networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, June 14, 2017

Perbandingan Bonus Raya Johor, Selangor & Penang Yang Perlu Anda Tahu!!!



TAK GUNA BONUS BERBULAN-BULAN TAPI RAKYAT TAK MAMPU NAK BELI RUMAH SENDIRI !!!

Selain pemberian wang zakat kepada asnaf, perkara yang paling dinanti oleh penjawat awam ialah pemberian duit raya atau bonus daripada kerajaan.

Terdahulu Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan bonus raya sebanyak RM500 seorang kepada 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Manakala Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin minggu lalu mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 seorang kepada lebih 19,000 kakitangan awam negeri Johor. Pemberian bonus sama rata ini amat menggembirakan tatkala semua umat Islam akan menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.    

Bagi negeri lain seperti Pulau Pinang, walaupun kelihatan jumlah yang sama (RM1,000) diperuntukkan kepada kakitangan awamnya, namun sebenarnya tidak semua mendapat jumlah itu!

Pengagihan bantuan adalah berdasarkan prestasi kerja masing-masing iaitu setengah bulan gaji bagi yang tiada masalah disiplin dan satu perempat bagi mereka yang mempunyai rekod disiplin kurang baik.

Ketika ini Pulau Pinang mempunyai seramai 3,741 penjawat awam negeri, bermakna negeri itu hanya perlu membelanjakan sebanyak RM7.55 juta sahaja. 

Cuba bayangkan nasib kakitangan awam negeri-negeri di bawah pentadbiran UMNO/BN, jika PAKATAN HARAPAN yang dibawah telunjuk DAP dapat memerintah negeri-negeri ini selepas PRU 14? 

Yang pasti ramai akan diberhentikan kerja dan menganggur. Kerana dasar DAP mahu mengecilkan jumlah kakitangan awam di negara ini jika PAKATAN HARAPAN berjaya menguasai Putrajaya! 

Contoh paling nyata adalah sebagaimana yang berlaku di Selangor.

Setelah memberhentikan lebih 4,000 penjawat awam negeri itu, semalam Azmin Ali mengumumkan pula bonus dua bulan gaji kepada kakitangan yang masih tinggal.

Pemberian bonus dua bulan gaji dan pengurangan jumlah penjawat awam daripada 21,776 orang kepada 17,703 orang di negeri kaya ketika di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan ‘mahligai airmata’ bagi mereka yang diberhentikan.

“Azmin boleh bagi berapa saja yang dia nak bagi, sebab dia dah berhentikan ramai pekerja sebelum ni, terutama yang tidak menyokong dia dulu.  Duit gaji yang dia dah berhentikan tu, dia buat modal pusingan,” kata seorang teman ketika kami bersembang tentang beruntungnya jadi kakitangan kerajaan Selangor.

Jika dikira secara purata jumlah emolumen yang termasuk gaji, elaun, imbuhan, bonus, kerajaan Johor telah membelanjakan lebih banyak untuk tujuan emolumen untuk kakitangan awam berbanding kerajaan Selangor. 

Ini tidak termasuk skim pinjaman tanpa faedah perumahan kakitangan awam Johor. 

Jelas di sini kerajaan Johor lebih pro-rakyat jika dibanding dengan Selangor. 

Apa guna rizab berbillion ringgit dan bonus berbulan-bulan diberikan kepada kakitangan awam negeri tetapi rakyat negeri masih tidak mampu memiliki rumah sendiri? 

Secara sedar atau tidak, kerajaan khususnya di Johor yang sentiasa mendengar suara hati rakyatnya telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk kakitangan awam negeri ini. 

Malah Malaysia merupakan antara negara yang prihatin terhadap penjawat awam. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun lagi. 

Setiap tahun bukan sahaja bonus raya malah bonus awal tahun juga diberikan kepada penjawat awam bagi meringankan bebanan persekolahan anak-anak. 

Kerajaan amat berterima kasih kepada penjawat awam di atas kesungguhan mereka bekerja dalam menjayakan segala wawasan negara mahupun negeri.

Sudah tentunya kerajaan mendambakan penjawat awam yang cekap,amanah dan paling penting bertanggungjawab dalam setiap tugasan mereka. 

Sekian salam muafakat raya untuk semua. 

Maaf Zahir Batin. 

Kredit : TUN MUTAHIR

#teamjohor 
#muafakatjohor

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA