networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, June 14, 2017

@SPADChannel Gantung Operasi Pengendali Treler Terlibat Kemalangan Jalan Bahau - Keratong!!!


Satu negara berduka bila mendapat tahu 8 mangsa maut termasuk 6 rentung dalam satu kemalangan di jalan Bahau-Keratong baru-baru ini..kemalangan itu melibat sebuah treler membawa sawit, Perodua MyVi, Proton Exora dan Toyota Vios..

Semuanya berpunca apabila Treler yang datang dari Keratong menghala ke Bahau ingin memotong sebuah motorsikal membawa ais krim tetapi tidak lepas dan memasuki laluan bertentangan...

Susulan kejadian itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. dan semua kenderaan yang berdaftar di bawah syarikat itu bagi memberi laluan kepada siasatan audit dibawah pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP).

Tindakan tegas ini perlu diambil bagi memudahkan kerja-kerja siasatan terhadap kemalangan dilakukan..apa tidaknya kalau dilihat dengan kronoli kemalangan semuanya berpunca daripada treler berkenaan yang gagal mengawal dan menghadapi masalah imbangan ketika memotong sebuah motorsikal lalu masuk ke laluan bertentangan...

Pengantungan ini amat tepat bagi memberi penganjaran kepada pengendali-pengendali lain agar mematuhi segala undang-undang dan peraturan jalan raya...biasa kita lihat treler-treler besar membawa lebih muatan dan memandu dalam keadaan berbahaya...

Ada juga kes dimana treler besar ini menghadapi masalah tayar apabila pecar di tengah lebuh raya kerana menggunakan tayar tiruan..ini akan menganggu keselamatan pengguna jalan raya lain jika terlanggar serpihan tayar akan mengakibatkan kemalangan..

Nasihat kami kepada pengendali..anda perlu menghantar lori-lori anda ke Puspakom untuk menjalani proses kawalan kualiti dan mematuhi kod amalan keselamatan SPAD ICOP...

Biarkan pihak SPAD, Polis menjalankan siasatan mereka...takziah buat keluarga mangsa atas kehilangan orang-orang yang tersayang...al-fatihah

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA