negara...


Saat ini negara sedang menerima tekanan dari Amerika melalui Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang menuduh bermacam-macam tohmahan mengenai 1MDB..

Tekanan tersebut ditambah lagi dengan sokongan daripada parti politik pembangkang seolah-olah mahu Amerika Syarikat mencampuri urusan dalam negara kita...biasalah pembangkang apa sahaja cara yang boleh menjatuhkan kerajaan mereka akan sokong walaupun terpaksa menggadaikan keamanan negara kita dengan menghalalkan campur tangan Amerika..

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan muslihat jahat DOJ dan pembangkang!!

Tan Sri berkata dalam satu kenyataan media "Rakyat terutama umat Islam, sudah tahu apa itu "Keadlian ala Amerika", "Demokrasi ala Amerika" dan "Diplomasi ala Amerika".

Rakyat timur tengah seperti Iraq, Palestin, Libya, Syria, Mesir, Yaman dan beberapa negara lain telah rasa bagaiman urusan negara dicampur tangan negara asing..Musnah!!!hanya rakyat negara sahaja yang harus mempertahankan kedaulatan Malaysia..

Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya bersetuju dengan dakwaan DOJ kerana ia bermatlamat dapat menyerang DS Najib dan negara Malaysia..perjuangan Tun tidak pernah ikhlas..

Kita pun tidak tahu apa niat Tun sebenarnya..adakah mahu mengkaburi mata rakyat dengan skandal Forexnya..

Pesanan Tan Sri Anuar agar rakyat negara kita bersolidariti dan mempertahankan pemimpin akan mampu menghalang kejahatan...

Sebagai Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru ahli UMNO yang selama ini menjadi tunjang dan benteng utama negara semenjak penentangan terhadap Malayan Union harus melipat gandakan iltizam dam bersolidariti serta wala' bersama saf pimpinan....

Beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO terus mempamerkan ketahanan dan jati diri pads tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama..

Tidak perlulah kita hairan dengan sikap jijik Tun ketika ini yang sanggup bersekongkol dengan laporan pro zionis demi mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri semula...

Pembangkang sudah berada di tahap gamble..apa sahaja cara untuk tumbangkan BN maka semuanya dihalalkan walaupun terpaksa mempertaruhkan kedaulatan negara..

Beringatlah sebelum menyesal!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA