networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, June 18, 2017

Tuduhan Terkini DOJ Terhadap 1MDB Tidak Ubah Seperti "Kisah Dongeng Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri pada 16 September"!!


Nampaknya kemelut dalam Pakatan Harapan sudah tidak mampu dibendung lagi..perebutan jawatan Perdana Menteri antara pemimpin dalaman Pakatan dan ahli hilang keyakinan terhadap parti terus memerangkap diri mereka...

Jadi untuk mengkaburi kelemahan diri sendiri..mereka terpaksa jadi bengong mengikut DOJ mengulangi skrip setahun lepas dengan memainkan semula saman sivil yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)..

Mahkamah Amerika Syarikat beberapa hari lepas telah memfailkan satu petisyen untuk membekukan hasil lukisan Picasso, Kondominium Mewah di Manhattan dan hakcipta filem 'Dumb and Dumber To' sebagai salah satu hasil siasatan mereka atas penggubahan wang haram..

Macam biasa BBC News, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah mendakwa lebih USD 4.5 billion telag dicuri dari 1MDB oleh mereka yang berkaitan dengan Perdana Mebteri Malaysia dan sekutu-sekutunya..

Hairannya situa kutuk Mahathir boleh pula percaya walhal sebelum ini Mahathir kita lihat amat mementingkan dasar pandang ke timur dan tidak berkenan dengan USA dalam banyak isu..tetapi tidak urusan DOJ dan 1MDB ni..

Mengulas tindakan terbaru DOJ, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan bahawa pihaknya mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaru oleh Jabatan Kehakiman  Amerika Syarikat (DOJ)..

Apandi amat kesal dengan tindakan DOJ kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) langsung tidak dimaklumkan oleh DOJ dan beliau menganggap ia sebagai tindakan recycle sempena ulang tahun pertama tindakan DOJ terhadap 1MDB pada Jun 2016 lalu..

Bagi yang tidak mengetahui, kami kongsikan info yang tidak dilaporkan DOJ yang mana Skandal 1MDB telah menjalankan siasatan sekurang-kurangnya lima negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Switzerland tetapi tiada mana-mana individu sema ada pengurus tertinggi atau kakitangan 1MDB yang telah dihadapkan ke mahkamah...jangankan dihadapkan ke mahkamah, didapati bersalah pun tiada...

DOJ kita kenal mereka hanya bermain sandiwara kononnya MO1 terlibat tetapi tidak pula berani menuduh secara terang-terangan individu yang terlibat...

Tidak usahlah menyanjung tinggi DOJ ini..mereka bukanlah insititusi yang wajar dicontohi..Kita imbas kembali awal tahun ini, Presiden Amerika Donald Trump telah memecat pemangku Peguam Negara selepas beliau mengarahkan peguam Jabatan Kehakiman supaya tidak mempertahankan perintah eksekutif kontroversinya berkaitan pelarian...

Pemimpin mereka sendiri pecat indovidu dalam DOJ kerana tidak menjaga kredibiliti inikan kita pula mahu mengguna pakai info dari mereka..

Isu melibatkan DOJ dan 1MDB ini bagi kami hanyalah mainan spekulasi..selain 5 negara telah membuktikan tiada sebarang kesalahan jenayah dalam tuduhan ini..Malaysia juga ada menjalankan siasatan peringkat negara..Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara (JAN) juga pernah menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan hasilnya tiada yang dianggap bersalah...

Peguam Negara berkata "kami dapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pembagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgynakan daripada 1MDB dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewrngan dana daripada 1MDB"..

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan DOJ dan hasil siasatan telah membuktikan bahawa PM kita memang tidak bersalah...

Bagi kami segala tuduhan DOJ ini hanyalah seperti "Kisah dongeng Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September"..Dakwaan DOJ tidak perlu diambil serius sangat..ini kerana segala tuduhan mereka langsung tiada bukti...Kerajaan Melaysia akan memberi segala kerjasama dalam apa jua siasatan mengikut undang-undang dalam isu 1MDB..

Ini menunjukkan betapa gentlemannya kerajaan kita bukan seperti DOJ dan pakatan pembangkang..membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang jelas..hanya bersifat gosip semata-mata...

Nasihat kami usah dilayan gosip DOJ ini..rakyat Malaysia seharusnya menumpukan kes-kes mahkamah yang menanti Lim Guan Eng..siapa calon PM Pembangkang..dan parti pembangkang sedang hadapi krisis ahli hilang keyakinan terhadap parti..ini lebih penting dari gosip liar DOJ!!!

1 comment:

Muhammad Luthfi said...

Fakta donggeng2 pun...Anwar kerajaan bagi jugak 16sept Hari Malaysia atas desakkan Anwar Ibrahim.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA