networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, June 19, 2017

@SPADChannel Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pengendali Yang Langgar Peraturan!!!


Seperti tahun-tahun sudah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang kepada semua pengendali pengangkutan awam darat menjelang Hari Raya Aidilfitri..

Operasi sempena hari raya ini dilaksanakan bagi memastikan semua pengguna pengangkutan awam darat dalam keadaan selamat dan menggurangkan kebimbangan pengguna daripada ditipu oleh pengendali yang mengambil kesempatan...

Dalam operasi ini, SPAD akan bekerjasama dengan PDRM, JPJ, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya bermula 12 Jun - 2 Julai 2017..SPAD juga akan melaksanakan operasi 24 jam daripada 22 Jun - 27 Jun dan 30 Jun - 2 Julai dimana ketika ini mood pergerakaan pengangkutan awam berada di tahap tertinggi..

Antara operasi yang diberi tumpuan ialah :

1) Pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan meliputi audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran,  rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap laju serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya..

2) Pemeriksaan kaunter-kaunter tiket dan dokumen di terminal-teeminal bas yang mana aspek tumpuan ialah keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan

Operasi ini dilaksanakan bertujuan supaya semua pemandu dan pengendali mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) pada setiap masa..

Jikalau ada sebarang kesalahan dikesan tindakan tegas akan diambil dengan menggantung lesen syarikat bas dan jika serius tindakan boleh dibatalkan..dalam proses pengantungan pihak pengusaha bas akan digantung perkhidmatan bagi memberi laluan kepada siasatan audit keselamatan dijalankan...

Apa yang dilakukan SPAD ini adalah bagi menjamin keselamatan penumpang..pegawai penguatkuasa terpaksa berkerja dihari raya bagi memastikan pengguna pulang berhari raya dengan selamat..

Bagi kami apa yang dilakukan SPAD ini adalah amaran keras kepada semua pengendali supaya meningkatkan keselamatan dan yang paling penting sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku...

Jika ada sebarang aduan yang anda lihat depan mata, SPAD telah mengumumkan talian hotline yang beroperasi 24 jam di talian 1-800-88-7723 (SPAD) atau email kepada aduan@spad.gov.my atau twitter @aduanSPAD..Kami yakin jika ada aduan unit komunikasi akan bertindak pantas...

Syabas SPAD!!sama-sama kita doakan semoga perjalanan balik kampung pengguna jalan raya selamat pergi dan balik..amin..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA