networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, July 20, 2017

DAP Guna Strategi Sun Tzu..Membunuh Dengan Pisau Yang Dipinjam - Tan Sri Annuar Musa

0 comments


Beberapa hari lalu, Pakatan pembangkang telah membuat satu kenyataan media mengumumkan bahawa gabungan parti-parti pembangkang akan bernaung di bawah satu nama iaitu Pakatan Harapan..Merujuk daripada barisan kepimpinan Harapan, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menghidu kelicikan pemimpin DAP dalam merencana agenda Pembangkang..

Agak pelik bila kita lihat pemimpin tua kutuk DAP, Kit Siang langsung tiada dalam senarai kabinet Pembangkang itu..Seperti biasa pemimpin yang terkenal dengan amalan nepotisme tetap menyenaraikan siisteri dalam kabinet pembangkang..Wan Azizah turut mendapat tempat biarpun tiada apa sumbangan yang mampu dilakukan dalam pembangkang..tidak lebih hanya bergelar Isteri Anwar..

Tan Sri Annuar berkara dalam satu kenyataan media berkata "MEMBUNUH DGN PISAU YG DI PINJAM...KEPUNG WEI UTK SELAMATKAN ZHAO...PERDAYA LANGIT UTK MELEWATI SAMUDERA.....antara strategi perang yg sangat licik dan benar benar di hayati DAP"

Yang kita nampak Kit Siang tiada jawatan penting dalam harapan..Anak Kit Siang hanya diberi jawatan Timbalan Presiden..mempunyai 3 kepala dalam satu bahtera pastinya kita dapat meramalkan apa akan terjadi dengan bahtera itu...tidak lama...bakal karam dengan impian dan harapan penuh kepalsuan..

Sebagaimana strategi perang Sun Tzu..begitulah kelicikan DAP..mereka tahu yang membuatkan pakatan menang adalah sokongan Melayu..bagi mereka Cina solid membuta tuli menyokong mereka..dalam parlimen dan ADUN sendiri DAP majoriti dalam pembangkang..apalah sangat dengan jawatan dalam kabinet angan-angan Harapan tu..

Menurut Tan Sri Annuar lagi, DAP bijak..mereka sengaja membiarkan tiga pemimpin atasan Harapan, Mahathir (Pengerusi), Anwar (Ketua UMUM), Wan Azizah (Presiden)..tengok usia Mahathir sudah tua.Anwar dalam penjara dan tidak mempengaruhi apa-apa dalam keputusan dan Wan Azizah kita tahu betapa lemahnya dia...sokongan dia hanya bermodalkan air mata sahaja..

Sebab itu Kit Siang tidak kisah, dia sengaja membiarkan Anaknya menjadi Timbalan Presiden kerana baginya jumlah sokongan lebih penting...

Kedudukan ini tidak memberi apa-apa makna pun..ini kerana gabungan pakatan Harapan belum lagi didaftarkan..dari cakap-cakap orang, dengarnya mereka tidak  boleh mendaftarkan atas nama HARAPAN kerana sudah ada beberapa parti telah didaftarkan di bawah nama HARAPAN..ini bermakna nama pakatan ini hanya impian yang belum dilaksanakan..nanti mulalah nak salahkan Barisan Nasional..

Strategi DAP berpolitik memang bijak..mengyerang musuh dengan pisau yang dipinjam...dengan tujuan utama dapat tumbangkan BN..gabungan parti lain dalam Harapan hanyalah perkakas untuk mencapai impian DAP..

Wednesday, July 19, 2017

AKSI AZMIN POTONG REBEN SANGAT LUCU!!JANGAN MAIN POLITIK PULA BILA TAK SIAP AZMIN WOI!!!

0 comments

Selepas puas mencari kelemahan #MRT tapi tak jumpa...akhirnya Azmin jumpa idea baru untuk bantu rakyat Selangor..persimpangan bertingkat..bagus..projek memberi keselesaan kepada rakyat..kita kena puji..

Harapnya tak delah projek ni macam projek mi segera dan sekadar projek batu asas..sekadar gunting reben tapi tak siap-siap..bila dah gagal..mulalah bermain politik kata kerajaan pusat tak bantu..

Tengok jer macamana kes jambatan bawah laut Pulau Pinang..sampai kesudah tak siap..mulalah bermain politik murahan..

Bukan bermakna bila kami puji semuanya baik..adegan aksi Azmin memotong reben ini nampak sangat lucu tahap maksima..seperti dia ghairah untuk mencari idea agar nampak masih diperlukan...

Apapun syabas..jangan bodohkan diri anda dengan memotong REBEN sepanjang-panjangnua Azmin oi..

Jangan lupa buat pintu gerbang banyak-banyak...haha!!!

Tuesday, July 18, 2017

Giliran @DSLiowTiongLai Puji Projek Sensasi #MRT.. #JomNaikMRT!!

0 comments

Sejak dilancarkan semalam MRT fasa 2 mendapat sambutan hangat oleh rakyat negara kita..kehadiran projek sensasi ini amat dinanti-nantikan rakyat kerana dapat mengatasi banyak masalah yang membelenggu mereka selama ini..

Apa tidaknya..kos dan masa banyak dapat dijimatkan sememangnya matlamat pembinaan projek sensasi mega ini bertepatan pada waktunya...

Sejauh 51KM dari Sg Buloh ke Kajang merupakan satu usaha kerajaan menaiktarafkan industri pengangkutan awam darat..

Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai berkata mengenai projek ini ia merupakan satu detik peristiwa penting usaha kerajaan dalam meningkatkan rangkaian pengangkutan awam Greater KL - Klang Valley..

Projek ini menurut Liow menyediakan akses yang lebih baik kepada penumpang di sepanjang laluan itu..

31 stesen..7 stesen daripadanya di bawah tanah..untuk rekod fasa 1 projek MRT 1 dari Sungai Buloh ke Semantan mencatatkan sejumlah 2 juta penumpang sejak ia mula beroperasi pada Disember 2016..

Liow turut menyatakan keyakinan bahawa bilangan penumpang akan meningkat dengan pesat..ini selaras dengan matlamat Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 160,000 kenderaan sehari ketika fasa 1 dilancarkan..

Impian Liow ialah kualiti dan kecekapan perlu dikekalkan seperti kekerapan 3.5 minit..

Perancangan ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional cemerang merancang dan melaksanakan setiap janji yang diberi..berbeza dengan kerajaan DAP Penang..berjanji mahu membina jambatan bawah tanah tetapi sehingga kini tidak dapat direalisasikan..ini menunjukkan bahawa DAP merupakan parti yang gagal dan tidak mampu menunaikan janji..

Menurut Liow lagi "Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan negara meningkatkan penggunaan pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas percuma Go KL, Sunway Bus Rapid Transit (BRT), Projek LRT Extension dan masa depan LRT 3..kita sedang menuju impian sasaran 40% menggunakan pengangkutan awam menjelang 2030"

Istimewanya MRT ini ialah ia direka untuk tujuan masa depan yang mena menjalinkan rangkaian LRT, LRT 3, MRT 2 dan KTM..ia amat mudah untuk rakyat!!!

Dalam kenyataan media itu, Liow mengucapkan tahniah kepada MRT Corp atas pelancaran ini dan meningkatkan kualiti pengangkutan berkelas dunia!!

Di sini kami ingin mempelawa anda untuk mencuba MRT SBK..potongan 50% sehingga 31 Mei ini...

Ikuti entry kami tentang MRT di SINI & SINI

Petikan Kenyataan Media Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai :

17 JULY 2017 
FOR IMMEDIATE RELEASE 

PRESS STATEMENT 
BY YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI 
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA 

Liow: Malaysia’s Urban Public Transportation on the right track 

The launch of the second phase of the first Mass Rapid Transit (MRT) Line today marks a significant milestone in the Government’s continuous effort to enhance and improve urban public transportation network particularly in the Greater Kuala Lumpur/Klang Valley region. 

The Sungai Buloh – Kajang line, spanning 51km will provide better accessibility to commuters along the route. With 31 stations out of which 7 is underground, the MRT Line 1 is expected to see an average of 150,000 passengers a day from the current 15,000 passengers once the Semantan – Kajang route is fully operational. 

The line will run underground for a distance of 9.5km with TRX being the deepest station, 45 metres beneath the centre of Kuala Lumpur, while the rest of the alignment is elevated. 

Already, the phase I of the MRT from Sungai Buloh to Semantan recorded a total of 2 million passengers since it began operation in December last year. With the opening of Semantan – Kajang route today, I strongly believe the number of ridership will increase tremendously. This is in line with my ministry’s continuous efforts to reduce congestions on the road as we expect to see a drop of at least 160,000 vehicles on the road daily with the full operation of MRT Line 1. 


More importantly, each train set serving the Sungai Buloh – Kajang line will have four cars, allowing a total capacity of 1,200 passengers per trip with daily ridership estimated at 400,000 passengers, running at a frequency of 3.5 minutes. It is my fervent hope that we will continuously enhance the efficiency of the frequency further in the future. 

The project is part of the country’s ongoing efforts to increase the use of public transportation on top of initiatives such as the GO KL free bus services, the Sunway Bus Rapid Transit (BRT), the LRT Extension Project and the future LRT3 as well as MRT Line 2 projects. These have increased the modal share of urban public transportation from 10% in 2009 to 20% in 2015, well on the right track to achieve the 40% target by 2030. 

This line is designed to ensure there is robust integration with existing and future public transportation services such as the LRT, LRT3, MRT2 and the KTM. These interchanges will provide a holistic integrated network of land public transport in the government’s aim to provide a safe, secure and seamless public transportation services to the rakyat. 

I wish to congratulate MRT Corporation for the successful launch today and it is my fervent hope that this will transform the country’s urban public transport into a world class transportation network for the benefit of the people. 

[End]

Monday, July 17, 2017

#JOMNAIKMRT Sungguh Sempurna Buatkan Pemimpin DAP Mati Akal..Tahniah @NajibRazak @SPADChannel

0 comments

Nampaknya pemimpin DAP seperti tidak keruan melihat kejayaan Perdana Menteri,DS Najib dengan idea bijaknya membina MRT 2 Sg Buloh - Kajang..

Setelah meneliti projek MRT ini sungguh sempurna maka mereka terus mati akal untuk mencari sekelumat kekurangan untuk menenam kebencian kepada Barisan Nasional..

Disebabkan kesipuan untuk memuji maka mereka memainkan sentimen kejayaan MRT bersumberkan dari cukai rakyat..apalah salahnya memuji kejayaan MRT dan DS Najib untuk projek mega yang power ini?

Lupakah mereka yang gaji mereka juga daripada duit cukai kita?inilah namanya orang yang tiada modal tetapi iri hati dan hasad dengki..

Kami hendak bertanya dengan DAP..sedarkah DAP bahawa apa yang anda lakukan itu secara tidak langsung telah menghina sumbangan Tun M selama 22 tahun..seolah-olah situa kutuk itu tidak ada satu pun sumbangan terhadap pembangunan negara..sebenarnya apa sahaja kejayaan Mahathir juga berpunca daripada duit cukai rakyat..

Jika inipun hendak dipertikaikan apa guna DAP untuk memerintah negara..anda juga guna duit cukai rakyat..jadi janganlah tunjukkan kebodohan diri sehingga memakan diri sendiri...jika tidak mahu memuji..lebih elok berdiam diri..


Ikuti kisah lanjut mengenai MRT di SINI

PM @NajibRazak Lancarkan MRT SBK Bukti Kerajaan Tunaikan Janji!!#JomNaikMRT

0 comments

Sebentar tadi YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak telah melancarkan MRT Fasa 2 dengan gilang gemilangnya..Di sini kami ingin kongsikan perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang SBK..MRT Sg Buloh (51 km) - Kajang ini mempunyai dua jajaran iaitu Sg Buloh - Semantan (20 km) dan jajaran kedua ialah Semantan Kajang (31 km)..


Jajaran pertama Sg Buloh - Semantan telah dirasmikan oleh YAB PM sendiri pada 15 Disember 2016..terdapat sebanyak 12 buah stesen dalam jajaran ini dan sepanjang jalan ini hanyalah laluan bertingkat..

Bagi memberi keselesaan kepada pengguna, sebanyak 3,000 petak parkir telah disediakan di 7 buah stesen..

Jajaran kedua iaitu fasa 2 Semantan - Kajang yang baru dirasmikan tadi oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak..terdapat sebanyak 19 buah stesen sepanjang jajaran ini..


Tempoh perjalanan dari Muzium negara ke Kajang hanya mengambil masa 40 minit..

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana terdapat lebih 4,000 buah petak parkir bertingkat disediakan di 8 buah stesen MRT dilaluan ni (Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung, Sg. Jernih dan Kajang..

Bercakap mengenai MRT ini..semuanya bermula pada 8 Julai 2011 yang mana projek ini menelan belanja sebanyak RM 22 billion..sepanjang laluan Sg Buloh - Kajang ini terdapat 31 buah stesen disepanjang 51km..

Terdapat y buah stesen bawah tanah sejauh 9.5KM iaitu Pasar Seni, Muzium Negara, Bukit Bintang, Cochrane, Merdeja, Tun Razak Exchange dan Maluri..

Laluan bertingkat pula sejauh 41.5km..MRT ini mengandungi 4 gerabah dengan kapasiti maksima sebanyak 1,200 orang dalam satu-satu masa..

Jangkaan seramai 400,000 orang akan menggunakan perkhidmatan ini sehari..yang paling penting ialah kekerapan setiap tren ialah 3.5 minit...

MRT juga mesra OKU yang mana terdapat 80 tempat parkir khas untuk OKU..selain itu, terdalat 8 buah parkir "Park & Ride" untuk kemudahan pengguna..

Salah satu yang menariknya tentang MRT ini ialah eskelator bergerak tertinggi di Asia Tenggara iaitu sejauh 33 meter..

Pastinya anda tertanya-tanya jumlah tambang dan kadar MRT ini..terdapat 2 jenis cas tambang yang dikenakan kepada penumpang iaitu :
1) Tunai RM 1.10 hingga RM 6.40
2) Tanpa Tunai (TouchnGo) RM 1.00 hingga RM 5.50


Inilah dia kemudahan yang penuh sensasi untuk masyarakat ibu kota dari Sg Buloh ke Kajang!!Tahniah Kerajaan BN!!

Berikut kami kongsikan kenyataan media oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD):





Sunday, July 16, 2017

#MRT2 - Satu Lagi Projek Mega Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam Darat Di Malaysia.. #JomNaikMRT

0 comments

Esok 17 Julai 2017 industri pengangkutan awam darat bakal mencetak satu lagi lembaran sejarah apabila YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak bakal merasmikan MRT2 untuk perjalanan Sg Buloh - Kajang...

Laluan MRT 2 ini melibatkan laluan sepanjang 30 KM yang mempunyai 19 stesen termasuk 7 daripadanya stesen bawah tanah...

MRT 2 ini merupakan kesinambungan daripada MRT 1 yang menghubungkan Sungai Buloh - Semantan yang mempunyai 12 stesen..MRT 1 telah pun disempurnakan oleh YAB PM pada 15 Disember 2016 yang lalu..esok pula pelancaran MRT 2..ini bermakna MRT 1 dan 2 adalah sejauh 51 KM yang mana mempunyai 31 buah stesen..

Dalam pada itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Hajah Nancy Bt Shukri turut memuji projek mega ini dan mentakrifkannya sebagai sebuah projek yang mempunyai kesinambungan yang belum pernah dinikmati sebelum ini..

Menurut DS Nancy, ramai pelajar sekolah akan menggunakan perkhidmatan ini memandangkan sebanyak 40 buah sekolah berkedudukan disekitar koridor laluan MRT 1 dan 2..

Ini menaikkan satu lagi tahap dimana kemajuan industri penganfkutan awam berada dalam keadaan yang amat baik dan selesa..

YB Nancy turut menyatakan bahawa usaha kerajaan selama ini merancang untuk menaikkan tahap pengangkutan awam darat di landasan yang tepat...

Sistem ini amat baik dimana menjadinlebih inklusif dan disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan golongan seperti Orang kelainan upaya, keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas..

Menurut YB DS Hajah Nancy lagi, Projek MRT uni merupakan satu bukti komitmen ke arah aspirasi mentransformasikan pengangkutan awam darat di negara kita...

Lawak!!!Macai Pakatan Hidung Bangga Dapat Tawan Parlimen Kota Tinggi Dengan Hanya 1 Dewan!!!Kahkahkah...

0 comments

Bangga deme tengok gambar ni...katanya di Kota Tinggi..nilah dia manusia kategori cepat bermegah dengan hanya penuh dewan..deme dah kata Pakatan menang..

Strategi ini sebenarnya taktik basi..bila dah kalah nantinsalahkan BN..tuduh bangla yangbtak berdosa...

Apa yang aku nk simpulkan..kehadiran ini hanyalah separuh dari semua penyokong pembangkang yang mengundi pada PRU13 di Kota Tinggi...

Untuk rekod..

P156 KOTA TINGGI 
Jumlah Pengundi: 41,894 
BN -30,373 
PEMBANGKANG 5,799 
MAJORITI: 24,574

setakat penuh dewan nak kata menang tu sorylah..jumlah penyokong PRU 13 lagi ramai..5,799 orang yang menyokong pembangkang...

Friday, July 14, 2017

PAKATAN Terus Diperlekeh Netizen!!!LOGO & Jawatan PAKATAN Hanya PERKAKAS Mahu Kelirukan Rakyat!!

0 comments

Pakatan terus diperlekehkan apabila memperkenalkan logo baru mereka yang mirip dengan sebuah parti di Singapura..Parti Demokratik Singapura..

Bab logo sejak dicadangkan Rafizi nampaknya masih teruk..pakatan gagal menterjemahkan identiti sendiri..hal logo pun terpaksa cedok daripada sebuah parti Di Singapura yang mesra DAP..

Lihatkan logo seolah-olah didominasi oleh DAP tetapi jika dilihat dari jawatan..netizen terus mempersoalkan mengapa perlu 3 nama jawatan yang merujuk kepada ketua..di sini saja mereka sudah gagal bersatu memilih ketua yabg sesuai..

Ketua Umum (KETUM) dipegang Anwar..Pengerusi Mahathir dan Presiden Isteri KETUM..

Ketiga-tiga jawatan ini didominasi PKR dan Mahathir...kalau dilihat dari susur galur ini bermakna..Anwar telah mencapai kejayaan yang diimpikan hanya dari dalam penjara..

Mahathir berjaya duduk di bawahnya yang hanya sebagai Presiden...Mahathir buat pertama kalinya akur dengan kuasa Anwar..Mahathir duduk bawah Anwar memang lucu..

Isteri KETUM tetap ada jawatan walaupun tidak banyak sumbangannya mampu diberi kepada rakyat..

Melihat akan jawatan tersebut..kami simpati dengan Kit Siang dan DAP..buat pertama kalinya jawatan SETIAUSAHA AGUNG tiada dalam list yang mereka sertai..nampaknya Anwar Mahathir dan Isteri KETUM berjaya Skrew Kit Siang dan DAP..

DAP sudah tiada kuasa..tapi benarkah?

Mereka memang bijak bermain propaganda..diatas kertas memang tiada jawatan penting..tapi kuasa membuat keputusan?mustahil DAP hendak tunduk dengan parti Mahathir dan PKR...


Satu lagi yang menghairankan kami..bayang kelibat Kit Siang pun tak ada dalam pakatan versi Mahadir..kemana dia menghilang?

Mantan setiausaha agung DAP itu sepatutnya ada sebaris dengan Mahadir Anwar Isteri Anwar..tetapi malangnya satu jawatan pun dia tidak dapat...

Apalah specialnya siisteri KETUM tu..suami isteri nak kongker jawatan..lebih elok jawatan itu diberi kepada Kit Siang..suami isteri gila jawatan..situa kutuk tak nak bertaubat..Kit Siang juga dibodoh-bodohkan..

Kesimpulannya..apa yang diumumkan semalam hanya perkakas untuk mengelirukan rakyat..sebenarnya tiada apapun perubahan..logo ciplak orang lain..jawatan sampai 3 orang nak jadi ketua ada hati nak jadi kerajaan..Perdana Menteri pun belum tahu siapa.DAP serah jawatan kepada parti yang bukan majoriti...mengarut bukan!!!

KAHKAHKAH!!!


Wednesday, July 12, 2017

Misi @RafiziRamli Kelentong Pemandu Teksi Gagal!!!UBER & Syarikat-Syarikat Teksi Tandatangan MoU..

0 comments

Baru beberapa hari lalu Rafizi Ramli mengadakan kongres dengan pemandu teksi Perjiwa kononnya mahu membela pemandu teksi yang kononnya teraniaya dengan aplikasi UBER dan GRABCar..boleh rujuk SINI...

Bermacam-macam janji ditaburkan sehingga mahu mendesak penangguhan pembentangan RUU melibatkan Aplikasi E Hailing..Rafizi ingat dia berjaya tawan hati pemandu teksi..sebenarnya dia silap..

Siapa Rafizi dan apa sumbangan dia selama ini kepada pemandu teksi..bila hendak PRU sahaja barulah terhegeh-hegeh mahu menghasut pemandu teksi agar membenci kerajaan.

Bermodalkan anti UBER dan GRAB CAR..Rafizi berpendapat dia mampu menawan hati pemandu teksi..tetapi dia silap..Rafizi tidak langsung buat research tentang kehendak pasaran terhadap UBER dan GRAB CAR..lagi pun kerajaan telah membuat macam-macam program transformasi untuk pemandu teksi sehinggakan yang terbaru memberi lesen individu dan memberi geran untuk buat modal membeli kenderaan baru?

Rafizi pula buat apa?cukupkah sekadar secawan kopi untuk mengajak pemandu teksi mendengar temberang anda?kami yakin pemandu teksi yang mendengar ucapan Rafizi itu membuang masa..lebih elok mereka cari penumpang dari mendengar cakap kaki penipu tu..

Hari ini dengan takdir ALLAH SWT..tembelang Rafizi pecah lagi..hari ini peristiwa bersejarah telah berlaku yang mana tidak dijangka langsung oleh Rafizi...


UBER dan Syarikat-syarikat teksi semenanjung telah menandatangani MoU memperkenalkan perkhidmatan UBERTaxi..dimana butang UBERTaxi akan dimasukkan dalam aplikasi UBER..jadi peluang lebih besar buat pemandu teksi yang terbaik dari gabungan pemandu teksi di semenanjung Malaysia ini..

Sebelum itu, pemandu teksi ini perlu melepasi syarat kelayakan yang dikehendaki dalam UBER iaitu mempunyai lesen memandu yang sah dan melepasi tapisan keselamatan dan semakan latar belakang..

Malah kenderaan yang diguna perlulah kurang daripada 5 Tahun..

Pengurus Besar UBER Malaysia dan Singapura, En. Warren Tseng berkata "UBER percaya perkongsian ini akan memberikan pengalaman yang nyata tentang bagaimana memberi lebih ramai orang kuasa pilihan diaplikasi UBER..kami menyokong hasrat kerajaan untuk membaiki landskap pengangkutan awam di negara kita..

Semebtara itu, Presiden Gabungan Pemandu Teksi, Yg Bhg. Dato Hj. SM Shalahuddin SM Amin berkata "Dengan menerokai kerjasama dengan UBER, kemi mengharapkan pemandu teksi dapat manfaat daripada teknologi UBER..Dengan cara ini, pemandu teksi akan berpeluang menambahkan pendapatan"...

Apa yang kami hendak katakan ialah Rafizi sekali lagi dikantolkan dari tabiat menipu pemandu teksi..buat Rafizi..janganlah sibul hal pemandu Teksi..mereka bukan dunia anda yang sebenar..jangan nanti makin banyak cakap..makin nampak bodohnya...

Monday, July 10, 2017

Mahathir Berbaik Dengan Anwar..Ada Muslihat Sendiri..

0 comments

Mahathir Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Pujuk Hati Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang 

Pengerusi PPBM, Mahathir telah membuat satu "Pusingan U" paling hebat di Malaysia. Lengkaplah kini, sudah ada bermacam macam jaguh dalam pembangkang. Jaguh duduk paling lama atas kerusi selama 51 tahun (Kit Siang), juara memfitnah (Rafizi Ramli) dan jaguh "pusingan U" (Mahathir). 

"Korner baring" di selekoh "pusingan U" yang dibuat Mahathir adalah yang paling dramatik sekali. Dulu, Mahathir sendiri yang gelar Anwar peliwat, moral rendah dan perasuah. Kini, Anwar sudah boleh diterimanya sebagai calon PM.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tindakan Mahathir itu menunjukkan Mahathir panik dengan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebenar akibat skandal dagangan  mata wang asing (Forex) pada sekitar tahun 90-an.

Sebelum ini laporan menyebut Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian sebanyak RM30 bilion dalam urusniaga berkenaan ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. 

Menurut Najib, Mahathir tahu bahawa hasil daripada siasatan RCI akan membawa kepada pendakwaan jenayah dan Mahathir akan cuba lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya.

Dia tidak mahu orang-orang yang menjadi saksi seperti Anwar dan Lim Kit Siang bercakap benar dalam prosiding memberi keterangan kepada barisan anggota RCI jika dipanggil nanti.

Sebelum ini, Kit Siang pernah dipanggil Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk membuat siasatan awal untuk beri keterangan dan beliau memberikan keterangan hanya setengah jam sahaja, sedangkan Kit Siang pernah tulis sebuah buku berkenaan skandal terbabit.

Mahathir juga dengar ceritanya, senyap-senyap sedang "gilap" dan taja anak angkatnya, Azmin Ali untuk menjadi PM jika Mukhriz gagal mendapat tempat. Perkara ini sudah dihidu oleh Anwar. Oleh kerana itulah Nurul Izzah diutus ke London untuk "make a deal" dengan Mahathir.

Rundingan yang dibuat adalah, Anwar mahu Mahathir menyokong pembebasannya dari penjara. Selepas itu, mohon pengampunan untuk terlibat dalam politik dan kemudian menjadi Perdana Menteri. Ini permintaan Anwar yang disampaikan kepada Mahathir menerusi Nurul Izzah. 

Sebagai balasan kepada persetujuan Mahathir itu, Anwar yang menjadi saksi dalam kes RCI Skandal Forex akan cuba membela dan melindungi Mahathir jika dipanggil nanti. Anwar tahu Mahathir tiada pilihan, terpaksa buat keputusan memilihnya bagi mengelak dimalukan dalam isu Skandal Forex. 

Yang paling tidak puas hati bila Nurul Izzah membuat rundingan itu adalah Azmin Ali. Syed Saddiq, Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali berada dalam satu kem. Mahathir percaya dia mampu "remote control" Azmin berbanding Anwar. 

Kerana tidak puas hati dengan rundingan London yang dibuat Nurul Izzah itulah, Azmin mula menyerang Wan Azizah dan Guan Eng secara terbuka. Azmin sebenarnya sudah "main belakang" Anwar dan mengadakan pakatan sulit lain dengan Mahathir.

"Civil War" yang berlaku dalam Pakatan Harapan tidak boleh ditutup lagi. Mahathir adalah punca sebenar berlakunya perang besar ini. Perang merebut tempat dan kuasa semata mata. 

Oleh kerana itulah, bila pulang dari London, tidak sampai 48 jam selepas membuat kenyataan menyokong Anwar menjadi PM dalam The Guardian, Mahathir buat "pusingan u" sekali lagi dalam Strait Times Singapore. Mahathir menafikan pula dia sokong Anwar menjadi PM. 

Kenapa buat begitu pula? Sebab mahu pujuk hati Azmin Ali pula? Ada kecenderungan Mahathir akan pusing balik dan sokong Azmin atau Mukhriz menjadi PM dan bukannya Anwar. Lihat sahaja pada pendirian Mukhriz. 

Sudahkah Mukhriz menyatakan pendirian sokong Anwar sebagai PM? Tidak ada. Sudah dua kali, Mukhriz tidak sokong. Kali pertama ketika di Konvensyen PKR di Shah Alam, Mukhriz bantah Anwar sebagai calon PM yang ketujuh. Kali ini, bila bapanya sokong Anwar dari London, Mukhriz diam juga. 

Maka, memang betullah andaian yang dibuat bahawa Mahathir memang mahukan Mukhriz sebagai PM untuk meneruskan legasinya. Tidak perlulah sibuk Mukhriz hendak menafi dan menyaman pihak lain yang berkata Mukhriz mengidam hendak jadi PM. Memang betul pun, itu niat Mahathir.

Nampaknya, Mahathir sudah main kayu tiga dengan Anwar. Di belakang Anwar nampaknya, Mahathir pasang Azmin. Mahathir juga pasang Mukhriz dengan membuat perjanjian sulit dengan Kit Siang yang masih berjalan sampai hari ini. 

Perjanjian London dengan Nurul Izzah hanyalah untuk RCI semata mata. Mahathir boleh buat apa sahaja untuk dua tujuan ini dalam masa terdekat ini. 

Satu, untuk melepaskan diri dari RCI. Dua, untuk menjadikan Mukhriz atau Azmin sebagai PM. Si lebai malang, Muhyiddin dan seluruh ahli ahli PPBM yang lain sudah kena "hancing" dengan Mahathir. 

Inilah "Machiavelli Malaysia" yang bernama Mahathir. Apa sahaja akan dibuat, janji matlamatnya tercapai.


Tulisan : 
Beruang Biru
BB494, Isnin
10 Julai 2017

WOW!!GAMBAR @RAFIZIRAMLI GANTI @ANWARIBRAHIM KEMPEN #PRU14...

0 comments

Antara tanda-tanda PRU dah dekat korang akan nampak puak pembangkang akan berkempen dengan kenderaan..masa PRU 13 guna BAS..kali ni guna lori..

Dahulu mereka mengagungkan Anwar Ibrahim dengan potret Anugerah tuhan itu diletakkan dalam grafik bas..tapi kali ini nampak gayanya imej Rafizi yang menjadi subjek utama..

Tertanya-tanya juga kami..mengapa Rafizi. Besar sangatkah pengaruh Rafizi???lebih elok dia letak Mahathir atau Kit Siang...barulah nampak ikon pembangkang..atau kekalkan sahaj gambar Anwar...

Rafizi kita kenal dengan putar belitnya..banyak kes saman..dan yang paling rakyat menyampah sekali bila dia bercakap soal harga minyak...

Dia kata kalau harga minyak turun maka harga barang juga akan turun..tapi sepatah haram tak betul..

Yang menghairankan kami bila harga minyak turun..dia membela pengusaha minyak katanya banyak syarikat susah nak beroperasi..maka Najib disalahkan..bila harga minyak naik..lain pula dia kata..rakyat menderita kerana Najib..

Rafizi dan temberang dia memang tidak boleh dipisahkan..dia pun dah akui yang dia hanya menghasut...hanya orang akal cetek sahaja termakan hasutannya...

Sebenarnya pembangkang sekarang ini dalam kebimbangan..mereka risau bila PRU 14 nanti akan ada pertandingan 3 penjuru iaitu BN PAS dan Pakatan..pastinya mereka akan mengalami kesukaran untuk memang..

PRK Kuala Kangsar dan Sg besar dah membuktikan...

Buatlah apa sahaja Rafizi oi..skrip anda sudah dapat di baca..gunakan kenderaan besar..nanti wujudkan kontraversi kononnya lori disimbah cat..haha...tu semua taktik nak raih simpati murahan sahaja...

Sunday, July 9, 2017

Mahathir Terlalu Banyak U-Turn Akhirnya Menghancurkan Maruah Pakatan Pembangkang...

0 comments

Sepanjang penglibatan Mahathir dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dia menanamkan fahaman ideologi bahawa pakatan prmbangkang merupakan anasir subversif yang merosakkan kemakmuran negara...

Semasa menjadi Perdana Menteri..dia mengawal semua aspek termasuk media dan menggunakan undang-undang bagi memastikan kuasanya tidak boleh digugat oleh pembangkang...

Dalam UMNO sendiri dia pernah berkelahi sehingga tertubuhnya UMNO baru dan lahirlah Parti Semangat 46..UMNO menjadi mangsa kerana kegilaan kuasa Mahathir..Dia dari dulu sentiasa teguh dengan pendirian bahawa DAP parti rasis dan tidak sihat..era 98 menyaksikan dia memecat Anwar Ibrahim..ketika itu muncul cerita yang keputusan yang diambil amat berat dan dia sendiri pernah berkata memecat Anwar bukan satu kesilapan...

Itu dahulu..jika anda masih ingat Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur agar dapat melihat kerosakan yang pernah dilakukan tanggannya...mungkin doa itu telah dimakbulkan Allah SWT...

Amin..

Satu persatu kenyataan dan perangai buruk Mahathir dipecahkan dirinya sendiri..kini Mahathir dan U Turn berpisah tidak..

Apa sahaja yang dituduhnya dahulu kepada pembangkang semuanya dijilat semula..DAP dahulu Rasis..sekarang ini dikatakan lebih Patriotik daripada MCA dan Barisan Nasional..

Dahulu kata Kit Siang rasis..tetapi kini sebaliknya..Kit Siang dulu pun sama pernah membangkitkan agar skandal forex dibicarakan semula..nampaknya apa yang diimpikan Kit Siang selama ini hampir menjadi kenyataan apabila Kabinet bersetuju membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mencari kebenaran dakwaan mengenai Forex yang menyebabkan kerugian Bank Negara sebanyak RM 30 billion..

Sekembalinya dia dari London baru-baru ini..dia telah setuju untuk menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi belum sempat PKR membuat kenduri kesyukuran kenyataan tersebut telah dipusing 180 darjah..kami memang dari awal tidak percaya..masakan Mahathir mahukan Anwar jadi PM..sia-sia sahaja dia memerangi Reformasi...dipihak Anwar pula masakan penyokongnya mahu menyembah Mahathir..sedangkan kerana orang itulah wujudnya Reformasi dan Parti Keadilan..sejarah tidak akan melupakan kita..hanya Mahathir sahaja Uturn lupakan sejarah silam...

Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan muslihat Mahathir..

Apa yang dibuat Mahathir semunya ada kepentingan peribadi..cubaan menyokong Anwar disebabkan Anwar ada kepentingan dalam kes RCInya..berbaik dengan Kit Siang kerana mempunyai pengaruh kuat dalam pakatan...


Kit Siang mungkin memerlukan khidmat Mahathir apabila DAP diminta menjalankan semula pemilihan CEC...Kit Siang pasti tidak mahu dia dan anaknya disisihkan dari DAP..tak semua ahli DAP menyokongnya..jika tidak masakan mahu dimanipulasi keputusan CEC...


Mahathir,Kit Siang dan Anwar masing-masing mempunyai percaturan sendiri..masalah sendiri dan memerlukan antara satu sama lain untuk mencapai kepentingan sendiri...yang menjadi modus operandi menghalalkan segala impian mereka ialah Najib dan Barisan Nasional perlu ditumbangkan terlebih dahulu..

Sehingga kini Najib tidak juga berjaya dikalahkan..mereka pula ibarat retak menunggu belah..betapa hebatnya YAB PM kita..dulu musuh Mahathir hanya Anwar..Anwar pula hanya Mahathir..ketika itu Kit Siang hanya pemimpin suruhan sahaja ketika Anwar mengetuai pembangkang..kini ketiga-tiga mangkuk ini bergabung untuk menjatuhkan Najib..malangnya sedikit pun tidak terjejas..yang belaku masing-masing mempunyai masalah sendiri yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..Mahathir dengan Skandal Forex..Kit siang CEC DAP..Anwar pula masih merengkok dalam penjara dek kerana masalah moral sendiri..


Mahathir kita kenal..semua yang dia hendak perlu ditunaikan..siapa yang ingkar ibarat berdosa..menuntut Pak Lah meletak jawatan dan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri..sekarang mahu pecat Najib pula..

U-turnlah Mahathir selagi hidup..orang gila dalam parti bunga sahaja yang percaya...jika tidak masakan dapat gelaran Wali Melayu..

Bawah ini kami kongsikan kenyataan Media YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Bin Tun Abd Razak..In Najib We Trust!!!

PUSINGAN U TERKINI MAHATHIR MENUNJUKKAN BELIAU PANIK DENGAN RCI

Kenyataan oleh Perdana Menteri Najib Razak

7 Julai 2017

1. Pusingan U terkini Dr Mahathir Mohamad dan sokongannya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah seperti yang kita nampak. Ia datang selepas 20 tahun Mahathir mencacinya dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan Anwar dari politik, termasuklah menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah dimansuhkan sekarang, mendakwa dan memenjarakannya dan kempen yang berterusan untuk menyerang perwatakan moralnya.

2. Bagaimanapun, seperti yang Mahathir ketahui, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi pusingan U ini bukanlah mengenai pilihan raya umum yang akan datang. Realitinya, tindakan baru Mahathir terhadap Anwar didorong oleh kebimbangannya yang mendalam mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kebenaran di sebalik kerugian forex Bank Negara berjumlah RM30 bilion, seperti yang diperincikan dalam laporan Pasukan Petugas Khas.

3. Mahathir tahu bahawa penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah, jadi beliau tidak boleh mempunyai individu yang sangat relevan dengan kes itu seperti Anwar memberi keterangan menentangnya. Ironinya, Mahathir kini memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakan beliau. Sama seperti beliau kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang beliau penjarakan. Realitinya, Kit Siang kini mengawal pembangkang kerana DAP mempunyai majoriti kerusi parlimen - sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi parlimen sahaja.

4. Perjuangan Mahathir didorong bukan oleh kepentingan nasional, tetapi oleh kepentingan peribadi yang mementingkan dirinya sendiri. Mahathir begitu obses  menyelamatkan legasi keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri sahaja.

5. Beliau tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa sahaja - termasuk bersekongkol dengan mereka yang beliau penjarakan, memanggil campur tangan asing ke atas negara demokratik yang berdaulat kita, mensabotaj ekonomi kita, dan membuat 100 pusingan U jika diperlukan untuk memanipulasi fikiran rakyat – hanya sebagai cara untuk mencapai matlamat yang diingininya. Anwar mungkin percaya dengan ini, tetapi saya percaya negara tidak akan. Kerana dengan hanya satu kerusi Parlimen, Pengerusi PPBM tidak akan dapat memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri. Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik.

6. Mahathir menuntut Tun Abdullah Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, sekarang menuntut peletakan jawatan saya, dan akan menuntut pengganti saya meletakkan jawatan sehingga anaknya menjadi Perdana Menteri – tidak kira apa pun kesannya ke atas Malaysia. Kali ini kita tidak akan membiarkan beliau berjaya, kerana proses demokrasi mesti diguna pakai, dan kepentingan negara mesti didahulukan sebelum keluarga Mahathir.

7. Tiada yang lebih penting daripada keperluan rakyat. Oleh itu, kerajaan di bawah kepimpinan saya akan terus menumpukan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia. Kepentingan mereka sentiasa didahulukan, dan kami akan memenuhi janji-janji kami.

DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Saturday, July 8, 2017

CEC DAP Yang Tidak Jujur..MCA Pula Disalahkan..Teruk Betul Perangai Kit Siang DAP!!!

0 comments

Kit Siang nampaknya agak tidak keruan apabila kes CEC DAP tahun 2013 berkumandang...

Entah kenapa tak pasal-pasal Kit Siang cuba mengheret MCA dan Gerakan dalam masalah yang berpunca dari diri mereka sendiri..

Memetik satu laporan daripada akhbar Bahasa Cina, Oriental Daily bertarikh 6/7/2017 lalu..Kit Siang telah mengingatkan MCA dan Gerakan supaya tidak terlalu seronok dengan masalah yang dihadapi DAP...

Laporan itu turut menyebut bahawa Kit Siang menyuarakan ketidakpuasan hati dengan cubaan mengugut bahawa jika DAP dibatalkan pendaftarannya maka MCA dan Gerakan akan kalah teruk..

Tidak pasal-pasal MCA pula hendak diheret bersama..terdahulu mereka turut menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri yang mahukan ROS menjalankan hukuman mengikut undang-undang..

DAP tidak perlulah risau sangat..ini kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia masih mengiktiraf DAP cuma mahukan undian CEC dilakukan semula..jika DAP parti Demokrasi usahlah Kit Siang panik!!!

Ini yang ditakuti penyokong legasi LIM..ahli DAP sedang menunggu masa sahaja untuk humban legasi LIM..

Ini semua kerana sikap Kit Siang yang terlalu obses untuk mengekalkan kuasa..

Melihat akan gambar ini mungkin DS Liow Tiong Lai ingin mengatakan "Jom Minum Dulu"..

Jom minum!!!

Sebelum ini Guan Eng ajak SPRM minum..sekarang dia pula kena ajak minum..

Jika CEC diadakan semula kami yakin legasi Lim akan berakhir...

Friday, July 7, 2017

@RafiziRamli Terdesak!!Terpaksa Guna Modal Pemandu Teksi Anti Grab Uber..Apa Kata @N_Izzah??

0 comments
NURUL IZZAH GEMBIRA GUNA GRABCAR TAPI RAFIZI DAN WAN AZIZAH ANTI GRABCAR & UBER..MEREKA SENDIRI CELARU ADA HATI NAK HASUT RAKYAT & PEMANDU TEKSI!!!

Nampaknya Rafizi semakin hilang arah dalam menentukan strategi untuk menjana sokongan kepada pakatan harapan...semua strateginya menemui jalan buntu..

Jangkaan harga minyak naik mendadak bulan laku amat meleset..apa yang berlaku lima minggu harga minyak di negara kita mencatatkan penurunan sehingga ke RM1.88 seliter..sehinggakan pengusaha minyak mengeluh dengan keadaan ini...

Tuduhan songsangnya terhadap Tabung Haji turut meleset apabila semua tuduhan dijawab dengan baik oleh pihak TH..yang kami sedihnya ialah kesan daripada tuduhan tersebut ramai umat Islam yang hendak mengerjakan ibadah haji rukun Islam kelima terpaksa berputih mata gara-gara percaya dengan tuduhan Rafizi..ramai yang mengeluarkan semua duit dari Tabung Haji dan akibatnya giliran haji mereka terpaksa dibatalkan..angkara Rafizi banyak insan yang tidak berdosa menjadi mangsa..yang hairannya kami dia menuduh macam-macam kat Tabung Haji tetapi akaunnya masih ada..rakyat pula yang menderita kerana percaya dengan hujah bohongnya..

Isu 1MDB DoJ panas kembali tetapi Rafizi tidak ambil kisah sangat..dia menumpukan target sasaran kepada pemandu teksi..kami amat risau nasib bakal haji akan melarat kepada pemandu teksi...

Sebenarnya data aduan terhadap pemandu teksi yang dikemaskini oleh unit aduan SPAD mencatatkan jumlah penurunan ketara..ini disebabkan ramai orang sudah berpindah kepada aplikasi e filling iaitu perkhidmatan UBER dan GRAB...

Bilangan penggunaan UBER dan GRAB meningkat..mereka juga ada masalah apabila kes ragut,rompak dan rogol berlaku pada perkhidmatan ini tetapi mereka masih berdiri stabil kerana mentaliti mereka (pemandu uber dan grab) lebih matang..bagi mereka lebih elok bersaing secara sihat daripada mengkritik sahaja...

Ramai pemandu teksi sudah beralih kepada perkhidmatan ini...buat pengetahuan anda, 5 aduan utama yang dicatatkan oleh pengguna terhadap teksi ialah :
1) Tidak menggunakan meter
2) Memandu secara merbahaya
3) Mengenakan tambang lebih
4) Enggan mengambil penumpang
5) Mengeluarkan kata-kata kesat

Semua ini berpunca daripada sikap pemandu teksi sendiri..bab mogok oleh pemandu teksi ini bukan perkara baru..bilangan mereka tak ramai pun.adalah 2-3 ratus orang..tapi pemimpin pembangkang pandai ambil kesempatan..

Baru-baru ini Rafizi berhimpun dengan 200 orang pemandu teksi dibawah persatuan PENJIWA..Pemandu Teksi Jiwa Kacau agaknya..

Apa yang diutarakan dalam konvensyen tersebut ialah :

1)Rafizi mahu menangguhkan pembentangan RUU E Hailing..inilah politik ala Rafizi..dia hanya tahu menghasut..kalau gentleman mengapa tidak dia perjuangkan e hailing diharamkan...

2) Pemandu teksi tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa menyewa..buat pengetahuan Rafizi yang tak cerdik..anda tidak boleh bandingkan situasi ini dengan Grab dan UBER kerana mereka menggunakan kenderaan sendiri..jika anda hendak menyelesaikan masalah ini anda boleh tubuhkan satu syarikat sendiri memberi khidmat kenderaan percuma kepada pemandu teksi..

3) Pemandu UBER dan GRAB membayar komisen 23-30% dari yuran yang mereka terima untuk perkhidmatan e-hailing..ini tidak ada pada pemandu teksi..

Buat pengetahuan Rafizi yang lemau..anda sebenarnya terlewat untuk mengambil hati pemandu teksi..yang anda dapat itu hanyalah pemandu teksi jiwa kacau..

Kerajaan sekarang ini sedang menyelesaikan masalah pemandu teksi yang utama iaitu masalah permit pajak..jika dahulu permit diberikan kepada syarikat-syarikat teksi tetapi kini kerajaan sedang meenyelerasa industri ini dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP)..Setakat uni sudah 600 lesen individu telah diserahkan kepada pemandu yang layak dan tamat tempoh pajak..

600 pemandu teksi yang telah menerima lesen individu juga telah menerima geran RM5,000 untuk membantu mereka membeli kenderaan baru di bawah nama sendiri..Geran ini merupakan inisiatif kerajaan Barisan Nasional berjumlah RM 150 juta yang telah diumumkan DS Najib pada bajet 2017...

Semua kerajaan dah beri bantuan..cuma kena bersabar sementara hendak menunggu tempoh perjanjian sewa pajak..

Kami kasihan dengan nasib Pemandu Teksi Jiwa Kacau..kerana anda telah diperkotak-katikkan Rafizi..jangan percaya Rafizi..banyak dah orang kena tipu..banyak juga dia kena saman..buat Pemandu Teksi Jiwa Kacau..insaflah...

Wednesday, July 5, 2017

Najib Layak Bercuti Ke Luar Negara Guna Jet..Tun M Pun Buat Perkara Yang Sama..

0 comments

Seorang Perdana Menteri Layak 
Menikmati Cuti, Tidak Perlu Pertikai

3 Julai 2017, portal pemfitnah nombor satu di Malaysia, iaitu Malaysiakini terus mempertikai Datuk Seri Najib menggunakan pesawat udara kerajaan untuk bercuti. 

Kali ini lebih teruk, Malaysiakini "recyle balik" kenyataan Raja Kamarul Bahrin kononnya Najib bercuti tatkala petrol naik. Bila masa petrol naik? Sudah lima minggu harga petrol turun. Nampak sangat kenyataan Raja Kamarul Bahrin itu sudah lama dan diputar balik oleh Malaysiakini. 

Sesiapa pun menjadi Perdana Menteri di Malaysia, maka adalah menjadi haknya mengikut akta dan pekeliling menikmati cuti dan kemudahan kemudahan yang telah disediakan. 

Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri pernah bercuti selama dua bulan di luar negara pada 9 Mei 1997. Mahathir ke London, Poland, Hungary dan Russia dalam tempoh itu, bersama dengan pegawai dan pengiringnya.

12 Januari 2000, Mahathir bercuti selama dua minggu di Argentina dan kemudian ke Davos, Switzerland. 8 Ogos 2001, ke Eropah untuk lawatan peribadi selama dua minggu. 23 Jun 2002, Mahathir bercuti bersama keluarganya di Naples, Itali selama hampir sebulan. 

Semua ini adalah percutian Mahathir ketika bergelar seorang Perdana Menteri. Pada waktu itu, Mahathir menikmati kemudahan kemudahan yang ada termasuklah pesawat, pegawai dan pengiring sebagai seorang Perdana Menteri. 

Menurut Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.  Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Bagi anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, mereka layak menikmati cuti dan kemudahan setahun sekali. Tiket dan beberapa orang anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 

Menteri pergi cuti atau tidak pergi, mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti. Kos paling jauh London. Pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya melayakkan negara Asean paling jauh iaitu Laos sahaja. 

Apatah lagi kalau melibatkan  PM dan TPM. Mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tidak cuti, beliau tetap seorang PM. 

Kalau Pakatan Harapan memerintah apakah mereka akan pinda Akta 237 ini? Tentu sekali tidak. Pakatan Harapan menang di Selangor dan Pulau Pinang, mereka pinda Akta untuk naikkan gaji Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco dan Adun.

Zaman Mahathir dan Anwar bercuti di luar negara dulu masih belum ada Facebook, Instagram dan aplikasi Flight Radar. Jika tidak teruk mereka kena "troll" di media sosial. 

Puak pembangkang lempar fitnah kata Perdana Menteri sewa sampai 41 suites di Bali. 26 Jun 2017, portal MetroTV.News mendakwa Datuk Seri Najib menyewa 41 Presidental Suite di St Regis, Bali. 

Kemudian sesudah membuat fitnah, portal MetroTV.News itu menulis pula Datuk Seri Najib hanya duduk di satu bilik Presidental Suites sahaja. Bila disemak kembali, MetroTV.News ini memang mempromosikan pembangkang di Malaysia.

17 Nov 2016, portal ini menyiarkan video seruan Bersih 5 yang dibuat Mahathir. Selain selepas itu, menulis berita berita yang menyokong demonstrasi Bersih 5. Maka tidak peliklah, MetroTV ini menyiarkan fitnah terhadap percutian PM di Bali baru baru ini. 

Malaysiakini, 3 Julai 2017, terus menyiarkan propaganda jahatnya untuk mempertikai pesawat yang digunakan PM semasa di Bali dan Perth. Memang itulah kerjanya portal yang mendapat pembiayaan asing dari luar. 

Mereka cerita untuk membuat rakyat membenci pemimpin sesebuah negara. Itulah nilai habuan dana sejumlah USD$35,000 yang diberikan National Endowment for Democracy, NED kepada Malaysiakini pada 2016. 

Hanya pembangkang di Malaysia yang mempertikai apa sahaja, biarpun perkara tersebut tidak patut pun dipertikai. Pernah dengar pembangkang di negara lain, pertikai kemudahan untuk PM mereka? 

Ini bukti kematangan politik pembangkang di Malaysia berada di tahap yang rendah sekali. Yang percaya cakap pembangkang ini lebih rendah lagilah tahap pemikiran mereka. 

Apa ayat yang sesuai untuk tahap pemikiran sebegitu? Sebut satu perkataan...

Tulisan : 
Beruang Biru
BB486, Selasa

Tuesday, July 4, 2017

Pembangkang Panik Terpaksa Recycle DoJ Untuk Alih Perhatian Terhadap Isu RCI Skandal Forex!!!

0 comments

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan pembangkang yang cuba membangkit isu DoJ yang telah selesai bagi mengalihkan rakyat menumpukan perhatian terhadap RSI Skandal Forex..

Annuar dalam satu kenyataan medianya membangkitkan keputusan  kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara yang mana membabitkan wang rakyat bernilai sehingga RM 100 bilion..

Ini pasti membimbangkan pembangkang..nampaknya senjata makan tuan..dahulu sebelum Kit Siang bersama Tun M..dialah yang paling lantang supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex tetapi dalam keadaan sekarang ini mereka terpaksa mengalihkan perhatian rakyat dari terus menumpukan terhadap kes Forex..

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan media memaklumkan bahawa dalang yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian besar dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir dalam PRU 14..

Disebabkan itu, Annuar Musa mengutuk tindakan pembangkang yang sengaja memainkan semula isu DoJ bagi mengaitkan kononnya Najib terlibat dalam hal ini..

Pembangkang sudah habis daya usaha apabila terpaksa mempercayai dakwaan  media barat yang kita tahu akan memutar belitkan fakta sebenar..Annuar mengutuk tindakan pembangkang yang memberi maklumat kepada DoJ yang tidak ubah hanyalah bermotifkan menjaga kepentingan politik..

Pembangkang sekarang seperti dilanda tornado yang tidak mampu disembunyikan lagi..Parti Bunga menghadapi krisis kepercayaan ahli mereka yang mendesak Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan..

DAP pun sama apabila beberapa pemimpin dan ahli dari Melaka mengumumkan keluar parti...ditambah pula kes CEC DAP yang tidak sah dan sekarang ini kita sedang menanti tindakan daripada ROS...PKR pula dengan kes mamat Adam yang masih disiasat kes rasuah yang mana membuatkan empire Azmin di Selangor sedikit kucar kacir..

Jadi bagi menutup pekung mereka..pembangkang terpaksa bersandarkan maklumat tidak sahih dari DoJ..menghebohkan cerita sensasi Perdana Menteri bercuti di London..memainkan isu kehilangan radar bagi mengalahkan isu forex..tetapu ia tetap gagal..

Bukan kita tidak tahu..Mahathir agak panik bila skandal forex dibangkitkan..mendiang Karpal Singh juga pernah membangkitkan kekayaan luar biasa anak Mahathir dan skandal Forex..

Mahathir sebenarnya sekarang ini tersepit..dia amat bimbang jika DAP berpatah arah..kita kenal DAP bahawa mereka ada pendirian dan akan melonpat jika rakan seperjuangan mereka gagal untuk di Skrew...

Ada pemimpin DAP yang tidak senang dengan ikatan mesra Tun dan DAP..malah mereka bukannya setuju cadangan Tun mahu jadi PM semula biarpun hanya sementara..dalam kem PKR sendiri bukannya semua sayangkan Tun..umpamnya geng reformasi yang tetap ingat apa yang pernah dilakukan sehingga wujudnya reformasi..

DAP pula terus menerus diserang PAS ekoran dakwaan Kit Siang mahukan Husam Musa sebagai calon MB yang layak untum Kelantan..

Pembangkang sekarang ini tidak fokus dan hilang arah..jika tidak masakan Rafizi terpaksa mencari nyawa daripada pemandu teksi..hairannya dia sendiri tidak layan cerita DoJ..

Nampaknya skandal Forex ini merupakan isu paling besar pakatan yang harus disetle down secepat mungkin..jadi langkah yang mereka lakukan ialah strategi lencongan isu lain sebagaimana yang dikatakan Tan Sri Annuar Musa..

Monday, July 3, 2017

DAP PARTI HARAM DISISI ROS..KIT SIANG & GUAN ENG TAKUT UNTUK BUAT CEC SEMULA...

0 comments


DAP Memang Parti Haram Pun, Sudah 5 Tahun Gagal Patuhi ROS

Semalam, Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang mengeluarkan kenyataan tuduhan bahawa wujudnya rancangan mahu mengharamkan parti DAP oleh Perdana Menteri. Tuduhan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali. 

Tidak wujud konspirasi. Sebenarnya DAP yang sengaja membiarkan parti mereka menjadi haram dan tidak sah dari sisi perlembagaan pendaftar pertubuhan. 

Sejak 2012 lagi, DAP menjadi parti yang haram. Tangan Kit Siang dan Guan Eng sendiri yang menjadikan DAP parti haram.

Sehingga ke saat ini, status CEC DAP masih menjadi tanda tanya apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengesahkan pemilihan semua jawatan tertinggi DAP pada 29 September 2013.

Pemilihan yang dibuat Disember 2012 lalu didakwa tidak sah kerana menerima undi daripada perwakilan yang bukan lagi menjadi ahli. 120 cawangan DAP tidak mendaftar tetapi mengundi dalam pemilihan CEC. Bagaimana boleh jadi begitu? Undi hantukah?

Jumlah perwakilan yang hadir pada pemilihan CEC, 15 Disember 2012 adalah 2,576 perwakilan dan 865 cawangan. Ini yang sah. Namun hasil campurtangan Guan Eng dan Kit Siang untuk memastikan legasi mereka kekal, maka diisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan. Lebih 120 dari jumlah yang didaftarkan. 

Inilah punca DAP menjadi parti haram. Bila disuruh buat pemilihan semula CEC menggunakan senarai 865 cawangan, Guan Eng dan Kit Siang takut. Takut kerana tanpa 120 "cawangan hantu" itu kemungkinan besar Kit Siang dan Guan Eng akan hilang kuasa dalam DAP. 

753 orang ahli DAP dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan parti yang menggunakan pakai nama demokrasi. Ini sebenarnya bukan amalan demokrasi, ini adalah amalan kuku besi. 

Sekali gus, sudah 5 tahun kedudukan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP adalah haram dan segala proses pentadbiran parti itu boleh dipersoalkan dan dipertikaikan.

Isu status DAP ini bukanlah perkara baru. Perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP,  pada bulan April 2013. Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP.

Bukti DAP menjadi haram kerana kerja DAP sendiri adalah bila Kit Siang menangis pada 20 April 2013, di saat menjelang PRU13. Kit Siang menangis kerana bimbang DAP tidak dibenarkan bertanding pada PRU13. Menangis kononnya lambang DAP akan dihalang digunakan dan menuduh ROS aniaya DAP. 

Tangisan Kit Siang adalah bukti Kit Siang mengakui kekesalan dan kesilapannya menyebabkan DAP menjadi haram. Menuduh ROS dan membuat lakonan air mata sekadar untuk raih simpati sahaja. Padahal pada waktu itu, Karpal Singh juga tidak bersetuju cara CEC DAP dikendalikan.

Jawatan yang disandang oleh Guan Eng dan Kit Siang sekarang tidak sah dari segi perlembagaan pertubuhan. Pada 1998, wujud Parti Demokratik Malaysia atau singkatannya PDM yang merupakan serpihan pada parti DAP. Apakah akan wujud parti serpihan seperti itu jika status DAP terus menjadi haram? 

DAP kini angkuh dan sombong menjadi "king maker" dalam Pakatan Harapan. Bila sudah jadi parti haram, DAP tidak layak lagi jadi apa apa pun dalam Pakatan Harapan. 

Sebenarnya, 37 ahli parlimen DAP pun boleh diragui status halalnya kerana kedudukan DAP yang masih lagi parti haram di sisi ROS. 

Zaid Ibrahim, sebagai ahli terbaru DAP bolehlah menasihatkan agar DAP mengguna pakai logo PAN atau PPBM dalam PRU14 nanti. Jika di negara lain, sesebuah parti yang sampai 5 tahun tidak mematuhi peraturan boleh dibatalkan terus pendaftarannya. 

Namun di negara demokrasi Malaysia ini, masih wujud parti DAP. Mengapa takut sangat DAP hendak buat CEC semula? Mengapa takut panggil senarai 865 cawangan itu ? Takut jawatan yang disandang selama 51 tahun secara kuku besi akan hilang. 

Inilah sebenarnya parti yang paling tidak demokratik di Malaysia. Hanya dikuasai secara kuku besi oleh anak dan bapanya sahaja. Sampai jadi haram parti itu dikerjakan mereka berdua. Memang haram pun, 5 tahun dah.


Tulisan :
Beruang Biru
BB485, Isnin
3 Julai 2017

Jika DAP Kempen Dengan 5 Butir Kurma..MCA Pula Ada Cara Tersendiri Dekati Hati Rakyat..

0 comments

PRU 13 menyaksikan banyak kerusi di kawasan majoriti Cina memihak kepada DAP..ianya turut diakui oleh YAB Perdana Menteri sendiri bahawa berlakunya tsunami Cina...

Sejak daripada itu...MCA tidak pernah mengenal erti mengalah..tetap berusaha walaupun masyarakat Cina telah membuktikan bahawa mereka menyokong DAP..dalam politik kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku..

Siapa yang melakukan lebih baik..parti itu akan dapat banyak sokongan..buktinya di PRN Sarawak menyaksikan bagaimana rakyat Sarawak mengajar parti yang mengamalkan acuan kaedah menghasut orang ramai membenci kerajaan..template yang sama digunakan DAP di semenanjung nampak gagal diadaptasi di Sarawak..banyak kerusi DAP telah kembali semula kepada Barisan Nasional...

Ini signal yang jelas penolakan rakyat kepada DAP..di Melaka DAP mengalami krisis hilang kepercayaan pemimpin dan rakyat..di Penang..Guan Eng hadapi krisis dan masih menunggu kes rasuahnya di Mahkamah...di Johor pula pemimpin Parti Bunga Raya Nusajaya malu untuk mengaku bertuankan Kit Siang DAP..

Satu persatu bukti dan ketulah yang telah ditunjukkan kepada kita..tidak dinafikan DAP sekarang ini dalam mood panik menjelang PRU 14..kehadiran Mahathir dalam pembangkang sedikit sebanyak menyumbang kepada mudarat kepercayaan rakyat kepada pembangkang!!!

Dalam keadaa DAP sedang mengalami pergolakan..MCA terus bekerja untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepadanya..tiada yang mustahil dalam politik..dahulu pun orang Cina menyokong kuat MCA yang mana menjadi tunjang kekuatan BN ketika era Reformasi..MCA dan MIC merupakan penyelamat BN pada ketika itu..

Kini..pendekatan MCA lebih efektif dan lebih dekat kepada rakyat..MCA akan memanfaatkan gerak kerja bancian akar umbi terutamanya kaum Cina di seluruh negara untuk diberikan perhatian oleh Kerajaan Pusat..

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie menjelaskan bahawa bancan sikap itu akan dilaksanakan secepat mubgmin setelah MCA selesau mengadakan sesi latihan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang mana lebih menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas mengenai idea dan pendapat bagi menyelesaikan masalah setiap kaum..

Semua sayap MCA akan bergerak bagi memastikan persiapan rapi menjelang PRU 14..mereka akan ke setiap rumah untuk mendengar masalah rakyat..dan hasil dapatan akan dibawa ke peringkat tertinggi untuk disampaikan..

Pendekatan MCA dekati pengundi dengan mengetahui masalah rakyat lebih efektif berbanding DAP yang hanya tahu hasut rakyat benci kerajaan dan berpegang kepada prinsip SKREW orang lain..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA