networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, June 28, 2017

Pesawat AirAsiaX Berpatah Balik - Pemimpin BN @LiowTiongLai Puji Profesionalisma Krew..Pemimpin DAP Persoalkan Doa @ZaidIbrahim


Kelmarin sebuah pesawai milik AirAsiaX yang dalam perjalanan dari Perth menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila keadaan pesawat yang bergegar dan tidak mengizinkan perjalanan diteruskan.

Pilot pesawat berkenaan telah membuat keputusan untuk berpatah balik dan meminta bahawa semua penumpang Airbus A330 seramai 359 orang itu bertenang dan berdoa..dengan kuasa tuhan pesawat yang mengalami masalah teknikal itu berjaya mendarat dengan selamat di  Lapangan Terbang Perth jam 10 pagi 25 Jun lalu..

Kemudian semua penumpang menaiki pesawat gantian pada jam 11.40 malam pada hari yang sama..

Sikap profesional semua krew pesawat berkenaan mendapat pujian banyak pihak..Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai turut merakamkan penghargaan kepada semua krew berkenaan atas profesionalisme dan keberanian mereka..

Dalam satu kenyataan media, Liow memuji sikap profesionalisme yang tinggi semua krew dalam mengendalikan penumpang dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang..

"Saya yakin bahawa warga Air Asia akan terus meletakkan keselamatan penumpang dan anak kapal mereka ditahap tertinggi memandangkan syarikat itu mempunyai rekod keselamatan yang baik sebelum ini..saya yakin faktor keselamatan akan menjadikan kekuatan untuk kemajuan syarikat itu" jelas Liow lagi..

Dalam pada itu, Liow turut meminta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan terhadap pubca insiden teknikal tersebut..

Seharusnya dalam hal sebegini kita perlu merakamkan pujian kepada pengendali yang cekap dan siasatan perlu dijalankan untuk mengetahui punca berlakunya masalah teknikal..


Pemimpin DAP, Zaid Ibrahim perlu melihat bagaimana Liow bertindak..bukannya mahu menyelesaikan masalah Zaid sendiri yang banyak mendatangkan masalah..


Dalam satu postingnya di Twitter, Zaid dicemuh pemain media sosial kerana bertindak seperti orang cetek akal..adakah patut dia mempersoalkan tindakan pilot menyuruh semua penumpang berdoa..memang lumrah umat manusia berdoa dalam apa jua keadaan lebih-lebih lagi dalam keadaan cemas..


Tindakan Zaid ini telah memberi tamparan buruk buat dirinya dan DAP yang seolah-olah tiada agama...nak mati pun kena doa zaid oi!!!

Syabas Liow Tiong Lai...bertaubatlah Zaid dan DAP..anda sedang diperhatikan!!!tunggu PRU14...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA