networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, June 18, 2017

Imam Bazar Kluang Memang Sah Imam..Pakatan Pembangkang Berdosa Fitnah Melulu!!!


Takdir Allah SWT di bulan mulia bulan ramadan Allah menunjukkan kebenaran orang yang teraniaya..pasti anda masih ingat bagaimana pemimpin dan penyokong taksub DAP menghina Imam bazar Kluang yang menghalang umat DAP mengedar kurma dengan cara yang tidak beradab...

Sejurus itu..imam bazar tersebut telah diviral dan dihina dengan bermacam-maca tuduhan songsang...

Di bulan yang elok ini akhirnya kebenaran muncul juga...Allah angkat pemimpin agama Islam dan tunjukkan kebenaran siapa sebenarnya imam itu..ya..memang benar dia imam..?

Tak cukup RUU355...DAP juga perlekehkan Imam Bazar...dasar parti sekular tak guna!!!itu pun umat Islam masih menjilat DAP..

Ikuti kisah benar siapa imam bazar di bawah!!!





Sumber wasap

*Sikap Ahli Parlimen DAP Kluang memalukan*

Apa yang anda nampak masa insiden di bazar Ramadan Kluang baru-baru ini. Insiden yang sengaja dicetuskan oleh Ahli parlimen DAP untuk dapat populariti dengan cara kotor. 

Tuduhan yang dilemparkan oleh ahli parlimen DAP terhadap seorang anak muda yang memang seorang Imam sebagai samseng sama macam mana Amerika melemparkan tuduhan pengganas kepada umat Islam selepas kejadian 9/11. 

DAP gunakan atas alasan bazar Ramadan sebagai tempat awam maka mereka boleh merempuh masuk mana-mana tempat yang mereka suka. Namun mereka lupa, mmg bazar ini tempat awam untuk orang ramai membeli belah, namun tujuan DAP Kluang adalah membuat program di kawasan ini atau lebih tepat lagi membuat kacau. Sebab itu, urusetia bazar meminta mereka keluar, sebab mereka tidak meminta izin bahkan lebih teruk mereka merempuh dan mem'provok' urusetia di sana. 

Kita lihat bagaimana juak-juak DAP sengaja merapatkan diri kepada Imam untuk harapan terdapat kejadian yang tidak diingini seperti ditumbuk atau sebagainya. Ianya adalah tindakan terancang Dap untuk menyerang Bazar Ramadan Kluang. 

Orang Kluang tidak lupa peristiwa Dap adalah dalang di sebalik tuntutan peniaga Cina di Kluang yang minta bazar Ramadan Kluang di pindahkan. Pada waktu tersebut. Hampir berlalu lebih sepuluh hari selepas Ramadan peniaga bazar Ramadan masih tidak dapat berniaga kerana bantahan tersebut. DAP adalah dalang sebenarnya dalam kejadian tersebut. Mereka menggunakan peristiwa tersebut untuk menjatuhkan bekas ADUN MCA mengkibol yang akhirnya DAP menang di Mengkibol pada 2008. 

Orang Kluang juga tidak lupa pada ketika itu Ketua Pemuda UMNO Kluang pada ketika Md Jais Sarday lah yang buat benteng untuk pertahankan bazar tersebut. Atas tindakan tersebut maka bazar Ramadan Kluang kekal sehingga hari ini. 

Orang Kluang perlu ramai pemimpin berani macam ni bukan macam Melayu pak turut kepada DAP. Kerana mereka akan gagal pertahankan hak Melayu jika ada sesuatu yang berlaku. Ini yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang bila gerai peniaga Melayu byk dirobohkan. Apatah lg apa yang berlaku kepada Melayu di Singapura. 

Orang Kluang tidak pernah lupa peristiwa bazar Ramadan ini adalah cara KOTOR Ahli Parlimen Dap yang bukan anak jati Kluang pun untuk dapatkan populariti secara terdesak dengan sengaja menjadikan seorang budak anak jati Kluang sebagai kambing hitam. Inikah sikap yang sepatutnya ditunjukkan sebagai seorang ahli Parlimen dan pembantunya.. Ianya sangat memalukan. 

*#Anak Jati Kluang*

2 comments:

IsteriPuas said...

Gempak! Robot ini akan penuhkan akaun m2u anda
Klik sini >> http://tinyurl.com/JutawanApp2017

Muhammad Luthfi said...

Agtafillullah...ini ke imam pasal nak menegak benang basah... semua puak2 UMNO dan kabinet BN jadi bodoh pasal 1MDB.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA