networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, June 16, 2017

@SPADChannel Bertindak Pantas Atasi Masalah Pemandu E-Hailing Tidak Bermoral!!!!


Sejak perkhidmatan berasaskan e-hailing UBER dan GRAB mendarat di  Malaysia..ia mencetuskan satu fenomena baru bagi industri pengangkutan awam darat di negara kita..

Perkhidmatan ini telah diamalkan di megara maju lain dan pengenalan perkhidmatan ini di Malaysia telah memberi satu lagi alternatif pilihan kepada pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam..

Namun sejak kebelakangan ini..beberapa kes yang tidak diingini telah berlaku dan ini amat membimbangkan kita..penumpang perkhidmatan e-hailing telah dirompak, dicabul dan dirogol oleh pemandu perkhidmatan ini...

Kes yang dikesan setakat ini :

1) Seorang wanita yang sarat mengandung menaiki perkhidmatan UBER dari Mid Valley ke Puchong telah dirompak sehingga menyebabkan kandungannya gugur.

2) Seorang wanita di Pulau Pinang dicabul oleh pemandu UBER..Ini berlaku ketika wanita tersebut baru sahaja masuk kenderaan lantas pemandu itu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluan. Kemudian pemandu itu dengan pantas mengambil tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya. Pemandu UBER terbabit telah ditahan dan kes disiasat dibawah seksyen 364 Kenun Kesiksaan..

3) Beberapa hari lalu seorang wanita wanita telah dirogol berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang..Pemandu GRAB terbabit telah ditahan reman 6 hari bagi membantu siasatan kes rogol..kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merogol.

Ketiga-tiga kes ini amat serius dan perlu ditangani segera..Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi mencari solusi terhadap kes ini..

Apa yang telah dilakukan SPAD ialah  :

1) Bermula 16 Jun, pengebdali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod pemandu kepada SPAD untuk saringan dan tapisan keselamatan ketat dengan bantuan JPJ dan PDRM..

2) SPAD telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S pada aplikasi mereka dalam jangka masa terdekat. Sistem S.O.S ini akan memberi jaminan buat penumpang sekiranya berlaku sebarang kecemasan..

3) SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk mengguna proses yang lebih menyeluruh seupaya data pemandu ada dalam sistem meluputi rekod peribadi,sejarah lampau, dan kes perlanggaran undang-undang jalan raya jika ada..

Apa yang dilakukan oleh SPAD adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan e-hailing akan dapat ditingkatkan seterusnya mengembalikan semula keyakinan penumpang untuk menggunakan perkhidmatan ini..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA