networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, June 22, 2017

Terima Kasih Tan Sri Syed Hamid Albar Atas Sumbangan Dalam @SPADChannel!!


Tanggal 3 Jun 2017, Industri Pengangkutan Awam Darat terasa kehilangan apabila seorang general yang mengepalai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  sejak ditubuhkan lagi mengumumkan untuk bersara...individu yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Hamid Albar..

Bercakap mengenai Tan Sri..kami menggelarkan beliau sebagai seorang ketua yang mesra dan kuat bekerja..beliau memulakan kerjaya seawal usia 26 tahun sehingga 73 tahun..

Berbakti kepada kerajaan selama 47 tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk mana-mana penjawat awam..

Dalam pentadbiran kerajaan, Tan Sri memang berpengalaman luas..beliau memegang banyak portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan.pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Luar Negeri, Serta Menteri Pertahanan..

Peringkat negeri beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013..

Selepas itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengendali Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010..sebuah Agensi yang mengendali urusan pengangkutan awam darat amat mencabar apatah lagi ia baru ditubuhkan..

Jadi Perdana Menteri ketika itu perlu mencari seseorang yang mampu menjadi mastermind dan orang itu perlu mampu mendengar dan mempengaruhi pihak lain yang pelbagai latar belakang..

Jadi Tan Sri Syed Hamid Albar menjadi pilihan yang terbaik..bermula dari situ..industri pengangkutan awam darat mula berkembang pesat..

Banyak perubahan telah berlaku..Antaranya Pembinaan Terminal Bersepadu Selatan yang mana menjadi medan rangkaian utama pelbagai pengangkutan awam..

Melalui SPAD, Rangkaian Bas henti-henti (BNR) disusun semula bagi memastikan setiap rangkaian dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam lain dan yang paling penting keselesaan dan ketepatan waktu pengguna perlu dititik berat..Selain itu, melalui SPAD juga ada menperkenalkan Lalyan Bas Pengantara MRR, GoKL, Bas Rapid Transit (BRT), Bas Sekolah, Skim Insuran Bas sekolah, MyBas (SBST), Bas ekspres, Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF), ICOPSHE, Sistem Prestasi Bas Berhenti-henti (PMHS)..

Selain perkara berkaitan kemajuan insfrastruktur..Tan Sri juga pernah dicemuh berbagai-bagai tuduhan buruk..umpamanya ketika pemandu teksi dan bas ekspress mahu menuntut kenaikan tambang..ketika itu Tan Sri didesak oleh pengendali dan rakyat yang tidak mahu kenaikan..akhirnya strategi menang-menang dicapa..selain itu, isu pemandu teksi membantah Uber dan GrabCar..ketika itupun bermacam-macam tohmahan diutarakan pihak pemandu teksi...

Semua itu adalah asam garam dunia pengangkutan awam darat..dikesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih dan selamat bersara Tan Sri Syed Hamid Albar!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA