networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, June 4, 2017

TUN M kutuk Anwar..Kutuk Kit Siang..Kutuk DAP..Pakatan Sedang Dihancurkan Dari Dalam...


Selepas solat terawikh ni tak ada apa nak buat aku tengok printscreen kawan bagi yang mana Tun M tidak setuju Anwar jadi PM kerana sudah Tua..jika Tua menjadi persoalan..orang muda yang dimaksudkan Tun itu barangkali boboi...Selain memperkecilkan Anwar, Tun juga mengatakan Kit Siang tak boleh jadi PM dan memperkecilkan DAP dengan mendakwa parti itu terlalu kecil..


Apa sebenarnya agenda Tun???kalau kita tengok sekarang ni parti bunga ciptaan Tun yang sebenarnya paling kecil dalam Pakatan pembangkang..tetapi cakap mereka macam mengalahkan dia berada dalam UMNO..yang berkuasa membuat segala keputusan suatu ketika dahulu...

Tun yang mendaftarkan semula UMNO baru hanyalah salah satu lipatan sejarah hitam pergolakan dalaman UMNO kerana mempunyai pemimpin seperti Tun...sekarang dia telah keluar UMNO kerana kononnya tak sebulu dengan Najib...

Bagi kami tindakan Mahathir ini ibarat seorang agen licik UMNO yang masuk ke dalam kem pembangkang untuk memporak perandakan kem pembangkang..

Sejak Tun masuk pembangkang..habis haru biru dibuatnya parti pembangkang...perceraian PAS dalam pakatan...penyokong PKR terpaksa menelan pahit apabila terpaksa menerima Tun yang menjadi punca tertubuhkan parti itu...

Tun kita kenal dia seorang yang bernada sinis...ketika pemimpin PKR dan DAP mengangkat playcard menyokong Anwar menjadi PM ke tujuh..tidak semena-mena Tun mengeluarkan henponnya untuk merakam suasana dewan..Tun tidak mengangkat menzahirkan sokongan terhadap Anwar menjadi PM..ini jelas pendirian Tun terhadap Anwar...

Tun juga pernah berkata memecat Anwar suatu masa dulu bukan satu kesilapan...Kami yakin jikalau pakatan menjadi kerajaan..isu terbesar mereka ialah mencari calon PM..setiap parti ada calon tersendiri...


Mungkin agaknya Allah nak tunjukkan..Tun terlepas cakap yang dia mungkin menjadi PM semula dengan faktor sokongan dan kehendak rakyat..

Bukan Tun tidak tahu yang PKR mahukan Anwar jadi PM dan DAP pula parti terbesar pakatan...tetapi kenapa dia pula yang mengkritik mereka...sepatutnya sebelum bekerjasama Tun seharusnya menerima apa sahaja yang disepakati oleh pakatan...

Kenyataan-kenyataan Tun sekarang ini seperti mahu memusnahkan kebersamaan dalam pakatan..Tun sengaja cucuk sana..cucuk sini untuk membuatkan pakatan sudah tidak relevan dan kacau bilau...

DAP walaupun nampak seperti mengikut telunjuk Tun..tetapi sebenarnya bagi kami itu tidak berlaku..DAP penuh muslihat..lihat sahaja keadaan ketika ini..Tun beria mahu memulihkan imej DAP di mata orang Melayu..tetapi di pihak DAP..mereka tidak terkinja-kinja untuk mempertahankan Tun ketika Tun di serang...

Tun menyerang Forest City bersendirian..dan dibalun bersendirian tanpa DAP datang mempertahankan Tun..DAP Johor tahu siapa dibelakang projek mega itu..sebab itu mereka tidak mahu menyokong Tun...eloklah...Tun tak sokong Anwar jadi PM..DAP Johor tak bela Tun isu forest city..

Tidak ada seorang pun pemimpin DAP Johor berani bersuara isu Forest City..ini kelicikan DAP..mereka akan bersifat selektif dalam memilih Isu...

Berbalik dengan hasrat Tun menjadi PM...Apakah muslihat Tun untuk menjadi PM semula jika mendapat sokong pemimpin pakatan..jika tua menjadi faktor Tun tidak menyokong Anwar menjadi PM..tidakkah Tun juga lebih tua daripada Anwar??

Atau Tun sendiri mahu mengharapkan anaknya boboi menjadi PM sebelum kembali menghadap illahi...yang penting Muhyiddin akan terus kecewa...ahli bunga sendiri tidak sukakan Muhyiddin...rasakanlah pembalasan hukum karma..dulu masa dalam UMNO dia gesa Najib letak jawatan..sekarang dia pula disuruh letak jawatan..

Kami ingin mengucapkan Syabas kepada tun!!teruskan memperkecilkan pakatan...biar pakatan retak menanti belah!!!

Barisan Nasional akan terus teguh berdiri...mencapai misi menang majoriti 2/3 PRU 14 nanti!!!

SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA